Sponsor

Memaparkan catatan dengan label Pas kedah bodoh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pas kedah bodoh. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Ogos 2013

PANASS! Pas Kedah 'LEMBEK' Bawah Tadbiran Mahfuz Omar!! #KedahAmanMakmur


Walaupun Pas Kedah sekarang ni dok serang Kerajaan negeri dengan isu KUIN, tapi pada hakikat sebenarnya Pas Kedah masih teraba-raba mencari jalan untuk mengatasi kepopulariti kerajaan negeri yang dikuasai oleh BN sekarang ni. Bagi Mc, KUIN itu bukan isu, tapi salah satu jalan penyelesaian untuk masalah yang dibuat oleh Pas Kedah dulunya.

Mahfuz sebenarnya tak layak langsung untuk jadi Pesuruhjaya Pas Kedah. Dia bukan tau apa pun pasal Kedah ni. Tunggu masa kena kerat saja, sebab dah makin ramai orang dok komplen pasai Mahfuz ni tak buat apa pun untuk bawa Pas Kedah bangkit!

Kita baca apa alasan si Mahfuz,
Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar berkata rombakan barisan kepimpinan negeri itu hanya akan dilakukan selepas parti itu mengenalpasti kelemahan melalui jawatankuasa 'post-mortem' yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengambil alih pentadbiran pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lalu.

Tambah Ahli Parlimen Pokok Sena ini, beliau tidak menghadapi masalah untuk merangka gerak kerja parti walaupun hanya dibantu dua orang timbalan pesuruhjaya selepas Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi meletakkan jawatan.

Phahrolazi bertindak meletakkan jawatan yang disandang sejak 2009 selepas Mahfuz dilantik pesuruhjaya PAS negeri menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Menurut Mahfuz, banyak perkara perlu diambil kira sebelum merombak barisan kepimpinan terutamanya sebab parti itu gagal mempertahankan negeri tersebut.

"Adalah tidak wajar dan tidak adil untuk saya buat perubahan pada waktu ini dalam keadaan post-mortem belum siap.

"Kita perlu menunggu post mortem untuk melihat apakah kelemahan yang berlaku dan apakah kelemahan ini berkaitan dengan individu atau kepimpinan.

"...kemudian baru kita boleh menentukan corak kepimpinan yang kita boleh susun semula pada masa akan datang," katanya dalam temubual bersama media.

Justeru beliau mengakui tidak mempunyai sebarang masalah walaupun barisan kepimpinan sedia ada tidak sempurna.

"Jadi saya kena tunggu post mortem kerana saya fikir baru adil untuk saya buat satu penyusunan atau pun rombakan.

"Saya tiada masalah (uruskan PAS negeri) sebab kita ada tiga orang, jadi ada dua orang lagi boleh bantu saya dan perjalanan parti berjalan seperti biasa," katanya.

Sebelum ini Phahrolrazi berkata tindakan melepaskan jawatan itu kerana mahu memberi laluan kepada Mahfuz melantik orang kepercayaannya di posisi paling kanan itu.

McTheory:
Phahrol letak jawatan sebab dia target jawatan Mahfuz, apa barang dia nak jadi Timbalan lagi. he he..

Jumaat, 28 Jun 2013

TUDIAA!! Pas Kedah Ada Hati Nak Gondolkan Gunung Jerai? #HanyaDiKedah

Kereta Estima Baru, hasil Sanusi menabung dari kecik?

Selama Mc dan TMK dok teliti kes pembalakan Pas Kedah ni, tak pernah pula kami perasan nama Tengku Wong, atau nama sebenarnya Wong Yeon Chai ada kaitan dengan projek pembalakan di Kedah. Kalau Tengku Wong ada kaitan dengan Pas Kedah bab balak, bermakna Pas Kedah memang ada perancangan yang dahsyat bab tebang balak ni.

Sebab Mc tertarik dengan komen dari puak Pas ketika mereka sedang bergaduh sama sendiri,



Hmm.. Tengku Wong?

Sebab Tengku Wong ni bukan calang-calang manusia dalam profesion tebang balak. Dia punya projek tebang pun, melibatkan juta-juta punya kerja. Company Tengku Wong nama Rimbaka Envi Timber Harvester Sdn Bhd. (Rimbaka) Rekod tebang balak ni, rasanya seluruh Malaysia pun kenal dia.

Paling mudah nak ingat pasal Tengku Wong ni semasa kes tebang balak di Kelantan. Company Tengku Wong nilah, yang Nik Aziz guna untuk tebang balak 4000 hektar semasa nak buat ladang rakyat dulu tu.. he he he.. akhirnya Nik Aziz kena kencing, Tengku Wong hanya tebang, tapi tak buat penanaman semula.

Bukit dah gondol habis, Tengku Wong angkat kaki blah dari Kelantan. Nik Aziz tanggung sendiri. ha ha ha.. kesian orang tua tu kena! Lepas Nik Aziz dah kena macam tu, Pas Kedah pula ada hati nak bawa masuk Tengku Wong ke Kedah. Nampak sangat puak Pas ni otak depa tak berapa nak cerdik!

Dengan kuasa Allah, BN dapat rampas semula Kedah, kalau tidak rasanya Gunung Jerai pun habis dibogelkan Pas, kalau depa teruskan dengan Tengku Wong lagi la..

Kalau rasa nak tau apa kaitan Sanusi bekas SetPol Ustaz Azizan ni dengan Tengku Wong, boleh baca kat SINI

Isnin, 24 Jun 2013

PANASS!! Harga Rumah Mahal? Bukan Phahrol Dapat Free Ka? #HanyaDiKedah



Mc ada baca FB sekor beruk Pas yang dok bising harga rumah mahal dari zaman Pas. Apa yang bodohnya, si beruk Pas ni bandingkan harga rumah teres dengan harga rumah semi-d. Mana boleh harga rumah teres sama dengan semi-d, kalau sama tu maknanya kontraktor tu gila la kot.

