Mohd Halizal Bin Allias
Bekas Guru Tahfiz An-Najihin, Kulim
Kelmarin 30 Laporan Polis terhadap Ustaz Halizal Bin Allias, Khatib Jemputan yang bertanggungjawap menyampaikan Khutbah Jumaat yang mengunakan Rasulullah S.A.W sebagai bahan politik di Masjid Jamek An-Najah, Padang Serai, Kulim, Kedah pada 07 September yang lalu.
Khatib tersebut telah di jemput oleh Mohamad Kamil Bin Mahdzir, Pengerusi Masjid Jamek An-Najah untuk menyampaikan Khutbah Jumaat yang menjadi kontroversi ketika ini.
Menurut sumber maklumat, mimbar Masjid berkenaan sering kali di gunakan Pengerusi Masjid sebagai tempat berpolitik setiap kali Khutbah Jumaat dengan menjemput khatib dari luar yang pro kepada PAS sebagai Khatib Jemputan.
Khutbah yang di sampaikan tidak pernah langsung menggunakan teks khutbah yang telah di sediakan Majlis Agama Islam Kedah hingga membuat anak khairiah mempersoalkan tindakan Pengerusi Masjid berkenaan menggunakan kesempatan di atas jawatannya berpolitik dalam Masjid.
Banyak laporan telah di buat kepada pihak Majlis Agama namun tiada tindak balas dari pihak Majlis Agama yang seolah-olah berpihak kepada parti politik.
Cerita mengenai laporan polis terhadap Khatib sesat ni Mc ambil dari blog Media Kedah. Memang teruk apabila Majlis Agama daerah pun bersubahat untuk membiarkan kesucian masjid dinodai dengan politik kotor puak ni.
Jikalau yang diamanah menjaga agama pun sanggup nak rosakkannya, pada siapa lagi yang kita boleh harapkan?
McTheory:
Harapkan pagar, pagar makan pagi!! Report sekali Majlis Agama tu.. baru betui!!
1 ulasan:
bukan harapkan pagar, pagar makan padi ke?
Catat Ulasan