Rabu, 7 November 2012

TUDIAA!! Bila Pas Kedah Bandingkan KUIN dengan UUM? lawak bebal! #TukarKedah


Mc tergelak baca bila ada blogger haprak Pas Kedah bandingkan KUIN dengan UUM. Pehh.. macam langit dan bumi. Depa punya nak jawab isu KUIN kena bayar ganti rugi tu, hinggakan merepek tak tentu hala. Ni sahabat TMK blog Duke Of UMNO tolong jawab untuk bagi pihak kami. he he..

Aku memang heran dengan puak-puak blogger upahan PAS Kedah yang memang tak reti fikir. Mungkin depa ni memang jenih low IQ dan malas nak berfikir secara rasional. Lebih pelik lagi, jenis muka tak malu pulak tu..!

Baru-baru ni depa bandingkan jumlah yang perlu dibayar oleh UUM kepada sebuah syarikat dengan jumlah yang perlu dibayar oleh KUIN kepada sebuah syarikat, sebagaimana yang ditetapkan mahkamah.

UUM kena bayar pada KIC Management sebanyak RM3.7 juta dan KUIN kena bayar pada Shake Cuisine sebanyak RM1.6 juta. Kononnya saman yang UUM kena bayar lebih banyak berbanding KUIN...

Tapi, depa langsung tak bandingkan sebab-sebab UUM dan KUIN perlu bayar saman tu...! Heh! Bodo betoi la bila depa main isu yang terang-terang tunjuk kebodohan depa...heh!

UUM tamatkan perkhidmatan KIC Management dan dah tentu UUM tahu bahawa pihak depa dah langgar kontrak. Oleh itu, depa dah tentu bersedia untuk bayar saman. Lagipun, UUM tu bukan ada masalah kewangan pun sebab dibiaya oleh Kerajaan Pusat melalui KPT...

Dalam ertikata lain, UUM takdak masalah nak bayar saman tu. Kalau UUM bayar RM4 juta sekali pun kat KIC Managment, UUM masih mampu bayar gaji pensyarah, seluruh kakitangan UUM dan langsung tak jejas kewangan universiti tu...

Tapi, KUIN ni ada masalah kewangan yang dahsyat! Tak kena bayar saman pun, KUIN dah tak mampu nak rolling duit. Belum kena saman pun, kakitangan dan pensyarah KUIN dah berdemo mengamuk bila duit gaji dan duit zakat depa tak dibayar sebagaimana sepatutnya...




Bayangkan, duit potongan zakat kakitangan dan pensyarah KUIN pun dipusing-pusing pengurusan KUIN! Lepas tu KUIN bayar gaji pun lewat sampai ada rumah dan kereta milik kakitangan dan pensyarah yang hampir dilelong, ditarik dan diberi notis amaran dari bank!

Cuba tengok kenapa KUIN kena bayar saman RM1.6 juta tu. Sebab KUIN tak bayar Shake Cuisine, kan? Nampak sangat la KUIN dah takdak duit sampai tak mampu nak bayar perkhidmatan syarikat tuuu..!!! Heh!

Kalau KUIN takdak duit, buat la cara takdak duit. Aku nak tanya, mampu ke KUIN bayar saman RM1.6 juta tu. Aku rasa UUM takdak masalah nak bayar RM10 juta pun. Tapi, kalau nak bayar gaji kakitangan dan pensyarah pun tak mampu, mampu ke KUIN bayar Shake Cuisine? Heh!

Tu pun blogger pencacai PAS tu nak bangga dengan KUIN? Kah! Kah! Kahhhh..!!! Memang muka tak malu betoi. Kalau orang kata depa bodo, depa marah. Abih tu nak kata lagu mana lagi? Dah memang nampak sangat depa tu bodo punnnn...Hahahahahaaaa..!!!!!


McTheory:
Tu la payah bila akai dok letak kat lutut!

Tiada ulasan: