Sabtu, 15 September 2012

GEMPAR!! Debat Pergaduhan diantara MCA dan puak Pakatan Haram!!



Kenapa MB Khalid Selangor kecut dengan anak muda seperti Chua Tee Yong?

Yang pi hantar wakil buat apa? Khalid takut tergagap-gagap ke?

Orang ajak debat di KL yang Khalid nak berdebat di Bangkok buat apa?

Dari video yang dilihat dan maklumat yang diperolehi, masih ramai kaum cina yang menyokong BN dan menentang kebejatan dan permainan retorik yang ada dalam pakatan haram.

Debat antara Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong dan Menteri Besar Selangor bertukar kecoh apabila beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) bertindak meninggalkan dewan program.

Kekecohan berlaku disebabkan penyokong sebuah parti politik menghalang laluan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong ketika keluar dari dewan pada jam 9.35 malam tadi.

Setelah hampir 30 minit menantikan kehadiran Khalid, mereka bertindak keluar dewan. Debat berhubung isu penstrukturan semula hutang Talam Corp anjuran MCA Bandar Tun Razak, yang diadakan di Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak di sini. Tee Yong enggan berdebat dengan wakil yang dihantar oleh Khalid, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Namun, debat tersebut diteruskan tanpa wakil PR. Pihak Tee Yong menegaskan mereka ingin berdebat dengan Menteri Besar Selangor sendiri. Sebaik sahaja Tee Yong selesai memberikan penerangan kepada tetamu yang hadir, beliau dikerumuni pemberita dan ditanya berkenaan dengan wakil PR meninggalkan dewan. "Saya tak tahu kenapa, mungkin mereka telah bertukar fikiran," ujar Tee Yong yang juga Ahli Parlimen Labis.

Kredit untuk blog Anak Seberang

Tiada ulasan: