Isnin, 27 Ogos 2012

PANASS!! Siapa Individu Yang Akan Membeli KUIN Dari Pas Kedah?

Ramai yang tertanya-tanya benarkah berita Kerajaan Negeri Kedah akan menjual KUIN kepada syarikat swasta. Cerita kerajaan negeri ni nak jual KUIN sebenarnya dah lama tersebar. Malah kepada siapa mereka nak jual pun Mc dah tahu.

Individu yang mahu membeli KUIN itu namanya Sya'ya Othman, bekas CEO Insaniah Holding. Mc dah dapat maklumat ini dari blog Adik Wak tempohari, namun kini diperkuatkan lagi dengan kenyataan dari DS Mahazir Khalid.

Mula-mula dulu ingat benda ni sekadar kabar angin, tetapi ketua pembangkang Kedah dah bersuara.. maknanya memang ada kebenaranlah..


KUALA NERANG – Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid mendakwa pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) akan diambil alih oleh sebuah syarikat swasta.

Beliau mendakwa kerajaan negeri Kedah telah menerima surat dari sebuah syarikat antarabangsa berkenaan dengan pengambil alihan pengurusan Kuin sejak dua bulan lepas.

“Ada surat menyurat dari syarikat swasta kepada kerajaan negeri Kedah berhubung dengan proses pengambilalihan Kuin dari kerajaan negeri kepada syarikat swasta.

“Kita minta kerajaan negeri memberi penjelasan mengenai surat tersebut,” katanya kepada pemberita pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri dekat sini hari ini.

Beliau berkata, pengambilalihan itu akan memberi kesan kepada pelajar kerana pihak swasta sudah pasti mahu mengaut keuntungan yang tinggi berbanding dengan kerajaan negeri.- BERNAMA

Mc nak tambah sikit lagi. Di fahamkan, jalan cerita ni diilhamkan oleh Ustaz Azizan dan Jamil sendiri.. mereka dah tak tahan nak tanggung KUIN yang saban hari dibelenggu hutang yang bertimbun-timbun.

Perancangan mereka tu memang bagus, duit kerajaan negeri pun mungkin akan bertambah. Tapi...apabila mereka menjual KUIN kepada syarikat swasta, ini bermakna KUIN akan diswastakan pelajarannya. Fahamlah bila dah swasta, yuran dan segalanya yang berkaitan dengan wang akan naik secara mendadak, untuk menampung kos pelajaran.

Mana ada syarikat swasta yang sanggup rugi? yang jadi mangsa nanti adalah, pelajar-pelajar KUIN sendiri. Bagaimana nasib mereka kelak apabila yuran pelajaran dan kos di KUIN akan meningkat naik? Tak dapat Mc fikirkan.

Malah yang paling sedihnya ialah, rakyat Kedah kehilangan sebuah IPT yang dimajukan oleh kerajaan negeri, namun tergadai disebabkan 'kecuaian' dan 'kebodohan' pentadbiran kerajaan negeri.

Sedihh sedihh..

McTheory:
Apa lagi yang tinggal? Semua dah gagal..

3 ulasan:

Bro Yusri berkata...

dulu dok komplen macam2 .. la ni baru tau langit tinggi ka rendah ...

Tanpa Nama berkata...

Komplen ni memang keja depa dulu.nak kata apa.lani kena getah la.

Tanpa Nama berkata...

Puak bodo PAS pegang apa pn lingkup. Aku tgk bendera PAS pun benci, tambah2 nk pi salam dgn depa. Bangsa kotoq!