Khamis, 25 Oktober 2012
GEMPAR!! Ada Ketua Bahagian UMNO Di Kedah Mahu Belot Parti?
Cerita dari blogger Keris7Lok, Mc pun taktahu dari mana dia dapat cerita ni, tapi memang ada ura-ura pasal ni pun. Pergi mampuih la sama Ketua Bahagian yang tak bertanggung jawab tu.
Berdesing telinga Keris bila dapat berita tentang satu Ketua UMNO Bahagian di Kedah. Tengah hari tadi Keris keluar makan dengan rakan daripada utara yang juga merupakan seorang yang sangat setia kepada UMNO.
Menurut beliau, masalah di Kedah tidak banyak tetapi masalah paling besar adalah masalah ketua bahagiannya sendiri. Pada mulanya Keris kata "Biasalah bro, kadang-kadang cerita orang nak jatuhkan orang ni banyak". Tetapi setelah mendengar cerita penuh, terus Keris membuat panggilan kepada beberapa pihak tertentu di Kedah.
Ya berita yang dibawa ke pengetahuan Keris disokong ramai pihak termasuk orang kanan Ketua Bahagian tersebut. Ayat yang membuatkan rasa marah ini meluap-luap adalah "Dia kata kat kami, dia tak kisah UMNO menang ke kalah, pasai tu dia malas nak buat gheja kat bahagian..pi mampuih kata dia, aku tak taw nak habaq lagu mana kat ang. Ang taw ni pun aku tak terkejut sebab dia cerita dekat ramai orang dah."
Mahu belot? Tak perlu sebenarnya, jika tidak suka sila angkat kaki. Keris tahu sejarah ketua bahagian tersebut dan mengapa dia bermasalah. Nak berambus dipersilakan. Letak jawatan dan angkat kaki, jangan menyusahkan orang lain.
Kalau ada jawatan dan tak buat kerja dan cakap macam itu lagi lebih baik berambus cepat. Kami orang UMNO tidak akan terbit rasa kehilangan jika yang mahu pergi itu ada niat mahu belot atau tidak mahu bertanggungjawab.
Sambung baca SINI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan