Jumaat, 17 Ogos 2012

TUDIAA!! Kisah Menarik Ustaz Nasha, Nik Aziz dan Pas!!


Nik Aziz meluahkan amarah yang terbuku dalam dirinya dan memang tak salahlah untuk penulis muktamadkan, yang seketul hati milik Nik Aziz terbukti sudah hitam legam membenci persaudaraan dan tidak kekok meraikan perpecahan.



Hanya disebabkan sekeping gambar yang menyejukkan mata memandang dan sepatutnya ditafsirkan sebagai gambaran erat silaturahim diantara dua Hamba Allah yang berbeda politik akhirnya mencetuskan pula keluh kesah dan amarah dari seketul hati yang mungkin sekian lama sudah hitam berkarat.

Gambar yang penulis maksudkan itu memaparkan kemesraan dua pemimpin, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak dan Nasharuddin Mat Isa yang kedua-duanya datang dari dua parti yang sekian lama bermusuhan tapi dilihat berbual mesra bersama dua orang ulama dari Arab Saudi.

Menariknya, peristiwa itu berlangsung dalam bulan Ramadhan yang mulia dan kebetulan kemesraan itu dirakamkan di Kota Suci Mekah tempat di mana seluruh umat Islam dari pelbagai ras bangsa dan keturunan mempereratkan tali silaturahim.

Namun peliknya dari bumi Kelantan yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekah, ada seketul hati yang tentunya semakin kelam tiba-tiba menghamburkan kemarahan setelah melihat sahaja kemesraan dua tokoh tersebut.

Hati yang kelam dan kelihatan sebati hitam legam itu tentunya milik Nik Abdul Aziz Nik Mat, seorang politikus yang berselindung disebalik gelaran ‘tok guru pekeliling’ yang telah 22 tahun menikmati puncak kuasa di negeri Kelantan.

Sekalipun demikian lamanya merasa empuk kerusi MB dan semakin tenggelam dalam halusinasi sendiri kerana masih menjadi tumpuan pemimpin parti, dirinya masih lagi mahu terus menongkat langit dek kerana gerunnya dengan untung rugi nasib sendiri sekiranya terhumban dari puncak kuasa sebagai Menteri Besar dan Mursyidul Am PAS.

Saat di bulan mulia Ramadhan Al Mubarak yang di dalamnya terkandung satu malam yang nikmat pahalanya seperti beribadat seribu bulan dan sudah termaktub dalam Al-Quran segala jenis syaitan, iblis dan jin telah dibelenggu berterusan selama sebulan, namun Nik Aziz tidak semena-mena mengesahkan pada khalayak yang hatinya tetap hitam dan nafsu amarahnya sukar untuk dikekang.

Orang tua-tua kata, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Nik Aziz sudahpun

“Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi Presiden Pas boleh masuk UMNO, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian,” katanya di sini, hari ini…

…Nik Abdul Aziz juga berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan Pas daripada menimbulkan masalah kepada parti. –  (Utusan Malaysia)

Malang sungguh bagi umat Islam kerana di bulan yang mulia ini terpaksa menyaksikan sikap buruk laku seorang pemimpin yang selama ini dia kerap dipotretkan oleh PAS sebagai ‘lebai terulung’ di seluruh jagat alam.

Sepatutnya bagi seorang yang dilabelkan sebagai ulamak bukan begini caranya menunjuk ajar anak buahnya sekalipun mungkin agaknya tetap menjadi satu kesalahan besar yang melanggar polisi dan dasar PAS bilamana wujud pertemuan mesra pemimpinnya dengan pemimpin UMNO walaupun ia berlangsung di Kota Suci Mekah.

Biasanya seseorang pemimpin parti politik hanya diberi amaran, paling keras diberi surat tunjuk sebab hanya jika menyertai program kepartian pihak lawan dan hanya akan dipecat bila terbukti wujud hasrat derhaka pada parti sendiri.


Rasanya belum pernah dalam sejarah dunia politik bumi ini, seorang pemimpin parti politik di kutuk caci dan diperlekahkan maruahnya sebagaimana yang terjadi pada Nasharudin hanya semata-mata turut kelihatan sama dalam rombongan bersama PM di Tanah Suci Mekah.

Dan pula, dalam keadaan iblis, syaitan dan jin masih terbelenggu dan tidak dapat meluahkan amarah serta kekecewaan melihat akrab sillaturahim sesama umat Nabi Muhammad s.a.w, Nik Aziz pula seakan telah mengambil alih tugasan iblis dan syaitan apabila marah sakan melihat keeratan hubungan bekas Timbalan Presiden PAS dengan Perdana Menteri di Kota Suci Mekah.

Barangkali ini petunjuk atau bayangan tanda akibat kata-kata dusta dan celupar Nik Aziz suatu ketika dulu yang pernah menyatakan kesanggupannya bersahabat dengan syaitan semasa di awal-awal usahanya membersihkan imej harbi DAP di mata penyokong bawahannya.


Lagipun, sebelum ini sudah acapkali Nik Aziz menonjolkan dirinya sebagai politikus yang anti pada kesatuan umat apabila pernah mendalangi gerakan untuk menggagalkan usaha menyatukan orang Melayu Islam melalui Kerajaan Perpaduan (UG).

Manakala beberapa bulan lepas, Nik Aziz jugalah merintis kepada pembatalan muzakarah antara UMNO dan PAS yang ideanya dicetuskan oleh Presiden PAS, Hadi Awang.

Tapi gara-gara kelancangan mulut Nik Aziz tampil dengan pelbagai syarat yang penuh muslihat akhirnya Hadi terpaksa beralah dan rosaklah sekali lagi usaha ke arah penyatuan umat Islam di Malaysia ini.

Melihat pada tindak tanduk luar tabie yang ditonjolkan oleh Nik Aziz sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sahihlah agak layak untuk ditabalkan saja dirinya sebagai diktator yang amat benci pada perpaduan ummah di masa yang sama agak gemar melihat umat Islam terus bertelagah.


MyKmu


Komen:

PAS sepatutnya rasa bersyukur apabila YAB DS Najib Razak sebagai pemimpin Malaysia tanpa mempedulikan ideologi politik telah bersama Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa ke Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang di adakan di Makkah bagi memperbincangkan permasalahan negara-negara Islam.

Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya, hanya kerana sekeping gambar Ustaz Nasharudin bersama Najib di Makkah ketika menghadiri bual bicara bersama pemimpin OIC, pelbagai tohmahan dari pihak pemimpin dan akar umbi PAS yang taksub kepada politik semata-mata telah di lemparkan kepada Ustaz Nasharudin.

Yang amat mengecewakan sekali apabila Mursyidul AM PAS, Nik Aziz dengan rasa bongkaknya telah mengesa Ustaz Nasharudin meninggalkan PAS, hanya disebabkan kecenderongan Ustaz Nasharudin kepada perpaduan sesama Islam.

Apa yang di lakukan Ustaz Nasharudin sememangnya bertentangan dengan prinsip PAS yang terlalu membencikan UMNO hanya di sebabkan politik, walaupun UMNO selama ini memperjuangkan Islam lebih dari apa yang Pas buat.

Kerana bencinya PAS kepada UMNO, PAS sanggup menjadi satu parti yang di lihat sebagai parti pencacai di dalam Pakatan Haram demi merealisasikan dendam mereka untuk melihat UMNO berkubur dalam politik Malaysia.

Sekiranya UMNO berkubur, Pas langsung tidak mempedulikan nasib Melayu Islam di Malaysia, sedangkan pada hakikatnya mereka tahu, nasib Melayu Islam akan berdepan dengan masalah besar, apabila Pakatan Haram yang diketuai oleh Dap memerintah.

Namun apakah mereka kisah? Janji dapat ke Putrajaya.. cehh BONGOK punya Pas!!

Media Kedah

Tiada ulasan: