Sponsor

Memaparkan catatan dengan label krisis air selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label krisis air selangor. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Februari 2014

HOT! Khalid Sokong BN? BN Sokong Khalid? #KrisisAirSelangor

Poster yang tersebar semalam.. dusta atau kebenaran?

Pelik pulak perkara yang jadi 2, 3 hari ni. Semalam ada kabar angin kata Khalid Ibrahim sokong BN, entah betul, entah tidak. Tapi hari ni tiba-tiba MCA pulak kata sokong Khalid Ibrahim. Makin pelik permainan politik di Selangor ni.

Jangan pulak lepas ni ada yang kata Khalid Ibrahim nak masuk BN!

Itu bertambah pelik!!

Baca cerita kat bawah ni,


MCA hari ini memuji Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, dilihat bagi membuka harapan bagi membantu calonnya mengalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Kajang.

Merujuk kepada memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara Putrajaya dan Selangor semalam, Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong berkata, Khalid sedia mengetepikan perbezaan politik demi rakyat.

Ini, tambahnya, menunjukkan Khalid, yang dispekulasi bakal digantikan Anwar jika ketua umum PKR itu menang dalam pilihan raya, memahami keadaan rakyat.

“Terpulang kepada media dan pemilih untuk menilai siapa patut menjadi menteri besar,” katanya dalam sidang media di bilik operasi MCA Kajang hari ini.

Ditanya tentang kenyataan Anwar yang tidak tahu menahu berkenaan MoU itu, Wee berkata:

“Ini menunjukkan tiada penyelarasan dan koordinasi antara Anwar dan Khalid.”

Khamis, 27 Februari 2014

HOT! Kesian Orang Selangor, Kena Kencing Dengan Khalid!! #KrisisAirSelangor



Kesian pada orang Selangor ni, nak cakap banyak pun tak guna, sebab benda dah jadi! Dari dulu lagi orang dah suruh buat Loji air Langat 2 tu cepat-cepat, jangan tangguh. Sebab kalau tangguh takut tak cukup ayaq! Tapi kerajaan Selangor degil, dok rasa diri tu betul, akhirnya tengoklah apa dah jadi?

Kononnya air Selangor cukup?



Tapi baru kemarau berapa minggu dah mengelabah. Malah dah banyak tempat di Selangor telah di CATU!

Tahniahlah orang Selangor yaa..

Senarai lokasi Catuan air di Negeri Selangor:

WILAYAH HULU LANGAT

1. Bandar Tun Hussien Onn
2. Saujana Impian

JUMLAH PINTU RUMAH: 8,378


WILAYAH KUALA LANGAT

1. Batu 7 ijangkang
2. Batu 8 Sijangkang
3. Batu 9 Sijangkang
4. Batu 9 Kg Medan
5. Batu 9 Kebun Bharu
6. Taman Desa Sijangkang
7. Taman Rivera Perdana
8. Taman Permai Sijangkang
9. Taman Sijangkang Indah
10. Taman Medan Indah
11. Taman Perwira
12. Taman Sijangkang Jaya
13. Taman Seri Medan

JUMLAH PINTU RUMAH: 7,351



WILAYAH KUALA LUMPUR

1. Angsana Hilir
2. Ampang Hilir
3. Taman Pertama
4. Taman Bukit Pandan
5. Kg Pandan Luar
6. Kg Pandan Dalam
7. Taman Koperasi Polis
8. Taman Desa Baiduri

a. Jln Tenteram
b. Jln Yaakob Latif

9. Bandar Damai Perdana
10. Taman Damai Perdana
11. Taman Desa Cahaya
12. Taman Sri Bahagia
13. Taman Bukit Anggerik
14. Taman SPPK Bkt Cheras
15. Taman Orkid Desa
16. Taman Segar
a. Jalan Belimbing

17. Taman Billion
a. Jalan Setiabistari

18. Taman Supreme
a. Jalan Setiamurni 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11 & 12

19. Taman Cheras
a. Jalan Setiabudi

20. Taman Cheras Utama
a. Jalan Setiarasai

21. Taman Cheras Hartamas
a. Jalan Setiarayai

22. Taman Bkt Segar Jaya
a. Jalan Setiajaya

23. Bandar Baru Segar Utama
a. Jalan Medan Setia

24. Taman Damai Indah
a. Jalan Setiabakti

25. Taman Minang Ria
a. Jalan Setiakasih

26. Taman Bukit Angsana
a. Plaza Damansara

27. Taman Suria Jaya
a. Taman Seri Beringin

28. Taman Len Seng
29. Taman Desa Cheras
30. Taman Alam Damai
31. Taman Maluri
32. Taman Bukit Segar
33. Taman Bukit Segar Masera
34. Taman Tayton View
35. Taman Connaught
36. Pandan Prima
37. Taman Tenaga
38. Taman Ikan Emas
39. Sebahagian Bandar Tun Razak
a. Hospital UKM (HUKM)
40. Taman Midah
41. Taman Desa Aman
42. Taman Rajawali
43. Taman Cheras Makmur
44. Kg. Cheras Baru, Bukit A & B
45. Sebahagian Kawasan Damansara:
a. Jalan Segambir

JUMLAH PINTU RUMAH: 55,826


WILAYAH HULU PETALING

1. Puchong Jaya
2. Pusat Bandar Puchong
3. Taman Wawasan
4. Kawasan Perindustrian Bandar Puchong
5. Taman Bukit Kuchai

Pencemaran Ammonia Di Sungai Langat


Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, sejumlah 27,003 pintu rumah di bebeberapa kawasan di Hulu Langat dan Kuala Langat masih mengalami terputus bekalan air kerana Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masih ditutup semenjak 28 Januari 2014 yang lalu disebabkan pencemaran kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Langat.

Senarai kawasan yang masih terputus bekalan disebabkan penutupan kedua-dua loji rawatan air tersebut adalah seperti berikut:-


WILAYAH HULU LANGAT

1. Taman Setia, Balakong
2. Desa Karun Mas
3. Taman Cheras Jaya
4. Taman Bukit Emas
5. Taman Impian Indah
6. Taman Sejati
7. Taman Bukit Sungai Long
8. Taman Taming Indah
9. Kawasan Perindustrian Cheras Jaya
10. Taman Sri Indah
11. Taman Impian Ehsan
12. Taman Suria
13. Taman Kasturi
14. Kampung Baru Balakong
15. Taman Seri Sungai Long
16. Taman Seri Kenangan
17. Batu 11, Jalan Cheras
18. Taman Balakong Jaya

JUMLAH PINTU RUMAH: 18,430


WILAYAH KUALA LANGAT

1. Kampung Olak Lempit
2. Kampung Bukit Changgang
3. Kampung Labohan Dagang
4. Taman Changgang Jaya
5. Kompleks Perabut Olak Lempit
6. Rtb Bukit Changgang
7. Bandar Seri Ehsan
8. Bandar Mahkota
9. Bandar Sungai Emas
10. Taman Arked
11. Taman Sri Dagang
12. Taman Ambar
13. Taman Langat Murni
14. Taman Langat Utama
15. Taman Murnimas
16. Taman Sri
17. Taman Sri Chedin
18. Sekolah Tamil Sungai Sedu
19. Selangor Dredging

JUMLAH PINTU RUMAH: 8,573

Ayuh sama-sama kita sebarkan dan beritahu kepada rakan-rakan kita tentang catuan bekalan air ini. Semoga sahabat-sahabat kita di Selangor dapat bertenang dan banyak-banyak bersabar. Bukan orang lain pilih, korang jugak!

Kami di Kedah ni, alhamdulillah ada stok simpanan air yang cukup. Walaupun kami dok hantaq pi Penang, tapi rasanya takdak masalah kot.


Jumaat, 5 Julai 2013

TUDIAA! Khalid Gagap Terima Wahyu Waktu Tidur Untuk Terima Loji #Langat2


Berikutan krisis air yang bakal melanda Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya pada 2014, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengubah fikiran apabila berkata beliau sedia mempertimbangkan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2).

Namun projek itu, katanya perlu mematuhi beberapa syarat termasuk mengambil kira isu harga yang setimpal dengan kos perlaksanaannya di samping tidak membebankan pengguna pada masa akan datang.

"Projek Langat 2 adalah perlu tetapi dengan mengambil kiraan 'economic value' kepada negeri. Jika harga yang kita ambil secocok dengan jangkaan kita sebab yang bayar adalah pengguna di Selangor.

"Kalau kita buat Langat 2, kita kena duduk berbincang untuk bagaimana menggunakan air dari Langat 2, kita kena guna harga terbaik untuk rakyat Selangor.

"Saya ingin beritahu Kerajaan negeri sudah bersedia untuk mengadakan perbincangan profesional bersama Kerajaan Pusat untuk menentukan bahawa rakyat Selangor akan mendapat perkhidmatan air terawat dengan harga terbaik sama ada melalui projek Langat 2 atau mana-punca air yang ada di Selangor," kata Khalid ketika menjawab pertanyaan tambahan oleh Shamsuddin Lias (BN-Sungai Burong) dalam sidang dewan hari ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri menolak projek Langat 2 dengan alasan bekalan air adalah mencukupi untuk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2019, selain proses rundingan penstrukturan semula industri air Selangor antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan belum selesai.

Dalam pada itu, ketika menjawab pertanyaan Shahrum Mohd Sharif (BN- Dengkil), Khalid menegaskan jumlah 17 bilion liter air yang disalurkan kepada pengguna di negeri ini adalah mencukupi walaupun sebanyak 30 peratus daripada air dirawat hilang semasa proses pengagihan.

Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan negeri dakwanya akan berusaha untuk mengurangkan masalah tersebut sehingga 15 peratus seperti yang telah dipersetujuan melalui perjanjian antara Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) pada 2004 yang lalu.

"Kita ada 34 buah loji rawatan air di Selangor dengan jumlah air dirawat adalah 4,606 juta liter untuk satu hari. Dan adakalanya ia boleh ditingkatkan kepada 4,800 juta liter sehari.

"Jumlah air yang sampai ke pengguna adalah 70 peratus daripada jumlah keluaran tersebut.

"Pada dasarnya kalau semua air kita rawat sampai ke pengguna, tiada masalah air tak cukup. Tapi masalahnya adalah 30 peratus daripada air dirawat atau 'non-revenue water' hilang dalam proses pengagihan," katanya.

Langat 2 adalah projek dari Kerajaan Persekutuan bagi membina Loji Rawatan Air Langat 2.

Kapasiti air terawat sedia ada dan projek mitigasi yang telah diluluskan hanya dapat menampung permintaan sehingga 2016 sahaja.

Penangguhan pembinaan komponen Langat 2 dan sistem agihan air yang sepatutnya dimulakan pada 2010 akan menyebabkan penambahan kapasiti air terawat bagi menampung kekurangan air pada 2014 tidak dapat dipenuhi.-AntaraPos

Sabtu, 4 Mei 2013

HOT! #IsuAirSgor! Undi Pakatan Rakyat, Khalid Ibrahim Jamin Masa Depan??

orang gila pun susah nak percaya looo..

Mc agak tertarik untuk mengulas satu poster yang memaparkan gambar Khalid Gagap mendukung seorang budak, seolah-olah undi Pakatan di Selangor menjamin masa depannya. Lebih kurang macam tu la bunyinya.

Macam mana Khalid nak jamin masa depan budak tu kalau masa depan dia sendiri pun tak terjamin. Khalid pun belum tentu jadi MB lagi kalau Pakatan menang di Selangor. Soo.. apa jaminannya?

Lagi satu kalau di lihat 'track record' selama Khalid menjadi MB di Selangor. Apakah ianya satu percapaian yang terbaik? Masalah, melibatkan air pun Khalid gagal untuk selesaikan, jadi apa jaminan untuk masa depan rakyat Selangor kelak?

Khalid ni orang yang tak memikirkan masa depan. Khalid bukan seorang Menteri Besar yang bagus, kalau dia fikir masa depan rakyat, dah lama Khalid sokong dan support projek loji air Langat 2 tu.

Projek Langat 2 tidak memerlukan duit Kerajaan Negeri Selangor pun. Cuma mahu Kerajaan Negeri Selangor memberikan kebenaran dan menyokong projek tersebut. Kalau itu pun dia tak mampu buat, jangan fikir la, nak jamin masa depan rakyatnya.

Selama ini, bila rakyat Selangor menghadapi masalah air. Apa usaha yang Khalid dan Kerajaan Negeri Selangor cuba untuk bantu dan atasi masalah tersebut? Apa yang Khalid tahu hanyalah menyalahkan Syabas dan kata semua ini permainan politik.

Masalah kekurangan air di Selangor bukan masalah politik. Masalah air di Selangor sangat kritikal dan bukan perkara yang boleh dibuat main-main. Jikalau Kerajaan Pusat tak bantu semasa Wangsa Maju dan seluruh Cheras menghadapi masalah air, sudah tentu sampai sekarang pun masalah itu tak selesai!

Pada masa Kerajaan Pusat menghulurkan bantuan kewangan pada Syabas untuk laksanakan sistem mitigasi bagi mengatasi masalah air. Apa yang Kerajaan Negeri Selangor buat, selain dari membuat fitnah dan menuduh Syabas dengan pelbagai tuduhan?

Tuduhan dan fitnah tak menjamin masa depan rakyat Selangor dan membaiki sistem air. Rakyat Selangor perlukan Kerajaan yang mampu bertindak segera bila rakyat menghadapi masalah.

Jikalau Langat 2 telah siap pada waktunya. Loji Langat 2 akan menyumbangkan jumlah air yang besar. Cukup hingga 10 tahun akan datang. Itu barulah menjamin masa depan. Tapi Khalid tak sokong, dia sibuk dengan penstrukturan air, dari 2010 hinggalah sekarang.

Sedangkan umum tahu, penstrukturan air tu tak menambah kuantiti air di Selangor pun. Apa yang Khalid perjuangkan hanyalah kepentingan politik, dan bukan kepentingan rakyat.

Apakah itu menjamin masa depan rakyat Selangor? Sampai sekarang Kerajaan Negeri Selangor tak membuktikan apa-apa pun untuk rakyat Selangor? Malah tidak pernah ada tindakan atau usaha yang mereka lakukan untuk menyelesaikan masalah air ni.

Pakatan melaungkan mereka memperjuangkan negeri berkebajikan. Bermakna membela nasib rakyat. Tapi teringin juga Mc nak tanya, macam ni ke negeri berkebajikan ala Pakatan Haram?

Kebajikan apa kejadahnya kalau asyik berpolitik dan tidak pedulikan nasib rakyat. Ini bukan kebajikan, ini menyusahkan rakyat!

Kerajaan Negeri macam Pakatan ni ke yang rakyat Selangor mahukan? Atau Kerajaan Negeri yang benar-benar mengambil berat tentang rakyat dan menyelesaikan masalah keperluan rakyat dengan cepat.



Tak serik lagi nak angkut air? Kalau serik jangan undi Pakatan. Biarkan mereka dengan angan-angan mereka. Undi Kerajaan yang mampu membawa kemajuan dan pentingkan rakyat. Bukan kerajaan yang hanya tahu bercakap dan mencari salah.

Bab mencari salah ni, patut dipembangkangkan. Sebab itulah kerja pembangkang! Sebab itu, kita bagi jaminan untuk masa depan nanti, Pakatan Rakyat diberi tugas pembangkang di Selangor. Itu jaminan rakyat pada Khalid dan Kerajaan Pakatan Selangor sekarang! hehe..

Kerana apa? Kerana untuk tugas itu, Khalid dan rakan-rakannya akan melakukan kerja yang memang terbaik! he he..


McTheory:
Suruh jadi pembangkang saja la..

Jumaat, 3 Mei 2013

HOT INFO! #IsuAirSgor Khalid Gagap Umpama Mat Jenin Jahat Zaman Moden!


Sekali pandang, watak Khalid Gagap si Menteri Besar Selangor paling teruk dalam sejarah Selangor ni, umpama watak Mat Jenin yang suka berangan.

Kalau dulu watak Mat Jenin yang kita pernah kita baca masa kecik-kecik dulu, seorang pemuda kampung yang miskin. Tetapi kali ni, watak Mat Jenin zaman moden dipegang oleh seorang manusia korporat berjawatan Menteri Besar Selangor.

Sudah tentu, 'damage' Mat Jenin zaman moden ni lebih besar berbanding Mat Jenin zaman dulu yang hanya mencederakan dirinya sendiri apabila jatuh dari pokok. Sebab Mat Jenin versi moden ni mempunyai jawatan dan mentadbir sebuah negeri.

Cuba bayangkan, selama 5 tahun Khalid memerintah Selangor, dengan penuh angan-angan dan kealpaan yang amat sangat. Sehingga membuatkan rakyat Selangor hidup dengan penuh derita dan sengsara.

Mana taknya, Khalid dan Kerajaan Selangor dibawah pemerintahnya, hanya menyelesaikan masalah berdasarkan teori dan bukan praktikal. Bila seseorang hanya menyelesaikan masalah secara teori, maka masalah itu takkan selesai sampai bila-bila pun.

Nak selesai macam mana, kalau hanya asyik bercakap. Dari satu alasan ke alasan yang lain. Dari satu penyelesaian, ke penyelesaian yang lain. Tapi perlaksanaan langsung tak pernah dilakukan. Sama juga macam manifesto Selangor yang hanya untuk tatapan dan sedapkan mata, bila jadi Kerajaan, ia hanya angan-angan dan mimpi yang tak sudah.

Selama 5 tahun Khalid memerintah penuh dengan angan-angan, mula dulu, nak buat penstrukturan air, lepas tu berangan pula nak buat sistem teknologi membran, lepas tu berangan pula nak buka loji lama, tak selesai dengan tu, dia berangan lagi untuk korek kolam tambahan untuk tadah air.

Semua yang Khalid cadangkan tu, semuanya hanya berangan saja. Bercakap dan berangan tanpa kajian dan perlaksanaan. Samalah macam Mat Jenin yang berangan untuk lakukan sesuatu, tapi akhirnya haram apa pun tak buat!

Tapi tak semua perkara Khalid tak buat, ada juga yang dia buat. Perkara yang dia buat, semuanya hanya untuk diri dan kroninya saja. Macam penjualan tanah di Cyberjaya, Kota Kemuning dan Puchong, tanah dijual dengan harga RM22 sekaki berbanding harga sebenar RM100.

Malah Khalid menjual tanah tersebut kepada pada waktu dia tak berkuasa lagi, penjualan tanah dibuat pada 15 April manakala Dewan Undangan Negeri Selangor telah dibubarkan pada 4 April. Apa relevannya Khalid menjual tanah tergesa-gesa dengan harga yang rendah?

Apa kepentingan Khalid menjual tanah tu? Untuk mengaut dulu hasil di negeri Selangor sehabis mungkin, sebelum dia ditolak dalam PRU 13 ni?

Penjualan tanah tu melibatkan urus niaga kerajaan negeri anak syarikat Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB) dan Dijaya Corporation Bhd. Jualan itu telah disahkan oleh PNSB Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ahmad Omar. Walaupun Khalid sendiri menafikan Kerajaan Negeri Selangor menjual tanah tersebut.

Aik, dah jual pun masih nak menafikan? Kenapa? Nak tipu rakyat Selangor lagi ke? Sebab tu Mc kata, bukan semua perkara Khalid 'fikir' dan tak lakukan. Bab 'jahat' dan menyusahkan rakyat, Khalid cepat bertindak. Kalau bab nak jaga rakyat, 5 tahun pun masalah air tak selesai-selesai lagi!

Sekarang ni, Khalid merayu kepada rakyat Selangor untuk pilih dia sekali lagi menjadi Kerajaan Negeri Selangor. Dengan 'track record' yang hancur, dan hanya banyak teori dari perlaksanaan, Mc tak rasa Khalid dan Pakatan di Selangor harus diberi peluang kedua.

Sebabnya, kalau mereka terus memerintah, negeri Selangor akan terus 'terkebelakang' dan tidak berada dilandasan yang betul. Contoh terbaik, selama 5 tahun Pakatan memerintah Selangor, apa yang mereka buat, selain dari menjual tanah dan jual aset kerajaan negeri?

Masalah air pun diselesaikan oleh Kerajaan Pusat. Kalau nak harap Kerajaan Negeri Selangor selesaikan, rakyat Selangor rasanya mati kekeringan tanpa air. Sebab itulah, rakyat Selangor perlu elakkan negeri Selangor dari terus di'henti'kan kali ini. Kalau mereka terus memerintah Selangor, Mc rasa Selangor akan jadi negeri yang termundur pulak selepas Kelantan.

Kat bawah ni ada satu video khas untuk Air Selangor!

Selasa, 30 April 2013

HOT! #IsuAirSgor: Lagi Projek Korek Khalid Untuk Nafikan #Langat2!!


Sah la Khalid Gagap MB Selangor paling buruk ni ada masalah mental. Kalau dulu dia sibuk dengan penstrukturan air. Kali ni selepas 5 tahun Khalid menjadi MB Selangor, baru dia nak akui, Selangor mengalami masalah kekurangan air jika tidak ada tindakan drastik untuk menambah kuantiti air.

Cuma cadangannya kali ni agak pelik. Datang dengan idea baru yang entah apa-apa entah. Khalid mahu korek kolam takungan dan sungai, untuk menampung lebih banyak air bila hujan kelak. Apa benda tu?

Khalid ni biar betul? Apakah logik bila kita korek lubang banyak-banyak, ia akan menjadi tempat simpanan air untuk kita guna kelak? Air tu datang dari mana? Hujan? Kalau kemarau nanti, lubang yang kita korek tu nak isi apa? Tanam Khalid dalam tu boleh?

Khalid ni cakap tak guna otak, rakyat Selangor perlukan air bersih untuk kegunaan, bukan air lopak, sungai atau kolam. Bila kita tanya macam mana nak bersihkan air yang disimpan dalam korekan tu. Khalid jawab, dia akan gunakan loji lama untuk salurkan air dari korekan tu.

Apa Khalid ni berfikir dulu ke sebelum cakap? Loji lama untuk proses tambahan air? Loji lama tu sekarang ni dah bekerja lebih 'muatan' dah pun. Kalau ditambah lagi bebannya, ia akan bekerja 24jam sehari 7 hari seminggu. Kemungkinan akan cepat rosak tu tinggi, bila rosak nanti. Khalid akan tuduh Syabas pula tak buat kerja.

Dari dulu lagi Khalid bermain dengan cadangan-cadangan yang tak masuk akal. Kalau dulu dia pernah nak buat sistem membran teknologi, kemudian nak buka loji lama yang dah tercemar, lepas tu nak kutip air dari lombong, lopak dan segala air di Selangor, kali ni terbaru dia nak korek kolam dan tadah air hujan.

Dari semua cadangannya tu, termasuklah penstrukturan air. Tidak ada satu pun tak pernah diuji atau dilaksanakannya. Semuanya hanya cakap-cakap dan cakap saja. Setiap kali media tanya pasal air Selangor, maka muncul lah cadangan baru dari mulut Khalid.

Kalau 10 kali tanya, Khalid akan bagi 10 kali cadangan yang berbeza. Jangan terkejut, kalau nanti Khalid minta semua rakyat Selangor beli tangki besar letak atas bumbung rumah untuk tadah air hujan. Bagi kurangkan kegunaan air dari loji. Itu mungkin cadangannya dalam list penafian Langat 2.

Bila politik dah menjadi fokus utama, bukannya lagi rakyat. Maka ia akan menafikan apa saja kebaikan yang dibawa oleh Kerajaan Pusat. Khalid sebenarnya tak perlu pening kepala untuk bersilat setiap kali berjumpa dengan media. Khalid hanya perlu akui, Langat 2 tu sebenarnya sangat berguna dan menambah bekalan air di Selangor.

Malah Khalid akan menyokong dan memberi kebenaran pada Kerajaan Pusat untuk teruskan Loji Langat 2 dan memberi kerjasama penuh.

Itu saja sebenarnya, tapi demi politik, Khalid mengugut untuk laksanakan pensturukturan air dulu, kemudian barulah dia akan benarkan Langat 2 dibina di Selangor. Walaupun pada hakikatnya, Khalid tahu, Selangor akan mengalami masalah air yang serius jika Langat 2 tidak dibina secepat mungkin.

Jika kita gabungkan semua cadangan Khalid untuk nafikan Langat 2. Mc percaya, semua proses tu takkan dapat menghasilkan bekalan air simpanan bersih yang setanding dengan Langat 2. Malah kos pula akan meningkat berbelas kali ganda dari Langat 2.

Untuk sedarkan Khalid supaya sokong Langat 2, rasanya dah terlewat. Apa kata rakyat Selangor yang sokong bekalan air bersih di tambah, sokong Langat 2, tukar Kerajaan Negeri Selangor sekarang, pada yang baru? Insyallah kerajaan BN Selangor yang baru akan laksanakan loji Langat 2 dengan secepat mungkin untuk tampung masalah kekurangan air di Selangor sekarang ni.

