Jumaat, 19 Oktober 2012

HANGAT!! Krisis #AirSelangor ! Siapa yang sebenarnya Takutkan Pelabur?


Kita sedia maklum bahawa TPM yang amat kita kasihi, Tan Sri Muhyiddin Yasin sudah pun membuat kenyataan bahawa, Kerajaan Pusat akan meneruskan projek Loji Langat 2 di Selangor, baru-baru ini semasa beliau di Johor Bahru.

Kesuntukkan masa memaksa kerajaan pusat meneruskan Langat 2 kerana loji air bukannya boleh siap dengan sekelip mata saja. Perlu perancangan yang proaktif dan inilah kerajaan yang prihatin kepada keperluan rakayat dan bukannya Kerajaan Pusat tidak peduli, apakah Kerajaan Negeri setuju atau masih lagi berdolak dalik dengan permainan politik sempit mereka itu.

Selepas TPM mengeluarkan kenyataan tersebut, Exco Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad mengeluarkan kenyataan balas, dengan mengatakan pelabur akan takut untuk melabur di Malaysia, kononnya kerana tidak ada kepastian bahawa sebarang kontrak yang ditandatangani akan dihormati di negara ini.

Beliau juga menambah, pihak pelabur pastinya akan merasakan pelaburan mereka tidak di jamin kerana undang-undang negara tidak akan dapat melindungi kepentingan mereka.

Apakah benar kata-katanya itu?

Siapa sebenarnya, yang takutkan pelabur? Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri?

Kalau diikutkan, bukan kerajaan pusat yang takutkan pelabur, tetapi kebodohan Kerajaan Negeri yang menyusahkan pelabur. Contohnya macam kisah apa yang terjadi pada pengeluar sarung tangan terbesar dunia, Top Glove, yang menghadapi gangguan operasi kerana negeri Selangor gagal membekalkan sumber air yang cukup. Bukankah itu satu perkara yang memalukan?

Sudah tentu, nama negeri Selangor akan busuk dan pelabur juga tidak berkeyakinan untuk datang melabur lagi. Air yang menjadi sumber paling penting pun menjadi masalah di Selangor. Macam mana kita nak yakinkan pelabur untuk mereka tidak menghadapi masalah lain pulak?

Jadi langkah Kerajaan Pusat sebenarnya menghantar isyarat kepada pelabur, bahawa Selangor mempunyai air yang cukup untuk pelabur dan berpotensi jika mahu mengembangkan lagi pelaburan. Pada masa yang sama, ia juga menunjukkan Khalid menjadi penghalang kepada pembangunan dan kebodohannya menyusahkan pelabur.

Kerajaan Negeri Selangor, pernah meminta campur tangan Kerajaan Pusat untuk membantu mereka mempengaruhi syarikat Konsesi, supaya patuh dengan harga dan syarat yang mereka tawarkan untuk memiliki syarikat Konsesi terbabit.

Apakah itu tidak salah? Permintaan untuk mempengaruhi syarikat Konsesi secara paksa itu umpama menyuruh Kerajaan Pusat mengunakan kuasa saham emas mereka bagi mempengaruhi syarikat Konsesi demi mengikut kata-kata dan arahan Khalid Gagap.

Rasanya itu lagi teruk, jika diketahui oleh pelabur. Mereka pelabur tentunya lihat negara kita umpama tidak ada undang-undang. Hinggakan kontrak dan perjanjian pun boleh dilanggar begitu saja.
Jadi siapa sebenarnya yang mahu menakutkan pelabur hingga tidak lagi berani datang melabur di Selangor? Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat.

Kerajaan Pusat melangkah Kerajaan Negeri hanya untuk membuat sesuatu yang baik terhadap rakyat Selangor. Mahu meneruskan projek Laji Air Langat 2.

Kerajaan Negeri Selangor, tak kisah pun, pelabur nak datang melabur di Selangor ke tidak. Kalau mereka ambil kisah, sudah tentu mereka akan setuju untuk laksanakan Loji Air Langat 2. Jika mereka kisah, tentunya pengalaman kilang Top Glove menjadi pengajaran bagi menyediakan sumber air yang cukup.

Ini baru Top Glove bersuara... Kalau Top Glove ada masalah air, jadi tidak salah kalau dikatakan kebanyakkan industri, bisness SME yang lain di Selangor ni juga hadapi masalah yang sama.

Sebab itu Mc kata, Khalid Gagap dan Exco Selangor ni sebenarnya, tidak lagi pedulikan nasib rakyat. Apa yang mereka buat sekarang ni, hanyalah untuk mempertahankan kepentingan politik dan ego mereka sebagai Kerajaan Negeri. Rakyat? Lantak la..

Tiada ulasan: