Selasa, 14 Ogos 2012

TUDIAA!! Solat Terawih Ekspress? Adakah ianya Sah?

Agak terkejut dan terasa aneh lagi luar biasa apabila sekumpulan jemaah di sebuah masjid di indonesia dirakam melakukan solat terawih paling pantas kurang dari satu minit.

Video Cara Mudah Solat Sembahyang Terawih Paling Laju Cepat Pantas Ringkas

Di bulan Ramadhan ini, kita disunatkan melakukan solat sunat terawikh sehingga 20 rakaat beserta solat witir. Namun adab dan rukun dalam solat itu perlulah dijaga supaya solat kita diterima Allah.

Kalau nak kejarkan 20 rakaat, tetapi solat dalam keadaan yang terlalu pantas, tanpa kekhusyukkan, tiada toma’ninah dan selesai dalam masa seminit sahaja, adakah solat begitu diterima? Hanya Allah yang maha mengetahui..

“Sejahat-jahat pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya. Para sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam solatnya?” Baginda menjawab : “Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.” (HR Ahmad).



McTheory:
Sembahyang pun boleh Ekspress? Ingatkan Bas saja ada.. aduhh laa..

1 ulasan:

Unknown berkata...

Kelihatan macam digym pula..silap kain pelikat boleh jatuh.Habis solat jamin mandi peluh ni.Saya hanya melihat secara zahir..khusuk atau tidak..sah atau tidak hanya Allah yang maha mengetahui.