Dia sibuk kononnya zaman BN rumah mahal, dulu ada Adun tu siap dapat rumah free lagi masa jadi exco dulu, tak pulak dia komplen dan bising pasaipa adun tu dapat rumah free kan?

Tak percaya, cuma tengok bawah ni,




Patutnya puak Pas pi la tanya di Phahrolrazi, rumah sapa ni.. macam mana dia boleh ada kaitan dengan rumah ni.

Tanya dia lagi, macam mana kontraktor boleh hadiah rumah ni pada orang tu, dengar kata rumah ni harganya dekat rm1juta, buat renovation lagi dah berapa ratus ribu.

Sebelum orang Pas sibuk dok persoal kerajaan BN Kedah yang baru ni, apa kata pi tanya Kerajaan lama, depa buat kerja cara Islam ka dak!


McTheory:
Islam apa, sampai 'hadiah' untuk projek pun sapuuuu..

Isnin, 17 Jun 2013

PANASS!! Cara Pas Kedah Perabih Duit Balak RM80 juta!! #HanyaDiKedah

Gambar sapa ni? he he..
 Dulu Pas dan puak Pakatan dok tuduh Kerajaan negeri UMNO/BN selalu membazir guna duit rakyat. Bagi mereka duit kerajaan tu duit rakyat, istilah duit rakyat tu wujud, selepas Anwar jadi Ketua Pembangkang. Kalau benar duit rakyat, maknanya rakyat boleh pergi pejabat Kerajaan dan minta duit sesuka hatilah ya? Itu baru betul duit rakyat!

Tapi, apa yang Mc nak ceritakan disini adalah, cara Exco Pas menghabiskan duit balak RM80 juta, hasil yang pernah depa canang dulu tu.

Apakah pelik bila Exco Pas diberikan elaun khas untuk belajar guna Ipad? Nak belajar Ipad pun di beri elaun rm1000? Di bayar oleh GLC negeri Kedah pulak tu. Dah la Ipad dapat free, nak belajar patutnya orang yang nak belajar keluarkan duit, tapi ni lain pulak. Orang nak belajar dapat duit. he he..

Kemudian Mc dapat tahu, Exco Pas Kedah dulu, ada elaun khas untuk berceramah, satu ceramah RM300. Elaun tu pun dibayar oleh GLC. Cuba bayangkan, duit kutip derma dapat, duit elaun lagi, kalau satu bulan ada 20 ceramah, dah berapa depa dapat. Itu baru satu Exco, belum yang lain-lain lagi. Patut la Exco depa lebih suka ceramah dari turun padang tolong rakyat. Masyukk rupanya..

Ketua unit penerangan, Zulkifli Yahaya, dia juga merupakan ketua blogger Pas Kedah. Banyak arahan dan kempen media maya daripada dia. Tapi sejak akhir-akhir ini selepas kalah, jentera maya Pas Kedah nampak lebih meroyan. Malah ada yang kata, Pas terus masuk gear 3, serang UMNO/BN  tanpa dengan strategi yang khusus.

Zul Ya ni pula, dibayar RM8000 sebulan, setengah dari Kerajaan negeri, dan setengah lagi dari MBI. Buat kerja tak hebat mana pun, tapi gaji dahsyat!! Sedangkan diluar Wisma tu, masih ramai cybertroopers Pas yang susah dan tak makan demi perjuangan, namun depa taktau, di Kedah ni, tak payah buat kerja hebat  sangat pun, gaji dah di bayar tinggi.

Itu baru Zul Ya, belum termasuk gaji anak buah dia yang lain. Disebabkan itulah duit balak RM80 Juta setahun yang Pas dapat tu, habis begitu saja tanpa dapat digunakan untuk kepentingan rakyat. Dok bayar benda-benda merepek macam nilah.

Ini baru sikit yang kita tahu, belum lagi dalam soal lain. Bab berniaga pun banyak masuk angin keluar asap. Modal RM160juta, untung cuma RM2juta.

Bab tu, sampai masa Mc akan korek bawa keluar. Ingat, ini bukan fitnah, ini sesi pendedahan perangai buruk Pas selama 5 tahun memerintah!

McTheory:
Wut u give, u get back laa.. hehe..

Khamis, 6 Jun 2013

PANASS!! Mufti Kedah Tak Setuju Pas Gunakan Kuliah Agama Untuk Politik! #HanyaDiKedah


 Mc ada dengar puak Pas dok bising pasal kuliah agama di Sri Mentaloon. Fitnah terbaru Pas apabila
depa kata Dato Paduka Mukhriz haramkan kuliah agama tu, kononnya selepas dipujuk oleh Mufti Kedah, baru Dato Mukhriz setuju untuk teruskan kuliah agama mingguan di Sri Mentaloon.

Mc cuba meminta jawapan dari Dato Mukhriz mengenai perkara tersebut, ternyata, Pas dan puaknya memang suka memfitnah! Keji sungguh perangai puak ni.

Jawapan daripada Dato Paduka Mukhriz,

Sebenarnya mengenai kuliah Sabtu di Mentaloon, apabila saya tanya dgn pentadbiran Masjid Zahir, mereka kata mereka langsung tak terlibat kerana pengisian kuliah terlalu berunsur politik PAS. Oleh itu bila saya cadangkan utk teruskan kuliah tanpa unsur politik, mereka kata itulah yg sebaiknya. Maka saya pun bincang dgn Dato Mufti mengenai pengisian tersebut. Walaupun sehebat mana PAS punya spin, Allah Maha Mengetahui.

Ternyata, Allah lebih mengetahui.. fitnahlah banyak-banyak puak Pas oii!! Semakin banyak fitnah, semakin kukuh kedudukan BN di Kedah.

Benda baik pun depa nak spin, kes kuliah pun nak fitnah. Apa nak jadi dengan puak ni, dah takdak modal ka?

McTheory:
Baik hangpa Pas bunuh saja kami dari dok fitnah!!

Selasa, 30 April 2013

TUDIAA!! Satu Lagi Cara Pas Kedah Rembat Duit Rakyat!! #TukarKedah #SaveKedah


Nampak gambar diatas, replika kapal terbang, ciptaan penyokong Pas di Sik, Kedah. Ramai orang tengok replika kapal terbang tu, tak kecuali yang nak masuk dalam kapal terbang tu. Al maklumlah, tak dapat naik kapal terbang yang sebenar, naik kapal terbang yang replika pun jadi lahh..

Kesian, cuba tengok siap bawa anak masuk tangkap gambar.


Kononnya bila dah masuk dalam kapal terbang replika tu, rasanya macam kapal terbang betul ka?


Kiranya, orang kampung memberikan sambutan yang hangat. Sampai ke malam ada lagi yang beratur untuk naik kapal terbang 'Pas' ni.

Mc tak kisah, Pas nak buat kapal terbang besar rumah pun. Cuma apa yang Mc kisah, kenapa Pas kutip duit pada sesiapa yang nak masuk dalam kapal terbang tu? Bukan seringgit atau dua ringgit. Tapi rm5 ringgit untuk seorang masuk.

Kalau tiga orang masuk dah rm15 ringgit? Wow! nampaknya Pas buat duit dengan tipu penyokong-penyokongnya yang bengap tu.

Kenapa la penyokong Pas ni bengap dan taksub sangat. Hangpa fikir la elok-elok, Pas buat kapal terbang bodoh tu pun, nak masuk kena kutip duit. Agak-agak la sikit.

Kalau masuk kapal terbang bodoh tu pun kena duit, hangpa ingat janji-janji manifesto yang nak bagi semua percuma tu boleh percaya ka?

Jangan diperbodohkan. Tolonglah rakyat Kedah, jangan tertipu lagi kali ni.


McTheory:
PM Najib Razak, telah lakukan yang terbaik selama 4 tahun ni, tak terasa ka?

Rabu, 24 April 2013

PANASS!! Rumah Puaka Terletak di Sik Telah Di Kesan!! #TukarKedah #SaveKedah



Mc mendapat laporan dari sahabat di Sik, mengenai rumah puaka yang menganggu orang kampung. Namun betul ke berita ni? Sebelum tu Mc nak minta maaf, gambar diatas tidak ada kena mengena dengan cerita ini. Hanya untuk hiasan semata-mata.

Gambar dibawah pula, menceritakan sebuah rumah yang telah lama ditinggalkan, dan diyakini telah berhantu! Betul ke? Sama-sama kita pastikan!


Jauh sangat zoom ni.. zoom in..

haaa.. kan dah jelas... mana hantunya?

PKR Sik dah lama terkubur! yang tinggal hanyalah rumah kosong tidak berpenghuni dan menyeramkan. Mau tak seram, ada satu mata yang sentiasa memerhati kita dari jauh. he he..

Sebenarnya tidak ada hantu pun dalam posting ni. Cuma Mc nak beritahu PKR kat SIK dah tinggal nesan, dan gambar kat atas tu la batu nesannya. he he..

Sebab tu kalau ada orang kata PKR kuat! Mc boleh gelak terguling-guling. Kuat apa kejadahnya, kalau jentera selama ni pun dok pinjam Pas!

Sebenarnya Pakatan dah salah percaturan dengan membiarkan PKR bertanding kerusi parlimen lebih dari Pas. Sebab PKR tak kuat pun. Boleh kira dengan jari orang PKR ni. Kalau Pas Mc tak nafikan memang jentera Pas kuat dan ramai.

Cuma Pas masih tak boleh bersaing dengan UMNO, sebab Pas buat kerja tak ikhlas dan jual nama Islam. Cuba bawa betul-betul perjuangan Islam tu. Jangan mulut saja dok sebut Islam, tapi tindakan, macam haram!

McTheory:
Kalimah Allah pun nak di jual, Islam pa kejadahnya puak ni..

Selasa, 9 April 2013

PANASS!! Video Datuk @MukhrizMahathir Bengang Dengan Pas Menipu Hal Bina Masjid! #TukarKedah #SaveKedah



Datuk Mukhriz bengang, bila Pas menipu dalam soal, pembinaan 12 buah masjid didalam buku Kedah Sejahtera depa tu. Pakat pakat dengaq sendiri lah video kat bawah ni, apa yang beliau terangkan nanti.


Ahad, 7 April 2013

PANASS!! Kerajaan Kedah Buat Janji Di Capati!! #TukarKedah #SaveKedah



Apa punya hamlau la puak-puak Pakatan Rakyat ni!
Memang betullah macam yang duk habaq selama ni. Pakatan Rakyat kalau janji, kalau buat kerja, kalau berlakon macam bertanggungjawab, depalah yang paling hebat.
Ni ada satu cerita menarik yang tidak mungkin akan disiarkan oleh media-media pro-Pakatan Rakyat, khususnya PAS. 
Pada 2 April lepas, satu upacara penyerahan cek kepada PIBG sekolah-sekolah aliran Tamil telah diadakan di Seri Mentalon, kediaman rasmi Menteri Besar Kedah. Yang memberikan cek adalah Menteri Besar bersama-sama Exco Tamilnya, Manikumar.
Setiap sekolah mendapat peruntukan berdasarkan kategori-kategori yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Kedah. 
Punyalah nak berlakon tetapi akhirnya terkantoi.
Bayangkanlah cek yang diberikan kepada PIBG SRJK (T) Ladang Harvard bernilai RM2000 bertarikh 12 Disember 2012. Apabila Pengerusi PIBG sekolah berkenaan ke Bank Islam untuk menunaikan cek berkenaan, ternyata cek tersebut sudah luput tarikh dan cek tersebut hanya sah untuk 3 bulan sahaja. 
cektendang
Pihak PIBG telah menghubungi Manikumar dan memaklumkan perkara tersebut. Bagaimanapun yang menjawab dan mengendalikan kes tersebut adalah seorang kerani. Setelah puas bertekak, akhirnya kerani tersebut memberitahu, itu adalah kesilapan teknikal. Pun begitu, dia tidak boleh memberikan sebarang kata putus, sebaliknya perlu mendapatkan arahan daripada Manikumar terlebih dahulu. 
Manikumar tidak bercakap dengan pihak PIBG tetapi tidak lama kemudian kerani berkenaan menghubungi pengerusi PIBG itu dan memberitahu bahawa itu adalah kesilapan teknikal. Janji yang diberikan ialah, cek tersebut akan ditukar dan tarikh yang tertera pada cek asal, juga akan ditukar.
Punyalah kalut nak mendapatkan undi daripada masyarakat India, sampaikan tarikh pada cek pun tak sempat nak diperhatikan!!!
Memang lawak Pakatan Rakyat nih!

Jumaat, 5 April 2013

TUDIAA!! Senarai Calon Pas Kedah Bocor? #TukarKedah #SaveKedah



Alamak, macamana aku boleh dapat senarai calon Pas Kedah ni?? Padahal Azizan baru saja habaq 2,3 hari lepas nak umum senarai calon depa bila bubar Parlimen..

Tapi senarai lengkap depa dah ada kat aku..huhu..Serabut jugak aku tengok senarai calon calon depa, yang dah jadi YB la ni pakat lompat habis pi tempat lain..Awat jadi lagu tu?? Servis depa kat rakyat tak habis lagi tiba tiba nama naik kat kawasan lain..Yang bestnya nama nama yang duk nak kerat Azizan ada yang lekat ada yang tak lekat..

Aku tak tau la apa akan jadi kalau Azizan dah umum senarai calon kali ni..Dah tentu penyokong kuat YB YB yang duk ada sekarang ni akan mengamuk sakan..Kalau tak percaya tengok lah..Aku boleh sebut 1 per 1 calon depa kalau aku nak, tapi bagi sikit masa lagi aku dedah gambar penuh senarai calon depa..

Cuma aku nak tanya pemimpin Pas yang duk mesyuarat pasai calon calon tu..betui ka dak gambar ni dari dokumen hangpa..Sebab senang sangat nak curi..hehehehe

Sebenarnya Mc pun dah tengok list yang Medan Tempur bawa ni. Apa yang Mc pelik nama Phahrolrazi siap bertanding dua tempat lagi. Ingatkan Azizan dah kerat awai, rupanya atas kuasa pusat Phahrol dipilih juga.

McTheory:
Kesian Azizan, tempang tanpa kuasa..

Rabu, 27 Mac 2013

TUDIAA!! Banyaknya Duit Pas Kedah!! #TukarKedah #TolakPas


Mesti ramai pembaca pelik kenapa Mc ambil gambar bendera Pas yang terpasang cantik ni kan. Mc percaya, ramai orang Kedah perasan bendera Pas sekarang kemas tergantung. Macam gambar diatas. Malah bukan hanya satu daerah saja, mana pelusuk pun dah banyak bendera Pas digantung macam gambar diatas.


Ini bukan isu, tapi hanya nak beritahu, Pas sekarang dah tak guna jentera pacak bendera ni. Depa upah kontraktor untuk pacak bendera. UMNO/BN jadi Kerajaan lebih 50 tahun. Namun sampai sekarang, bendera tetap dipacak oleh jentera parti. Tapi Pas, baru jadi Kerajaan 5 tahun, siap upah kontraktor pasang bendera, fuhhh.. hebat!

Banyak duit Pas Kedah rupanya, yelahh.. balak saja dah berapa puluh juta depa tebang. Tapi duit balak tu habis untuk buat pacak bendera saja la. Ini perkara benar, kalau tak percaya pergi tanya orang yang pacak bendera Pas tu, jentera parti atau kontraktor. Sebab dalam kes ni, Mc sendiri pergi tanya.

Kenapa agaknya Pas sanggup berhabis duit untuk upah pacak bendera? Mana pergi semua jentera parti Pas? Rasanya pepecahan dalam Pas Kedah ni dah kronik hinggakan nak pacak bendera parti pun dah takdak orang nak buat.

Cuma Mc nak bagitau puak Pas ni, Allah tu maha berkuasa, dulu Pas dok kutuk UMNO/BN kononnya bayar tukang pacak bendera. UMNO/BN kalau bayar upah pun pada jentera parti. Sekarang Pas, dah jelas dan terbukti guna kontraktor. Kalau dah kontraktor tu, maknanya memang segalanya dibayar la.. silap-silap yang pacak tu pun bukan orang Pas, pendatang haram mana yang diupah gamaknya, he he...


Disini kita dah tahu, Pas Kedah memang banyak duit, tapi duit yang sepatutnya digunakan untuk bantu rakyat dan perbaiki infrastruktur telah disalahguna untuk kerja-kerja politik. Ini baru kes pacak bendera, belum lagi banner dan billboard. Berapa juta agaknya Pas habiskan untuk upah kontraktor buat semua ni?

Pas simpan duit untuk dihabiskan semasa pilihanraya dan tabur pada pengundi. Bagi Pas, habiskan duit untuk bantu rakyat tu tak penting, tapi untuk pancing undi kekalkan kuasa tu penting. Mungkin itu yang dikatakan Kerajaan Kebajikan ala Pakatan Haram. Menipu untuk kuasa dan wang!

McTheory:
Kesian yang kena tipu rakyat juga..

Selasa, 26 Mac 2013

PANASS! Azizan Razak Di Beri Amaran untuk pohon maaf, atau bersedia disaman! #SaveKedah


Nampaknya Pas Kedah KANTOI lagi kali ini! Penipuan Pas dalam buku manifesto mereka telah terbongkar!! Tempohari Mc sudah mendedahkan penipuan Pas tentang masjid Telaga Batu di Jerlun. Nak baca boleh klik SINI

Kali ni Pengarah ICU (Unit Penyelaras dan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri) sendiri mengakui, 11 masjid itu bukan Pas Kedah yang buat. Bahkan 11 masjid yang kononnya dibina oleh Kerajaan Negeri Kedah tu sebenarnya dibina oleh Kerajaan Pusat, dan satu lagi dibina atas ehsan derma orang kampung.


ini senarai masjid yang mengaku dibuat oleh kerajaan negeri Kedah

Ini buku yang penuh dengan penipuan.. tunggu masa untuk bongkar..

Disebabkan itu, Pemuda UMNO Kedah desak Kerajaan Negeri Kedah untuk membuat pemohonan maaf kepada Kerajaan Pusat dan rakyat Kedah dalam masa 48 jam. Semuanya disebabkan atas penipuan pembinaan 11 masjid di Kedah.

Jikalau Pas Kedah enggan berbuat demikian, maka Pemuda UMNO Kedah akan menyaman Pas Kedah atas penipuan tersebut!

Cabaran untuk meminta maaf ini sebenarnya dibuat semalam semasa sidang media. Kalau nak kira dengan posting blog ni, rasanya dah berapa jam dah terlepas.

Tapi takpa, kita tunggu sama ada Azizan sebagai MB Kedah akan memohon maaf, atau Azizan buat bodoh dan degilnya tak mengaku bersalah.

Mctheory:
tak mungkin orang tua degil tu nak minta maaf,

Khamis, 21 Mac 2013

PANASS AIHH!! Oit Pas! Buat Masjid Pun Mau Tipu Ka? #SaveKedah

Ehh.. silap, ini bukan gambar masjid tu..

Kalau dah nama penipu tu, buatlah macam mana pun, dia tetap akan menipu. Sampai bina masjid pun nak menipu? Tu maknanya Pas Kedah ni dah sampai tahap nazak. Kalau tak mampu nak bina masjid, jangan la menipu. Parah-parah!

Kat bawah ni ada list masjid, 'KONONNYA' dibina oleh Kerajaan Negeri sejak 2008. Betul ke dibina oleh Kerajaan Negeri? Takpa, tengok dulu list tu..



Untuk pengetahuan pembaca, takdak satu pun masjid dalam list diatas, yang Pas buat! Semuanya dibina oleh Kerajaan Persekutuan! Pembohongan yang jelas dan nyata ni dapat Mc buktikan melalui satu surat kelulusan dari Jabatan Perdana Menteri sendiri mengenai Masjid Telaga batu, Ayer Hitam, Jerlun.

Surat tu ada kat bawah,

Itu baru satu masjid, 11 lagi akan dibongkar secara berperingkat. Kalau bab bina masjid pun Kerajaan Negeri yang mengaku Islam terlebih ni sanggup menipu. Bayangkanlah hal yang lain! Kalau pembaca blog ada dapat atau jumpa buku seperti dibawah, Mc harap sila buanglah kedalam tongsampah. Kerana, dari muka depan, hingga belakang, semuanya hanya menipu.


Mc sendiri dah belek dan tengok isi kandungan dalam buku Kedah Sejahtera tu.  Memang isinya haprak gila lah!! Tunggu Mc akan dedahkan semuanya bersama rakan blogger Kedah yang lain.

Bawah ni ada video Datuk Mukhriz bercakap sikit mengenai masjid telaga batu.



Bina rumah Allah pun nak menipu! Apa punya haprak puak Pas mangkaq ubi ni!


McTheory:
Demi undi, membohong dan menipu dihalalkan!

Isnin, 18 Februari 2013

PANASS!! Akhirnya SETPOL MB Kedah Kantoi!! #TukarKedah



 Akhirnya Pisau Kedah, kantoikan Setpol MB Kedah. ha ha ha.. baca tulisan Pisau Kedah kat bawah..

Sanusi Md Noor, Setiausaha Politik Azizan Razak yang banyak merosakan imej Azizan Razak

Pisau Kedah nak tergelak la dengan penjelasan yang di beri Setiausaha Politik Azizan Razak, Sanusi Md Noor di dalam blognya berkenaan kerakusan pembalakan yang telah berlaku di kawasan berhampiran Tasik Pedu setelah rakyat Kedah kini bangkit mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri yang ditadbir rejim PAS dengan rakusnya mengodolkan Hutan Simpan Kekal dengan sesuka hati.



Apa yang di sampaikan Sanusi ini hanya menjerat dirinya sendiri di dalam mahu memutar belit penipuan yang telah di lakukan Kerajaan Negeri pentadbiran rejim PAS.

Sudah jelas dalam cabutan keputusan Majlis Mensyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darulaman ( MMK ) yang bertarikh 05 September 2012 ( rujukan: Kertas No . 6 ( F ) 283/2012 dalam ( PSUK ( K ) 14-1423 JLD 3 ). MMK telah bersetuju meluluskan projek pembangunan Agroforestry kepada PKNK tanpa adanya laporan jawatankuasa teknikal untuk mengkaji projek berkenaan sebelum di luluskan.

Kalau semua nak tahu projek Agroforestry ini adalah projek dusun buah-buahan yang di jadikan alasan untuk menghalalkan penipuan pembalakan haram Kerajaan Negeri.

Kalau nak di ikutkan kawasan yang hendak di bangunkan projek Agroforestry oleh rejim PAS Kedah itu merupakan kawasan Hutan Simpan Kekal Bernilai Tinggi sebelum ini. Untuk membuat pembalakan secara tebang habis atau dalam bahasa Kedah pembalakan cuci mangkuk, rejim PAS perlu menukar status kawasan tersebut kepada kawasan Ladang Hutan dari status Hutan Simpan Kekal.

Untuk menukar status kawasan tersebut dari status Hutan Simpan Kekal, pihak Kerajaan Negeri perlu terlebih dahulu menyediakan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar atau dalam bahasa English Environmental Impact Assessment kepada Jabatan Hutan sebelum membuat pembalakan secara tebang habis.

Yang menjadi peliknya kenapa perlu PKNK menyediakan laporan EIA sedangkan PKNK hanya di beri projek pembangunan Agroforestry sahaja. Manakala pembalakan di beri kepada pihak lain secara tebang habis tanpa adanya laporan EIA kepada Jabatan Hutan oleh Kerajaan Negeri.

Dalam hal ini Pisau Kedah tak tau la sama ada Jabatan Hutan Kedah telah di beli oleh rejim PAS ataupun di tipu hidup-hidup oleh rejim PAS yang mentadbir Kerajaan Negeri Kedah sehingga sanggup membenarkan pembalakan tebang habis sebelum adanya laporan EIA untuk petukaran status Hutan Simpan Kekal.




Elok la setelah balak dah habis di gondolkan di kawasan yang berhampiran dengan Tasik Pedu, baru la Jabatan Hutan minta pembalakan haram di hentikan sehingga laporan EIA di kemukakan.

Jangan lupa lawat blog baru Pisau Kedah kat SINI, setelah blog lamanya dah dihack oleh haram jadah pakatan haram!!

Rabu, 13 Februari 2013

PANASS!! Azizan Razak Bangga Mukhriz Melawat Ladang Buahnya!! #TukarKedah



Minggu lepas ada satu NGO bebas yang melancarkan kempen #SaveKedah. Malah mereka melancarkan kempen tersebut berhampiran dengan Tasik Pedu, di tapak pembalakan yang telah dimusnahkan oleh Pas Kedah.

Tapak pembalakan tersebut kemudiannya diambil oleh Kerajaan Negeri Kedah untuk dijadikan Ladang buah-buahan. Pelbagai buah yang Pas Kedah rancang nak tanam disitu, termasuklah anggur dan apple. Pelancaran pun telah dilakukan oleh Azizan, dengan menanam pokok buah-buahan disitu.

Bagi yang mengikuti kisah balak di Pedu ni dari awal. Tentunya tahu, projek Ladang buah-buahan ini hanyalah satu projek menghalalkan 'balak' yang diangkut keluar secara oleh Pas Kedah.

Disebabkan demikian, pelbagai NGO telah menunjuk perasaan dengan berdemo dikawasan tersebut. Mula-mula, orang kampung, kemudian Perkasa dengan 12 ribu orangnya dan yang terbaru, NGO #SaveKedah bersama belia berdemo seramai 8 ribu orang.

Azizan tidak memberi sebarang respon mengenai demo-demo yang lain. Cuma pada demo kali ini, mungkin ianya ada sedikit kelainan kerana ada Timbalan Menteri turun bersama rakyat. Lalu Azizan pun bersuara bila ditanya,

Apa pendapat Datuk Seri mengenai demo #SaveKedah yang dibuat baru-baru ini?

Azizan kata, "Baguih la, itu maknanya projek Pas Kedah ni BERJAYA, belum start lagi projek Ladang Buah tu, dah ada Menteri (Mukhriz Mahathir) yang mai melawat. Sebab tu saya kata, projek buah-buahan ni berjaya, belum mula pun menteri dah mai melawat". Sambil mengulangi cakapnya tadi.

"Bukan senang menteri nak melawat projek Kerajaan Pas, itu tanda kejayaan kita" Sambung Azizan mengenai soalan tersebut.

Bila Azizan jawab macam tu, Mc pun taktau nak kata apa. Nak gelak atau nak menangis. Tapi itulah Azizan Razak, MB Kedah yang sememangnya tak pernah BETOI nak jawab soalan.

Kalau nak bandingkan Leman Tak lawak dengan Azizan Razak ni, rasanya Azizan lagi terer buat lawak dari Leman. Selamatlah dulu takdak pertandingan Raja Lawak, kalau ada tentu Azizan dah lama masuk.

Ahh.. lupa nak bagitau semua, pokok yang Azizan tanam masa pelancaran Ladang Buah tu, dah lama mampuih. Ya laa.. tanam pokok buah tengah panas, confirm la mampuih. Mana tahan!! Kawasan balak mana boleh tanam pokok buah? he he.. tipu rakyat sungguh!


McTheory:
Azizan ohh Azizann..cukuplah hanya sepenggal!

