Sponsor

Memaparkan catatan dengan label ketua bahagian bengong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ketua bahagian bengong. Papar semua catatan

Rabu, 6 Februari 2013

PANASS!! Siapa Ketua Bahagian UMNO yang Mahu Mahfuz Omar Menang?


Terkejut juga Mc bila baca ada Ketua Bahagian yang mahu Mahfuz Omar ni menang di parlimennya. Setahu Mc, Mahfuz ni bertanding di Pokok Sena. Apakah betul Ketua Bahagian sana menyokong Mahfuz?

Sebelum ni, ada pihak memberitahu, bahawa ada ketua bahagian yang telah berkempen untuk parti lawan, semata-mata untuk memuaskan nafsu serakahnya yang tidak disenarai untuk menjadi calon.

Siapa agaknya mangkuk yang buat kerja dajal tu. Mc nak dedahkan namun belum sampai masanya lagi. Kalau dedahkan, kot nanti ada panggilan yang sampai suruh delete artikel. he he..

Bahagian yang dimaksudkan tu juga, telah membuat 'DEAL' dengan Pas sekian lama. Maknanya hang tak boleh serang aku, aku tak boleh serang hang.

Kalau ada pihak UMNO yang serang Pas, ketua bahagian tu akan hantar orang mengUGUT orang UMNO yang menyerang Pas tu. Bukan dia nak sokong, dia pulak jadi bodyguard puak Pas.

Ada ka patut sampai macam tu sekali. Apa agaknya si Mahfuz tu bagi dia makan, sampai dia jaga Mahfuz macam tu. Kalau dah berjuang untuk Mahfuz, baik hang keluar saja UMNO, dari dok dalam ni buat semak saja. Mangkuk betoi!

Ada lagi tapi kita simpan dulu, tunggui kayu buruk macam dia ni simpan pun tak guna, bakaq buat abu saja lagi baguih..

Cerita pasal Ketua Bahagian Sokong Pihak Lawan Meh Baca Kat SINI


McTheory:
Tunggui kayu pun ada guna dari dia kot.. heh..

Khamis, 25 Oktober 2012

GEMPAR!! Ada Ketua Bahagian UMNO Di Kedah Mahu Belot Parti?


Cerita dari blogger Keris7Lok, Mc pun taktahu dari mana dia dapat cerita ni, tapi memang ada ura-ura pasal ni pun. Pergi mampuih la sama Ketua Bahagian yang tak bertanggung jawab tu.

Berdesing telinga Keris bila dapat berita tentang satu Ketua UMNO Bahagian di Kedah. Tengah hari tadi Keris keluar makan dengan rakan daripada utara yang juga merupakan seorang yang sangat setia kepada UMNO.

Menurut beliau, masalah di Kedah tidak banyak tetapi masalah paling besar adalah masalah ketua bahagiannya sendiri. Pada mulanya Keris kata "Biasalah bro, kadang-kadang cerita orang nak jatuhkan orang ni banyak". Tetapi setelah mendengar cerita penuh, terus Keris membuat panggilan kepada beberapa pihak tertentu di Kedah.

Ya berita yang dibawa ke pengetahuan Keris disokong ramai pihak termasuk orang kanan Ketua Bahagian tersebut. Ayat yang membuatkan rasa marah ini meluap-luap adalah "Dia kata kat kami, dia tak kisah UMNO menang ke kalah, pasai tu dia malas nak buat gheja kat bahagian..pi mampuih kata dia, aku tak taw nak habaq lagu mana kat ang. Ang taw ni pun aku tak terkejut sebab dia cerita dekat ramai orang dah."

Mahu belot? Tak perlu sebenarnya, jika tidak suka sila angkat kaki. Keris tahu sejarah ketua bahagian tersebut dan mengapa dia bermasalah. Nak berambus dipersilakan. Letak jawatan dan angkat kaki, jangan menyusahkan orang lain.

Kalau ada jawatan dan tak buat kerja dan cakap macam itu lagi lebih baik berambus cepat. Kami orang UMNO tidak akan terbit rasa kehilangan jika yang mahu pergi itu ada niat mahu belot atau tidak mahu bertanggungjawab.

Sambung baca SINI