Isnin, 24 September 2012

TUDIAA!! Artis Sertai Pas, Berpatah Arang Berkerat Rotan?



Mc terbaca di blog Kamera Kupang tempohari, kisah sebuah rancangan hiburan popular di TV3, Melodi yang disiarkan pada pukul 12.30 PM. Wartawan panas mereka berjaya menemui Sham Kamikaze yang baru tiba di lapangan terbang.

Gambar dari Blog Sungai Rapat Online. 
Di fahamkan Sham yang baru pulang negara China, kerana menyertai program muzik di sana sebagai pemain Muzik. Walau bagaimana wartawan melodi gagal mendapatkan reaksi Sham Kamikaze apabila beliau enggan di temubual dan melarikan diri.

Apa yang sebenarnya berlaku kepada Sham? Di fahamkan Sham yang dulunya seorang pemuzik handalan yang terkenal sebagai pengubah serta pengarah muzik bagi Akademi Fantasia (AF). Sham kamikaze yang telah "berhijrah" sebagai pendakwa bebas.

Selepas itu, Sham Kamikaze yang telah di "PAS" kan oleh Bob Lokman dengan menyertai PAS. Walau bagaimapun Sham yang begitu selesa bergerak secara solo, walaupun begitu Sham, tidak terlepas dari tempias untuk masalah penajaan, kerana banyak syarikat "tidak berani" menaja artis yang terlibat dalam parti politik.

Banyak syarikat mengambil langkah selamat untuk tidak menaja artis yang bergiat aktif dalam politik Pembangkang. Semua nya mengambil iktibar, apa yang terjadi kepada sebuah syarikat butik yang menjadikan Abby Abadi sebagai duta tudungnya dan akhirnya jualannya terus menjunam dan dipulaukan.

Kesian benar nasib si Sham ni, Abby lain la, setiap ceramah di UPAH RM2000. Sham dan artis lain dapat apa?

McTheory:
 Masuk angin keluar asap!! heh..

1 ulasan:

Bicara Kelantan berkata...

mohon link http://bicarakelantan.blogspot.com tq