Khamis, 18 Oktober 2012

EKSKLUSIF!! Joe Bedul Menipu dan Membunuh Kaum Cina Sungai Petani? #TukarKedah











Makbul Illahi (kiri) Pengerusi Persatuan Kebajikan Dan Sosial Daerah Kuala Muda
bersama Dr Lee Yean Wang

 
Dr Lee Yean Wang (Wakil Penduduk Taman Mutiara ) menyerahkan memorandum
kepada Ahli Majlis MPSPK


Sungai Petani - Lebih kurang 100 penduduk Taman Mutiara hari ini telah mengadakan satu himpunan menuntut pihak berkuasa tempatan, Majlis Pebandaran Sungai Petani (MPSPK) dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul supaya menunaikan janji mereka untuk menyelesaikan isu pencawang telekomunikasi dengan secepat mungkin. Pencawang yang telah didirikan, tanpa lesen kerana telah menganggu kesihatan penduduk berdekatan yang duduk berdekatan dengan pencawang berkenaan.

Pencawang tersebut di percayai milik syarikat Packet One Network (M) Sdn Bhd, telah di pasang di atas bangunan dua tingkat yang di sewa dari seorang peniaga kedai runcit Taman Mutiara tujuh bulan yang lalu.

Menurut wakil penduduk Taman Mutiara, Dr Lee Yean Wang dan Pengerusi Persatuan Kebajikan, Sosial Daerah Kuala Muda, Encik Makbul Ilahi, pencawang yang di pasang di atas bangunan dua tingkat tersebut yang sudah tujuh bulan beroperasi itu menganggu kesihatan penduduk Taman Mutiara yang rumah berdekatan dengan pencawang tersebut.

Malahan melalui tinjauan yang di lakukan, berdekatan dengan tempat pecawang berkenaan terdapat sebuah pusat penjagaan warga emas yang jaraknya, hanyalah 50 meter dari tempat pencawang itu di pasang.

Setelah selesai berhimpun, satu memorandum telah di serahkan wakil penduduk dan Pengerusi Persatuan Kebajikan, Sosial Daerah Kuala Muda kepada pihak berkuasa tempatan MPSPK dan memorundum itu telah di terima Ahli Majlis MPSPK yang mewakili Yang Di-Pertua MPSPK di bangunan MPSPK.

Memorundum tersebut mendesak supaya pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan segera, meroboh menara telekomunikasi yang didirikan secara haram mengikut Notis runtuh (24jam) yang telah di keluarkan MPSPK pada 03 Julai lalu.

Laporan ini Mc ambil dari blog Media Kedah, walaupun kesan pencawang tersebut nampak kecil, tetapi sebenarnya radiasi yang dikeluarkan amat tinggi. Lama kelamaan, tahap kesihatan orang yang berdekatan dengan pencawang terbabit boleh menjadi bertambah teruk.

Paling teruk kesan radiasi ialah kemungkinan senang mendapat penyakit barah dan kecacatan janin dalam perut ketika mengandung.

Apa yang anda lakukan, jika perkara itu terjadi kepada adik beradik anda? Nak tengok saja?


McTheory:
Mau runtuh rumah Joe Bedul korang gegarkan kot.. hehe..

Tiada ulasan: