Khamis, 13 September 2012

PANASS!! Anwar Hilang Akal Ketika Ceramah!!


Heboh di dalam alam siber berkenaan ceramah Anwar di Ampang di mana beliau terus menabur janji-janji manis yang tidak masuk akal. Harga minyak turun, mansuh PTPTN dan berbagai-bagai lagi janji manis yang akan ditunaikan secara serta-merta iaitu dalam masa 24 jam setelah mengambil-alih kuasa. Beliau juga berjanji yang media boleh bertanya apa saja ketika itu, tapi bukan kepadanya, tetapi kepada Dato’ Seri Najib yang ‘terpaksa’ turun dari takhta, katanya.

Anwar bercakap seolah-olah beliau berada dalam alam fantasi, di sebuah negara olok-olok ala Beringin Rendang dalam cerita fantasi P.Ramlee. Jika Anwar bukan bergurau, beliau tentunya benar-benar benak kerana membayangkan begitu mudahnya untuk menurunkan harga minyak dan menukar sebarang keputusan atau undang-undang yang berkaitan dengan kewangan negara tanpa mengkaji dan membincangkannya.

Atau mungkin Anwar benar-benar terlupa untuk ‘berkongsi’ dengan rakan-rakannya yang lain seperti Kit Siang dan Hadi Awang serta membolot kuasa secara mutlak untuk dirinya semata-mata. Justeru itu, segala keputusan akan dibuat secara sendirian tanpa perlu dibawa ke meja perbincangan.

Namun, apa yang membuatkan kita lebih ‘cuak’ dengan Anwar ialah apabila beliau memberi masa yang tepat iaitu jam 2.30 petang untuk membuat mengumumkan kejayaannya menawan Putrajaya. Kata beliau, “"Jam 2.30 petang, saya akan hubungi Tan Sri SPR, (dan berkata) Tan Sri, saya dah dapat keputusan. Saya bagi peluang setengah jam, umum cara teratur dan telus. Kalau tidak, kita ambil tindakan serta-merta kepada seluruh pihak SPR,"

Rasanya tidak salah jika ada yang meragui kewarasan Anwar dengan kenyataan di atas. Anwar bukan lagi gila kuasa tetapi sudah benar-benar gila. Beliau mula menganggap imaginasinya sebagai realiti. Keputusan pilihanraya hanya akan dikeluarkan seawal 5 petang, bagaimana Anwar mampu menilik kemenangannya pada jam 2.30 petang?

Mungkin ada yang berkata bahawa ini adalah kenyataan ‘pre-emptive’ Anwar untuk mengambil-alih kuasa melalui jalan belakang iaitu dengan menjatuhkan kredibiliti SPR. Namun, kita tidak boleh mengenepikan terus kemungkinan Anwar telah tidak berpijak di bumi nyata dan apa yang diperkatakannya bukanlah strategi ‘pre-emptive’ tetapi fantasinya.

Anwar membayangkan dirinya menjadi Perdana Menteri selepas PRU nanti tetapi di masa yang sama beliau tahu yang beliau sukar untuk menang. Justeru, imaginasinya memberitahu bahawa beliau boleh terus bersikap seperti Perdana Menteri, mengambil tindakan terhadap SPR serta memerintahkan Dato’ Seri Najib agar turun dan berundur.

Bagaikan seorang kanak-kanak melayan imaginasi ingin menjadi superhero, Anwar juga membayangkan yang beliau boleh berbuat dan menjadi apa saja yang beliau mahukan. Memandangkan imaginasi tidak mempunyai batasan maka kerana itulah Anwar mampu menabur janji-janji setinggi bintang di langit dan membayangkan senario PRU sesuka hatinya.

Sedar atau tidak, nampaknya akhir-akhir ini cakap-cakap Anwar sudah semakin merapu. Semakin banyak beliau bercakap, semakin terserlah bahawa beliau tidak lagi bercakap menggunakan akal yang waras.

Sikapnya yang tidak tenang dan sering menunjuk marah terhadap wartawan dari media pro-kerajaan selama ini adalah simtom-simtom awal ketidakwarasannya.

Apapun, kita tunggu dan lihat apa akan terjadi pada PRU nanti. Apakah kegilaan Anwar akan terserlah dengan lebih jelas pada ketika keputusan diumumkan dan tidak memihak kepadanya? Atau apakah beliau akan benar-benar bertindak mengikut imaginasinya iaitu mengabaikan undang-undang, peraturan dan logik dalam membuat tindakan dengan mengumumkan kemenangannya walaupun proses pengundian belum lagi tamat?

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ingatlah ...
1) sumpah laknat - saipul, eskay, najib, umi ... dah cukup untuk Allah menurunkan bala.
2) saipul ... hem aku yakin setiap malam dia membaca yasin agar Allah menurunkan bala kepada orang yang menganiayai dirinya
3) Allah telah menarik seri wajah nwar berahi ... sebagai mana iblis ditarik seri wajah dan kehebatnya kerana derhaka ... satu petanda awal berkenaan kemurkaan Allah ... aku tidak hairan nwar berahi kini sebenarnya telah gila ... tanda-tanda itu telah Allah tunjukan kepada orang yang mahu berfikir ... semua tindakan dirinya dan kumpulannya kini adalah back fire kepadanya ...

Tanpa Nama berkata...

sudah terlalu ramai rakan dan sahabat karib, setiausaha, pekerja, musuh dan macam2 lagi telah membongkar muslihat dan kejahatan yg dibawanya...namun beliau tetap juga terus berdegil enggan kembali dan insaf dari terus menipu umat.
apakah ucapannya di ampang baru2 ini petanda awal bhw Allah swt sedang membongkar segala macam kejahatan yg dibawa oleh anwar menerusi kebolehan yg ada pada dirinya sendiri sblm ini; bukan lagi menerusi org lain????!!!

ingatlah, walau pandai dan bijaknya anwar berserta pakatan menipu rakyat dan umat Islam Malaysia, sesungguhnya Allah swt lebih maha bijaksana.

-w

Kekuda berkata...

ingatkan 2.30 pagi, rupanya 2.30 petang. agaknya dia rancang nak menang percuma di majoriti kawasan. bagaimana cara tu?