Rabu, 27 Mac 2013

TUDIAA!! Banyaknya Duit Pas Kedah!! #TukarKedah #TolakPas


Mesti ramai pembaca pelik kenapa Mc ambil gambar bendera Pas yang terpasang cantik ni kan. Mc percaya, ramai orang Kedah perasan bendera Pas sekarang kemas tergantung. Macam gambar diatas. Malah bukan hanya satu daerah saja, mana pelusuk pun dah banyak bendera Pas digantung macam gambar diatas.


Ini bukan isu, tapi hanya nak beritahu, Pas sekarang dah tak guna jentera pacak bendera ni. Depa upah kontraktor untuk pacak bendera. UMNO/BN jadi Kerajaan lebih 50 tahun. Namun sampai sekarang, bendera tetap dipacak oleh jentera parti. Tapi Pas, baru jadi Kerajaan 5 tahun, siap upah kontraktor pasang bendera, fuhhh.. hebat!

Banyak duit Pas Kedah rupanya, yelahh.. balak saja dah berapa puluh juta depa tebang. Tapi duit balak tu habis untuk buat pacak bendera saja la. Ini perkara benar, kalau tak percaya pergi tanya orang yang pacak bendera Pas tu, jentera parti atau kontraktor. Sebab dalam kes ni, Mc sendiri pergi tanya.

Kenapa agaknya Pas sanggup berhabis duit untuk upah pacak bendera? Mana pergi semua jentera parti Pas? Rasanya pepecahan dalam Pas Kedah ni dah kronik hinggakan nak pacak bendera parti pun dah takdak orang nak buat.

Cuma Mc nak bagitau puak Pas ni, Allah tu maha berkuasa, dulu Pas dok kutuk UMNO/BN kononnya bayar tukang pacak bendera. UMNO/BN kalau bayar upah pun pada jentera parti. Sekarang Pas, dah jelas dan terbukti guna kontraktor. Kalau dah kontraktor tu, maknanya memang segalanya dibayar la.. silap-silap yang pacak tu pun bukan orang Pas, pendatang haram mana yang diupah gamaknya, he he...


Disini kita dah tahu, Pas Kedah memang banyak duit, tapi duit yang sepatutnya digunakan untuk bantu rakyat dan perbaiki infrastruktur telah disalahguna untuk kerja-kerja politik. Ini baru kes pacak bendera, belum lagi banner dan billboard. Berapa juta agaknya Pas habiskan untuk upah kontraktor buat semua ni?

Pas simpan duit untuk dihabiskan semasa pilihanraya dan tabur pada pengundi. Bagi Pas, habiskan duit untuk bantu rakyat tu tak penting, tapi untuk pancing undi kekalkan kuasa tu penting. Mungkin itu yang dikatakan Kerajaan Kebajikan ala Pakatan Haram. Menipu untuk kuasa dan wang!

McTheory:
Kesian yang kena tipu rakyat juga..

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
McTheory berkata...

Minta tolong ADMIN blog http://tunhisyamuddin.blogspot.com/ jangan SPAM URL kat sini. Sebelum Mc BANNED IP terus dari masuk ke blog ni! Hormat sikit tuan punya blog!

Tanpa Nama berkata...

patut la bendera depa cantek2 lani. pakai kontraktor!

Tanpa Nama berkata...

Gah dengan bendera & poster tapi kerja tak jalan,cam haprak!!