Khamis, 6 September 2012

PANASS!! MB Kedah Tenat Kerana Buatan Orang!! #TukarKedah


Semalam Mc dihubungi oleh 'orang kuat' Azizan Razak. Walaupun kami ni berbeza ideologi, namun persahabatan sebagai sesama muslim, tak pernah kurang. Beliau memberitahu Mc mengenai berita yang amat mengejutkan. Tentang kesihatan Azizan Razak, MB Kedah.

Beliau akui, memang Azizan agak tenat dalam dua minggu lepas. Semua disebabkan, kerja jahat, musuh dalam parti sendiri. Azizan di'buat' secara halus untuk beliau jatuh sakit dan tidak bermaya mentadbir negeri. Paling mengejutkan, bukan Azizan seorang saja yang kena, orang-orang kuatnya, dan sesiapa saja didalam pentadbiran negeri Kedah yang menyokong Azizan akan turut disakiti cara halus.

Selepas mereka sakiti Azizan cara halus, mereka lari ke KL dan merancang bagaimana untuk merampas kuasa dari tangan Azizan. Dengan alasan, Azizan sakit dan tak mampu nak jadi MB lagi. Dengar cerita mereka sudah pun berbincang dengan Presiden Parti dan akan berjumpa dengan YDP Agong bagi meminta nasihat.

Nampaknya kisah rampasan kuasa dalam Pas Kedah semakin menjadi-jadi. Sehingga kini ia sudah masuk tahap tertinggi, tahap mengunakan cara 'halus' untuk mengalahkan lawan. Cara yang syirik, kerana berkawan dengan jin dan syaitan.

Namun harapan mereka punah apabila Azizan kelihatan sihat semasa di Rumah Terbuka Pas Kedah. Kedua-dua exco terbabit langsung tidak bersalaman dengan Azizan malah tidak memakai baju melayu pun ketika menghadiri ke majlis rumah terbuka terbabit.

Apa yang mereka tidak tahu ialah, Azizan juga mengunakan seseorang untuk menepis 'belaan' kedua exco tu hantar bagi menjaga dirinya. Sebab itu beliau pulih, walaupun masih lagi tidak benar-benar sihat.

Memang tragik dan sadis kisah rampasan kuasa dalam kerajaan Pas Kedah. Nama saja parti Islam, namun ramai didalam parti terbabit, tak perangai serupa orang Islam. Lebih-lebih lagi si Phahrolrazi dan Dr Ismail.. Islam depa dok celah mana pun taktau la.


McTheory:
Dengar kata dua ekor Exco tu, sudah menetap di KL untuk buat perancangan lain pulak.. hehe.. gila-gila!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MAsya Allah, saya wpun penyokong UMNO, tidak sokong dgn pelbagai tindakan Azizan spt roboh Madrasah, rosakkan hutan, tapi sbg sesama Muslim saya simpati dan doakan Ust Azizan sembuh dan dijauhi dr sihir dan kejahatan2 manusia, jin dan syaitan. Satu yg perlu diingati, mungkin juga ini 'kaffarah' pd beliau semasa sihat banyak lakukan perkara yang tidak sesuai dan selari dgn hak umat Islam. Apapun saya doakan semoga Allah sembuhkan Ust Azizan, beri kekuatan pdnya utk tadbir Kedah selagi dlm mandat. Jauhilah dr golongan2 pengamal sihir yg dilaknat Allah ini jika benar, menguasai Kedah!!

Tanpa Nama berkata...

Jika betuilah ada puak PAS Laknat yg guna sihir utk jatuhkan Azizan, suungguh malang, sebuah parti yg duk sebok ckp org lain xIslam, rupanya lebih jahiliyyah dr org lain. Tok guru Hj Salleh antara org yg setia beri sokongan pd Ust Azizan. Semoga beliau cepat sembuh dan kembai bertugas.AMINN