Selasa, 15 Januari 2013

PANASS!! Gagal Pertahankan Kalimah Allah, Tok Guru Pondok di Kedah TOLAK Pas!! #TukarKedah


Di sebabkan rasa tanggungjawab mempertahankan akidah Umat Islam, Tok Guru sebuah pondok di Kedah, Tok Guru Sobri, pengasas Pondok Lubuk Kawah, Jitra tampil bersama Tok Guru Abdullah Saamah, Pengasas Pondok Genting, Tumpat, Kelantan membidas tindakan PAS memperdagangkan kalimah Allah.


McTheory:
Habis la Pas, Tok Guru Sekolah Pondok Semua dah Tolak Pas Kedah!

Isnin, 10 Disember 2012

PANASS!! Ayahanda Tun Dr Mahathir Bidas Pas Kedah 'Tak Reti Nak Tadbir Negeri'!! #TukarKedah


Rakyat Malaysia patut menilai kata-kata Ayahanda Tun Mahathir, Jangan Pilih orang yang bukan dalam bidangnya! bermaksud "Kita Jangan Pilih Orang Yang Tidak Pandai Mentadbir" seperti PAS Kedah yang tidak pandai mentadbir Kerajaan Negeri.

Kalau pilih lawyer untuk buat pembedahan terhadap pesakit jantung, sudah pasti pembedahan itu gagal! Pas mungkin pandai dalam bidang lain, tapi dalam pentadbiran, Pas gagal!

Apa yang Mc nampak, Pas hanya pandai dalam berceramah saja la.. he he

Sabtu, 24 November 2012

TUDIAA!! Azizan Razak Buat Bajet 2013 Tipu Rakyat? #TukarKedah


 Terkejut saya apabila mendapat tahu bahawa Kerajaan PAS Negeri Kedah baru-baru ini mengumumkan bajet 2103 di sidang DUN yang bernilai RM1.1 bilion meskipun mensasarkan pertumbuhan pendapatan berjumlah RM640 juta pada tahun 2013.

Menteri Besar Kedah, Azizan Razak yang membentangkan bajet “menipu” tersebut berkata bahawa jangkaan peningkatan pendapatan Kerajaan Negeri Kedah itu akan diperoleh dari hasil premium tanah dan air yang dijual kepada SADA serta sahabat “syaitan”nya Lim Guan Eng di Pulau Pinang.

Lebih hebat lagi, Azizan juga menjangkakan GLC-GLC Kedah bakal menjana keuntungan yang berlipat ganda pada tahun depan, termasuk Bina Darulaman Berhad (BDB).

Persoalannya, bajet apakah yang Menteri Besar ini bentangkan? Bajet mahu mufliskan Kedah atau mahu ranapkan terus negeri Jelapang Padi itu?

Sebagaimana maklum, Kedah tidak pernah mengkaji semula tarif penjualan airnya kepada Pulau Pinang sejak bertahun-tahun lamanya dan negeri Pulau Pinang dikatakan menikmati kadar tarif air yang sangat murah.

Jadi berapa juta sangatlah yang Azizan harapkan dari Lim Guan Eng?

Begitu juga dengan SADA, takkanlah Kerajaan Negeri Kedah akan dapat hasil yang tinggi dari penjualan air kepada anak syarikat negeri Kedah itu dan selama ini SADA dikatakan hanya mampu menjana tidak lebih dari RM25 juta setahun.

Berapa Kerajaan Negeri Kedah akan terima dari SADA? Takkanlah SADA nak beri semua keuntungannya kepada Kerajaan Negeri Kedah? SADA nak makan apa lepas tu?

Katakanlah Azizan bakal memperolehi sebanyak RM40 juta dari SADA dan Kerajaan “Khalifah tak sunat”, Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Mana dia nak korek bakinya yang berjumlah RM100 juta?

Mahu tak mahu, Azizan sudah pasti mengharapkan sumbangan yang tinggi dari hasil premium tanah, bukan? Nak tahu berapa yang Kerajaan Negeri Kedah peroleh dari hasil premium tanah di negeri itu?

Secara kiraan purata dari tahun 2007 hingga tahun 2012, Kerajaan Negeri Kedah hanya mampu mendapatkan hasil sebanyak RM30 juta sahaja setahun dari premium tanah!

Jadi, bagaimana Azizan mahu mendapatkan hasil premium tanah sehingga RM100 juta sedangkan perbezaan pendapatan dari hasil tersebut begitu ketara sekali.

Kalau Azizan mensasarkan peningkatan pendapatan sebanyak RM60 juta, mungkin masih lagi boleh diterima akal. Tapi kalau disasarkan sehingga RM100 juta, itu tidak realistik dan membohong namanya!

Pada saya, mungkin juga Azizan sedang terdesak untuk mengurangkan defisit tahunan Kerajaan Negeri Kedah kerana dia takut dihentam kerana tidak pandai menguruskan hal kewangan negeri.

Namun, wajarkah dia menipu dan meletakkan angka sasaran hasil pendapatan yang tidak realistik supaya bajet yang dibentangkan itu kelihatan “cantik” dan “sedap didengar”?

Dalam bajet itu juga, Azizan yang dinasihati oleh para Exco dan Pegawai Kewangan Negeri (SFO) yang merupakan saudara dekatnya itu kononnya mampu mengurangkan defisit tahunan Negeri Kedah kepada RM15 juta pada tahun 2013 ini.

Saya yakin bahawa pada akhir tahun 2013 nanti, Kerajaan Negeri Kedah akan mengalami defisit yang lebih besar dari RM15 juta sebagaimana yang dianggarkan oleh Azizan Razak yang para Exconya yang “syok sendiri”.

Apatah lagi Azizan berbelanja besar sebanyak RM1.1 bilion dan hanya mendapat pulangan sebanyak RM640 juta sahaja. Ia adalah satu jurang perbelanjaan dan pendapatan yang sangat besar perbezaannya.

Ditambah pula dengan hutang BDB kepada bank untuk Azizan membina kampus KUIN di Kuala Ketil yang perlu dibayar sebanyak RM44.8 bilion setahun, dari manakah lagi sumber yang akan Azizan korek untuk menampung “kapal”nya yang semakin besar bocornya di sana sini?

Saya tertanya-tanya, apakah bajet “karamkan Kedah” ini sengaja dibuat Azizan sebagai bajet “widaq” yang menandakan bahawa Azizan yakin bahawa PAS tidak akan mampu mengekalkan kuasa dan dia tidak akan lagi bergelar Menteri Besar Kedah selepas PRU ke-13 nanti?

Apakah bajet ini boleh disifatkan sebagai “Bajet Perpisahan Azizan” sebagai Menteri Besar Kedah dan dia sengaja meninggalkan sebuah kerajaan yang hampir hancur dikerjakan PAS selama lebih empat tahun berkuasa?

Nampaknya Azizan benar-benar mahu negeri Kedah “dikaramkan” bersama PAS dan dirinya. Persoalannya, apakah rakyat Kedah sanggup membiarkan ini berlaku? Sama-sama kita nantikan kelak…


Sumber: Mykmu.net

Ahad, 18 November 2012

PANASS!! Ustaz Azizan Pentadbiran Kedah Yang Serba Taktau!! #TukarKedah


Pas Kedah dok canang kat muktamar Pas yang lepas. Depa jaga Kedah ni kira baik gila la. Ekonomi maju, sosial ok, balak hebat. Tapi pada hakikat yang sebenar. Apa yang depa tau buat hanya tebang balak saja. Lain semua lingkup. Tak percaya cuba dengar apa yang disampaikan oleh Ustaz Kamal kat video bawah ni.


McTheory:
Azizan macam besa la. Mana pernah tau apa pun..

Rabu, 7 November 2012

TUDIAA!! Bila Pas Kedah Bandingkan KUIN dengan UUM? lawak bebal! #TukarKedah


Mc tergelak baca bila ada blogger haprak Pas Kedah bandingkan KUIN dengan UUM. Pehh.. macam langit dan bumi. Depa punya nak jawab isu KUIN kena bayar ganti rugi tu, hinggakan merepek tak tentu hala. Ni sahabat TMK blog Duke Of UMNO tolong jawab untuk bagi pihak kami. he he..

Aku memang heran dengan puak-puak blogger upahan PAS Kedah yang memang tak reti fikir. Mungkin depa ni memang jenih low IQ dan malas nak berfikir secara rasional. Lebih pelik lagi, jenis muka tak malu pulak tu..!

Baru-baru ni depa bandingkan jumlah yang perlu dibayar oleh UUM kepada sebuah syarikat dengan jumlah yang perlu dibayar oleh KUIN kepada sebuah syarikat, sebagaimana yang ditetapkan mahkamah.

UUM kena bayar pada KIC Management sebanyak RM3.7 juta dan KUIN kena bayar pada Shake Cuisine sebanyak RM1.6 juta. Kononnya saman yang UUM kena bayar lebih banyak berbanding KUIN...

Tapi, depa langsung tak bandingkan sebab-sebab UUM dan KUIN perlu bayar saman tu...! Heh! Bodo betoi la bila depa main isu yang terang-terang tunjuk kebodohan depa...heh!

UUM tamatkan perkhidmatan KIC Management dan dah tentu UUM tahu bahawa pihak depa dah langgar kontrak. Oleh itu, depa dah tentu bersedia untuk bayar saman. Lagipun, UUM tu bukan ada masalah kewangan pun sebab dibiaya oleh Kerajaan Pusat melalui KPT...

Dalam ertikata lain, UUM takdak masalah nak bayar saman tu. Kalau UUM bayar RM4 juta sekali pun kat KIC Managment, UUM masih mampu bayar gaji pensyarah, seluruh kakitangan UUM dan langsung tak jejas kewangan universiti tu...

Tapi, KUIN ni ada masalah kewangan yang dahsyat! Tak kena bayar saman pun, KUIN dah tak mampu nak rolling duit. Belum kena saman pun, kakitangan dan pensyarah KUIN dah berdemo mengamuk bila duit gaji dan duit zakat depa tak dibayar sebagaimana sepatutnya...




Bayangkan, duit potongan zakat kakitangan dan pensyarah KUIN pun dipusing-pusing pengurusan KUIN! Lepas tu KUIN bayar gaji pun lewat sampai ada rumah dan kereta milik kakitangan dan pensyarah yang hampir dilelong, ditarik dan diberi notis amaran dari bank!

Cuba tengok kenapa KUIN kena bayar saman RM1.6 juta tu. Sebab KUIN tak bayar Shake Cuisine, kan? Nampak sangat la KUIN dah takdak duit sampai tak mampu nak bayar perkhidmatan syarikat tuuu..!!! Heh!

Kalau KUIN takdak duit, buat la cara takdak duit. Aku nak tanya, mampu ke KUIN bayar saman RM1.6 juta tu. Aku rasa UUM takdak masalah nak bayar RM10 juta pun. Tapi, kalau nak bayar gaji kakitangan dan pensyarah pun tak mampu, mampu ke KUIN bayar Shake Cuisine? Heh!

Tu pun blogger pencacai PAS tu nak bangga dengan KUIN? Kah! Kah! Kahhhh..!!! Memang muka tak malu betoi. Kalau orang kata depa bodo, depa marah. Abih tu nak kata lagu mana lagi? Dah memang nampak sangat depa tu bodo punnnn...Hahahahahaaaa..!!!!!


McTheory:
Tu la payah bila akai dok letak kat lutut!