Rabu, 12 September 2012

PANASS BERAPI!! Pendedahan Masjid Politik Pas dan Seruan Baginda Rasulullah SAW Menyeru Umat Islam Menyokong Anwar Ibrahim!! #PasSesat

Masjid kontroversi

Mari kita sambung kisah rakaman audio Khutbah Jumaat yang di baca oleh seorang Khatib jemputan di Masjid Jamek An-Najah, Padang Serai, Kulim pada 07 hb yang lalu. ( Khatib Mohd Haslizal Alias  )

Ternyata khutbah tersebut cukup mengelirukan apabila mengatakan Rasulullah S.A.W telah memberitahu Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin dan Tok Guru - Tok Guru dari Ulama Ikhwanul Muslimin bahawa Anwar Ibrahim merupakan orang yang layak menjadi Perdana Menteri Malaysia walaupun ianya hanya didalam mimpi.

Yang cukup mengelirukan lagi, apabila khatib tersebut memberi tahu bahawa zaman kegemilangan Islam di Asean adalah di zaman Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia. Apakah maksud semua itu?

Jikalau anda tidak percaya, anda boleh dengar rakaman audio dibawah ini..


Ternyata, pihak ini tidak takut untuk menguna pakai nama Baginda Rasulullah SAW. Demi politik, semuanya halal untuk digadaikan. Apa saja 'kos' untuk menawan Putrajaya, ianya tidak penting, mereka menghalalkan segala perbuatan mungkar, menipu, membohong hatta mencuri sekalipun, janji impian ke Putrajaya tercapai.

Inilah yang kita takutkan, puak ini merosakkan Islam. Malah puak yang merosakkan Islam ni tergolong dalam kumpulan yang mengistiharkan diri mereka pejuang Islam. Malah ada yang kata mereka parti Islam yang confirm masuk syurga!!

Lihatlah betapa sesatnya puak-puak ini. Contohnya dibawah, papan kenyataan masjid, telah dipenuhi dengan risalah politik mengutuk kerajaan pusat.

papan kenyataan di Masjid berkenaan..

Apa yang sangat menyedihkan maklumat yang di perolehi dari penduduk kawasan Padang Serai, Masjid tersebut sememangnya dijadikan medan untuk berpolitik, malah ia telah disalahguna oleh pihak jawatankuasa Masjid yang PRO kepada parti PAS.

Setiap minggu, Jawatankuasa Masjid akan memanggil khatib dari luar untuk membaca khutbah Jumaat yang penuh dengan pengisian politik tanpa mengunakan teks khutbah yang di sediakan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK)..

Pelbagai aduan telah di lakukan penduduk setempat untuk memaklumkan kepada pihak Majlis Agama Islam Kedah namun tidak satu pun tindakan yang di ambil untuk mengatasi permasalahan Masjid tersebut di jadikan medan politik puak PAS.

Nampak sangat MAIK yang meluluskan untuk meroboh Madrasah Salihiah dijadikan Pusat Beli Belah merestui AJK Masjid Padang Serai untuk bermain politik didalam masjid tersebut.

Jika perkara ini dibiarkan, ia akan menjadi lebih teruk dan mungkin akan mengundang perpecahan diantara umat Islam dikariah berkenaan.

Mc berharap, jika pihak berkuasa negeri tidak boleh diharapkan untuk mencegah perbuatan ini, akan ada pihak berkuasa pusat untuk menyelamatkan masyarakat Islam di sekitar Padang Serai dari terus dimomokkan dengan Khutbah politik pada setiap hari Jumaat.

Mari kita selamatkan Masjid Jamek An-Anajjah, Qariah Padang Serai dan penduduk Islam disekitar kariah berkenaan.

McTheory:
Misi Selamatkan Umat Islam Padang Serai!!

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bgs gak greja greja xde bawa politik semasa smbahyang...renung2 la. Its just u and God. No politics

Tanpa Nama berkata...

YA ALLAH YA TUHAN KU.. NABIMU DIHINA DAN DIPERMAINKAN OLEH UMATMU SENDIRI. Gamaknya khatib tu kaitkan Rasulullah untuk tagih undi. Tktahu apa nk ckp lg. Nabi telah tiada, dan tiada wahyu lagi selepas kewafatan Rasulullah. Mimpi bertemu Rasulullah ialah satu 'hadiah' bg para wali Allah dan org Soleh, dan mimpi2 begitu tidak ada dialog2, dan org Soleh yg dpt mimpi itu tidak akan sebarkan begini.. maknanya yg sebarkan ini ialah dajjal2 bertopeng utk sesatkan umat Islam!

Semoga Allah pelihara Aqidah kita dr puak2 PAS laknatullah ini.Amin

Tanpa Nama berkata...

setakat mempermain2kan nabi apalah sangat...

sebelum ni ada pemimpin Pas cakap Allah perintah Pas utk menawan putrajaya... sapa lah yg bertuah dapat wahyu tu...

Pas semakin sesat sehingga Allah dan nabi pun sanggup dijaja, dijual demi kepentingan politik Pas dan manusia anugerah tuhan yg mengatakan semua agama adalah sama..

Pas semakin rosak dan sesat..

Tanpa Nama berkata...

Fitnah.mana awak tahu .mungkin Betul apa yang dikatakan

korie berkata...

Depa yg bgs sgt bkata2 ni, aku nk tny skt, hangpa bljq agama smpi thp mn? Dlm 1 hari brapa kli hangpa p surau/masjid utk slt bjemaah? jgn duk sembang hangpa syg nabi la kalau suruhan nabi skt pn hangpa x lyn.puiii