Sampai bila rakyat Selangor nak angkut air? Dan dengar Khalid membebel yang bukan-bukan. Masa untuk berubah, selamatkan masa depan diri anda, anak-anak anda dan Selamatkan Negeri Selangor dari terus rebah di bawah kaki Pakatan Haram.

McTheory:
Inikalilah, Selangor BN punya!

Rabu, 24 April 2013

HOT INFO! #IsuAirSgor! Lagi Bukti Khalid Berkhidmat Cemerlang Pada Rakyat!



Nampaknya Khalid Gagap kena lagi kali ni. Kalau kita buat kerja memang orang akan nampak dan tak pertikaikan kerja kita selama ni. Tapi kalau tak buat kerja, sampai mati pun orang akan ingat dan orang takkan percaya lagi! Itulah yang terjadi pada Khalid Gagap, MB Selangor yang paling teruk dalam sejarah!

Terbaru, pendedahan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, yang mempertikaikan Menteri Besar Selangor itu menerima elaun sebagai Ahli Parlimen hampir RM1 juta, dengan bayaran gratuiti selepas perkhidmatan sebagai wakil rakyat berakhir.

Namun, Soi Lek mendakwa, Khalid Gagap langsung tidak berkhidmat kepada penduduk Bandar Tun Razak, malah seolah-olah dia pula menerima semua bayaran elaun dan gratuiti secara percuma dari rakyat.

Itulah yang terjadi sekarang, umpama rakyat Bandar Tun Razak pula yang menyumbangkan hasil pada Khalid. Sedangkan Khalid langsung tak pernah pedulikan keadaan di sana. Buat apa kita nak bayar pada orang yang tak pernah buat kerja!

“Pengundi seperti menyumbang hampir RM1 juta kepada Abdul Khalid sejak lima tahun lalu tanpa melakukan apa-apa di Bandar Tun Razak.

“Justeru, semua pengundi di sini perlu mengambil tahu prestasi semasa wakil rakyat yang dipilih sama ada melakukan kerja atau tidak,” kata Soi Lek pada sidang media di Pusat Khidmat MCA Bandar Tun Razak.

Baru-baru ini pangsapuri Seri Penara yang terletak di bawah parlimen Bandar Tun Razak telah mengalami masalah air yang agak serius. Penduduk disana menghadapi gangguan air selama lebih seminggu akibat kekurangan air berikutan paip pecah yang berlaku di Batu Caves.

Paling menyedihkan Khalid sebagai ahli parlimen langsung tak pernah menunjuk muka untuk turun padang mengambil tahu masalah rakyat. Usah kata nak bantu, bertanya khabar pun Khalid tak pernah! Apakah ini pemimpin rakyat yang kita mahu?

Kalau dalam parlimen sendiri pun Khalid tak ambil kisah, cuba bayangkan bagaimana dia jaga Selangor. Sebab tu bila rakyat mengalami masalah, Khalid tak pernah turun dan ambil tahu, sebab itu juga Khalid tak peduli sama ada air di Selangor cukup atau tidak. Sebab Khalid tak jaga rakyat!

Apa yang Khalid tahu hanyalah memberi alasan demi alasan, bercakap dan bercakap, berjanji dan berjanji untuk menyelesaikan masalah. Sedangkan tindakan langsung Khalid tak pernah buat. Pelbagai forum dan ceramah telah Khalid dan konco-konconya buat. Tapi pernahkah Khalid laksanakannya?

Tak laksana tu satu hal, ni bila kerajaan pusat nak tolong ditolak terus. Daripada Langat 2 hinggakan nak buat universiti dan jalan. Dah dua university melepas!!! Betul ke kerajaan Selangor ni kerajaan berkebajikan? Semua untuk kesenangan rakyat habis ditolak.

Atas sebab demikian kita tak perlukan pemimpin yang hanya pandai bercakap, kita nak pemimpin yang bercakap dan bekerja! Pemimpin yang janjinya ditepati! Ni cakap saja lebih tapi habuk pun tarak!

Dapatkah kita mempercayai lagi kata-kata orang sebegini? Kini Khalid dipindahkan ke Pelabuhan Klang, entah apa pula yang akan Khalid 'janji' pada penduduk disana semata-mata untuk meraih undi. Patutnya sebagai MB Selangor, Khalid menunjukkan contoh yang baik pada semua ADUNnya. Kalau MB pun teruk, Mc tak dapat bayangkan bagaimana pula orang-orang bawahannya!

Kata orang, kepimpinan melalui teladan! Kalau begini teladannya, sudah tentu yang bawahnya lagi teruk dari Khalid!

Kalau kepalanya dah cakap Manifesto bukan Janji, tentu orang bawah pun amalannya sama juga!!!

McTheory:
Masih nak percaya dengan puak Pakatan ni? Hentikan saja la!

Jumaat, 19 April 2013

HOT INFO! #IsuAirSgor!! Khalid MB Selangor yang Terbaik?



Siapa setuju dengan Mc dan percaya Khalid Gagap, bekas MB Selangor seorang tokoh politik yang sangat hebat? Kalaulah Mc boleh dengar jawapan dari pembaca dah tentu hampir 80% pembaca blog menyumpah saranah dengan soalan Mc tu.

Tentu pembaca pelik kenapa Mc tanya sedemikian, macam mana tak tanya, sebab ada seorang hamba Allah ni kata tiada calon UMNO/BN di Selangor boleh menandingi kredibiliti dan ketokohan Khalid Gagap selaku MB yang berjaya menerajui Selangor sepanjang lima tahun ini.

Nak termuntah Mc dengar statement mamat tu, Mc rasa mamat PKR tu keluarkan statement tu diwaktu dia kurang waras, ataupun dia dibayar oleh seseorang untuk 'up' kan balik nama Khalid yang 'rosak' teruk akibat gagal mengurus tadbir Kerajaan Negeri Selangor dengan baik.

Contoh yang terbaik adalah isu air, apa yang Khalid buat untuk selesaikan masalah air? Hampir setengah penduduk Lembah Kelang mengalami masalah air. Dari air tak cukup untuk dibekalkan, hinggalah masalah paip pecah yang semakin menjadi-jadi akibat sabotaj Khalid terhadap Syabas.

Khalid juga gagal menyelesaikan masalah air percuma yang pernah dia janjikan kepada seluruh rakyat Selangor, Mc tak nafikan memang ada penduduk Selangor yang dapat air percuma, namun masih ramai yang tidak 'merasa' air percuma tu contohnya penghuni-penghuni rumah pangsa kos rendah, hampir kesemuanya tidak pernah mendapat air percuma, namun apa yang Khalid buat untuk selesaikan masalah tersebut? Tiada!!

Masalah janji air percuma ni, telah pun difailkan ke mahkamah untuk menuntut ganti rugi dan janji Khalid tu, apakah yang dikatakan urus tadbir yang terbaik? Kalau terbaik, dah tentu rakyat takkan saman Kerajaan Negeri!!

Kita sentuh pasal masalah air yang selalu melanda Selangor. Sudah terbukti, dibeberapa tempat mengalami masalah kekurangan air bersih. Namun sehingga kini tiada tindakan drastik yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi masalah tersebut, apakah itu juga tergolong dalam pentadbiran yang baik?

Masalah pembaziran air disebabkan infrastruktur (NRW), kononnya air di Selangor rugi sebab 33% air hilang disebabkan masalah tersebut. Apa yang Khalid buat untuk selesaikan masalah NRW ni?

Selagi Syabas tidak dapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri Selangor macam mana Syabas nak 'ganti' dan upgrade NRW yang dikatakan menyebabkan kerugian akibat pembaziran air?

Walaupun Kerajaan Negeri Selangor selalu menuding jari terhadap Syabas atas masalah tersebut. Tetapi Kerajaan Negeri Selangor, masih perlu bertanggung jawab atas masalah tersebut kerana Syabas masih dibawah Kerajaan Negeri.

Sebab tu Mc kata, Khalid ni tak layak untuk mentadbir Kerajaan Negeri, banyak masalah yang dia tak dapat selesaikan. Masalah air yang menjadi keperluan rakyat pun dia gagal untuk tangani, macam mana pula beliau nak tangani masalah lain?

Apa yang Khalid tahu buat, hanyalah bercakap dan berjanji, tu pun kadang kala dia cakap orang tak faham sebab gagap. Macam ni yang dikatakan seorang MB yang mempunyai ketokohan? Waras ke tidak?

Kepada Suhaimi si Raja Pasir yang keluarkan kenyataan bodoh tu, disini Mc nak beritahu, Khalid ni tak payah bandingkan dengan calon BN Selangor, dengan makcik indon 'cleaner' pun belum tentu Khalid ni layak dibandingkan. Sebab makcik indon cleaner ni, kalau dia janji nak mop lantai, dia akan mop. Kalau si Khalid yang janji, belum tentu dia akan tunaikan!!

Sebab tu, dia disepak oleh rakyat Bandar Tun Razak, hingga melarikan diri ke tempat lain. Kalau benar dia bagus, sudah tentu dia akan pertahankan kerusi parlimennya tu, Hanya ahli parlimen yang rekodnya buruk saja yang akan melarikan diri dari tempatnya tu!!


McTheory:
Orang buat salah mana berani duduk satu tempat!

Selasa, 16 April 2013

HOT INFO! #IsuAirSgor Khalid Gagap 'DiSepak' Oleh Rakyatnya Sendiri!



Nampaknya masalah air di Selangor tidak berkesudahan, terbaru 10,000 penduduk pangsapuri Sri Penara di Parlimen Bandar Tun Razak, parlimen dibawah jagaan Menteri Besar Selangor sendiri mengalami gangguan air hampir seminggu yang lalu.

Gangguan air tersebut disebabkan punca bekalan air tidak cukup untuk dibekalkan akibat kesan paip pecah di Batu Caves. Sudah la penduduk di pangsapuri tersebut mengalami gangguan air, nasib mereka langsung tidak dipedulikan oleh Khalid sendiri sebagai ahli parlimen dikawasan tersebut.

Selama mereka ditimpa musibah dengan gangguan bekalan air, tidak pernah wakil parti Kerajaan Negeri atau wakil Menteri Besar datang menjenguk bertanyakan khabar tentang nasib mereka.

Bagi mereka kejadian seperti ini merupakan kali kedua ianya berlaku. Disebabkan itu, mereka berasa sangat marah kepada Kerajaan Negeri Selangor dan juga Khalid Gagap kerana tidak berjaya untuk selesaikan masalah air.

Bagi mereka apa yang mereka nampak, Kerajaan Negeri Selangor tidak serius untuk selesaikan masalah air. Kerajaan Negeri Selangor lebih banyak berpolitik dari berusaha untuk selesaikan masalah.

Patutla baru-baru ini PKR telah 'tendang' Khalid untuk dicalonkan dikawasan lain, kerana Khalid sudah dibenci oleh rakyatnya di Parlimen Bandar Tun Razak. Sekiranya, jika Khalid bertanding lagi di Parlimen Bandar Tun Razak, kemungkinan untuk Khalid kalah amatlah besar.

Dari kalah yang memalukan, baik PKR hantar Khalid kekawasan lain.

Permainan politik air ini tidak terhenti disini, malah kenyataan dari Bendahari Agung PKR, William Leong, yang menghentam Syabas kononnya semua punca air berlaku disebab kecuaian Syabas amatlah menyedihkan.

Apakah William tidak tahu menahu mengenai sabotaj Kerajaan Negeri Selangor terhadap Syabas? Tentang sekatan capex Syabas yang sepatutnya diberikan untuk Syabas beroperasi dengan lebih baik telah lama disekat.

Malah Kerajaan Negeri Selangor juga tidak membayar hutangnya terhadap Syabas yang terkumpul lebih RM 2billion ringgit. Sudah la tidak memberikan pinjaman Capex terhadap Syabas, hutang pun taknak bayar. Apakah ini tidak ada unsur sabotaj terhadap Syabas?

Disebabkan kejadian tersebut, pelbagai masalah telah berlaku. Pam untuk rumah tangki dan paip-paip yang dah uzur dan hampir rosak tidak dapat digantikan. Masalah NRW yang disebabkan kebocoran air juga gagal Syabas selesaikan disebabkan Kerajaan Negeri Selangor tidak membantu dari segi kewangan walaupun sudah banyak kali Syabas cuma memohonnya.

Jadi pada siapa yang perlu kita salahkan? Pada Syabas yang disabotaj oleh Kerajaan Negeri Selangor? Atau Kerajaan Negeri Selangor yang menganggap masalah air ini sebagai isu politik?

Jikalau William kata isu air ini tidak wujud dan hanya permainan politik BN, Mc minta William tolong jelaskan perkara ini kepada rakyat yang sedang menderita mengangkut air di Pangsapuri tu. Apakah mereka dapat menerima alasan tersebut?

Wiliiam perlu sedar siapa yang memerintah Selangor sekarang ni? BN atau PR? Kalau Syabas bermasalah Kerajaan Negeri Selangor patut membantu, bukan menekan Syabas dengan isu yang mengarut seperti Penstrukturan air.

Apa yang Mc nampak sekarang ni, Kerajaan Negeri Selangor hanya bercakap untuk selesaikan itu, untuk selesaikan ini. Akhirnya mereka hanya bercakap saja untuk selesaikan. Bercakap untuk selesaikan, tidak akan selesaikan masalah!

Bila jadi masalah, mulalah Kerajaan Negeri Selangor mencari kesalahan orang lain untuk dijadikan kambing hitam. Sudah tentu Syabas mangsanya. Sedangkan pada hakikatnya, kuasa ditangan mereka. Mereka penentu segala di Selangor. Kalau isu air pun mereka tak dapat selesaikan, apakah Kerajaan sebegini harus dikekalkan lagi?

Mc harap rakyat Selangor boleh berfikir dengan bijak, sama ada layak atau tidak Khalid Gagap dan Kerajaannya memerintah Selangor, atau simpan mereka ini dalam lipatan sejarah saja.

McTheory:
Masa untuk berubah, pilih Kerajaan yang dahulukan rakyat!

Jumaat, 12 April 2013

HOT INFO! #IsuAirSgor! Khalid Nak Perbodohkan Rakyat Selangor 5 Tahun Lagi? #SaveSgor

Ini penipu punya olang..

Mc kesian dengan kawan-kawan kat KL and Selangor ni. Kalau dulu hampir setengah juta penduduk Lembah Kelang teputus bekalan air kerana rumah pam Wangsa Maju terpaksa beroperasi melebihi kapasiti, sekarang ni setengah juta lagi pengguna berdepan masalah terputus bekalan air kerana paip pecah.

Itu pun Kerajaan Negeri Selangor tak kesian lagi pada rakyat, mereka masih berdolak dalih berlakon seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Punca kerosakan infrastruktur juga datang dari mereka.

Lepas ni akan bersambunglah sandiwara Khalid Gagap yang mengatakan Syabas tidak cekap buat kerja dan patut dikawal oleh Kerajaan Negeri. Padahal punca ketidakcekapan Syabas seperti yang didakwa oleh Khalid adalah berpunca daripadanya mereka juga.

Tanggungjawab kerajaan negeri Selangor adalah untuk memastikan bekalan samada air mentah ataupun air terawat mencukupi untuk pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.

Kalau jumlah air yang disimpan tak mencukupi, macam mana nak diagihkan kepada pengguna? Sebab tu kita kena buat tempat simpanan air yang lebih besar dan minta tolong bantuan dari negeri yang tak pernah alami masalah air.

Khalid asyik bercakap yang 33% air hilang dalam penghantaran kepada pengguna, 33% tu banyak gila, bukan sikit. Kita kena tahu untuk turunkan kadar NRW ni, paip-paip edaran air yang dah berpuluh tahun dan usang ni perlu diganti. Bukan hanya cakap saja!

Analoginya senang jer, umpama tauke restoran nasi lemak nak edar kan 1000 bungkus nasi lemak. Dan dalam perjalanan tu, budak-budak yang nak hantar tu, naik motor dan letak 1000 bungkus dalam bakul. Dalam perjalanan nak hantar tu, 330 bungkus nasi lemak jatuh keluar sebab bekas atau kotak untuk mengisikan paket-paket nasi lemak tersebut berlubang.

Untuk mengelakkan 330 bungkus nasi lemak terus terjatuh, patutnya tuan punya restoran nasi lemak tu sepatutnya kena lah ganti kotak ataupun bekas nak dihantarkan nasi lemak tersebut supaya tak jatuh. Kalau tak diganti perkara yang sama akan berulang lagi nanti. Nasi lemak akan terus jatuh!

Sama macam isu air ni, kalau Syabas dah minta kebenaran daripada Kerajaan Negeri Selangor nak gantikan paip-paip yang sudah lama ni, tapi ditolak atas alasan nak buat penstrukturan semula, bermakna selagi tak buat penstrukturan semula, masalah NRW ini takkan selesai, dan air dalam penghantaran akan berterusan hilang 33%?

Akibatnya, penstrukturan sampai hari ni belum nampak apa-apa lagi tindakan, masalah air terawat terus dibazirkan 33% hilang dalam penghantaran. Bila jadi macam ni, siapa yang perlu disalahkan?

Di tambah sandiwara yang Syabas ni gagal, Kerajaan Negeri bekukan perbelanjaan modal ataupun Capex Syabas untuk menukar paip-paip usang ni. Lepas tu dituduhnya Syabas tidak cekap sebab gagal turunkan kadar NRW kepada 15% seperti yang termaktub dalam perjanjian. Macam mana nak turun NRW kalau paip-paip usang tak diganti? Ini memang satu penganiayaan. Menyekat Capex Syabas seperti menyekat hak rakyat kepada bekalan air.

Ni semalam Lembah Kelang dah dua hari hujan lebat. Bukan saja banjir kilat, kereta dan rumah tenggelam, tapi paip pun pecah dek tak mampu bertahan akibat asakan dan tekanan kuat dari arus air sungai yang naik dan mengalir deras ekoran hujan lebat selama lima jam semalam.

Ya lah paip pun dah usang, nak tunggu masa jer, kena pula dengan asakan deras air hujan, terus pecah. Ni kali kedua pengguna Lembah Kelang terputus bekalan air. Ya lah rumah pam nak kena tutup sebab nak repair paip yang dah pecah. Dah paip buruk usang memang la mudah pecah.

Bila jadi macam ni siapa pula yang Kerajaan Negeri nak kambing hitamkan? Jangan lupa yang paip-paip air ni semua hak milik kerajaan negeri dan tugas Syabas cuma menyelenggarakannya. Kalau Syabas dah cakap perlu ganti, tapi tak dibenarkan, apakah ini salah Syabas lagi?

Ini baru satu paip, banyak lagi paip yang perlu di ganti. Dua minggu lepas media ada melaporkan yang Syabas membuat perbincangan dengan penduduk di kawasan Sg Way kerana akan mengadakan penutupan kerana kerja-kerja mengganti paip yang usang yang akan memakan masa.

Perlu diingat yang paip-paip yang nak digantikan ini bukannya terletak di kawasan-kawasan lapang, tetapi juga di tengah-tengah kawasan perumahan dan perindustrian. Jadi kenalah berbincang dengan pengguna di kawasan tersebut. Bukannya hari ni cakap nak ganti, besok dah siap!!!

Khalid Gagap memang telah gagal dalam usahanya untuk menangani isu air di Selangor dan kini memohon rakyat memberinya satu penggal lagi untuk menyelesaikan penstrukturan air malah berjanji akan diagihkan saham air kepada rakyat Selangor. Tapi nak ke rakyat Selangor percaya dia lagi, dia pernah berkata yang manifesto bukan janji dan tak pernah ditarik balik katanya.

Tambah pula Dr Wan Azizah dah bagi bayangan yang Khalid mungkin tidak akan dikekalkan sebagai MB Selangor sekiranya Pakatan Rakyat terus mentadbir negeri itu selepas pilihan raya umum ke 13. Apa kuasa Khalid Gagap nak teruskan saham air?

Adakah Menteri Besar seterusnya akan menolak saham air ini kerana ini idea Khalid Gagap seperti Khalid menolak Langat 2 kerana ia perancangan kerajaan pusat kerana berlainan parti? Lagi pun Dr Wan Azizah mengaku wujudnya perselisihan pendapat antara Khalid Gagap dan Azmin Ali yang telah lama mengidamkan kerusi empuk Khalid.

Adakah rakyat Selangor masih sanggup mengharung masalah air 5 tahun akan datang ini? Khalid tidak pernah membentang perancangannya selama ini, cuma cakap nak buat itu dan nak buat ini. Tapi sampai sekarang apa pun dia tak buat!

Jadi kepada setengah juta pengguna yang terdiri daripada pengguna di Flat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Keramat, Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Taman Cempaka, Taman Bakti, Taman Nirwana, Jalan Gurney, Kampung Pandan Dalam, Kampung Baru Ampang, Kampung Kemensah, Kampung Melayu Ampang, Kampung Lembah Jaya, Taman Hillview, Kampung Pinggir Tiga Jaya, Bukit Jobina, Kampung Tengah Lembah Jaya, Taman Dato Ahmad Razali, Lembah Jaya Utara, Taman Bukit Indah, Lembah Jaya Selatan, Taman Tun Abdul Razak, Sri Rampai, Kampung Tasek Permai, Taman Ampang dan Ukay Heights fikirlah siapa yang akan memimpin kerajaan negeri Selangor selepas PRU13 nanti.

Atau korang semua akan terus hidup dalam masalah gangguan air yang tidak akan berkesudahan!

McTheory:
Menyesal dulu tidak ada gunanya..

Khamis, 28 Mac 2013

#IsuAirSgor! Sombong Selangor Bebankan Rakyatnya!

ini hanya lakonan.. kata Khalid..

Mc pelik dengan Xavier, orang nak tolong pun salah! Negeri Sembilan tawarkan Selangor bantuan untuk salurkan air jika perlu, namun bantuan Menteri Besar Negeri Sembilan ditolak mentah-mentah dengan gaya sombong bebal oleh Selangor.

Sebagai negeri berjiran, tak salah Negeri Sembilan tawarkan bantuan, sebab mungkin Menteri Besar Negeri Sembilan tengok rakyat Selangor menderita tak cukup air. Adalah pelik kerana negeri lain yang berhampiran mewah air, tidak ada masalah, namun Selangor negeri maju, hidup susah mencari air serupa di padang pasir.

Sikap tanggung jawab dan kasihkan rakyat (walaupun negeri lain) menyebabkan Haji Mohamad Hasan (MB Negeri Sembilan) simpati dengan nasib rakyat Selangor dibawah kepimpinan si bebal Khalid Gagap.

Sekarang ni sudah ada beberapa tempat di Selangor mengalami masalah air. Bukan sehari tau, dah berminggu-minggu. Terbaru, budak-budak IPTA kat UiTM kampus Puncak Perdana serta kawasan sekelilingnya. Ni dah dekat dengan pejabat Khalid. Tak gi tolong ke angkat air?

Cuba bayangkan bagaimana hidup kita bila tiada bekalan air. Ini yang dikatakan Kerajaan Negeri Selangor pandai jaga rakyat?

Setiap hari perlu menunggu air bantuan dari lori tangki Syabas untuk kegunaan harian. Bayangkan kalau rumah flat 4 tingkat yang tiada lif macam mana? Nak kena ambil baldi dari bawah berulang kali angkat naik ke tingkat atas.

Mc tak dapat rasa betapa kecewanya penduduk di situ. Penat lelah mereka mengangkut air. Kalau dapat mereka luahkan rasa, sudah tentu muka Khalid Gagap yang bakal mereka pijak. Sebab segala punca dan ketidak cekapan tadbir terletak dibahu Menteri Besar Selangor.

Itu yang dipanggil 'tidak memerlukan bantuan'? Sesungguhnya sikap sombong Kerajaan Negeri Selangor merugikan rakyat Selangor sendiri. Namun puak ni mana peduli nasib rakyat, kalau mereka peduli dah lama Langat 2 dibuat dulu. Tak perlu tangguh-tangguh.

Sesungguhnya dah lama Negeri Sembilan bantu Selangor dalam hal masalah air ni. Tahun lepas masa krisis air di Wangsa Maju dan Cheras pun, Negeri Sembilan ada hantar lori tangki air. Itu bukan dikira bantuan ke?
Kalau Kerajaan Negeri Selangor pandai jaga negerinya dengan baik, takkan ada orang nak sibuk-sibuk hal air ni. Contoh macam negeri dibawah Pakatan yang sememangnya tidak ada langsung masalah air ialah Pulau Pinang. Ada orang nak sibuk kacau dia? Tak ada, sebab rakyat dia perolehi air yang cukup.

Kalau tunggu Kerajaan Negeri Selangor nak baiki kekurangan air, mereka tak sudah-sudah dengan cadangan dan buah fikiran, sedangkan perlaksanaan kita tak nampak apa pun yang Kerajaan Negeri Selangor buat.

Dari beli syarikat konsesi ke membran teknologi, kemudian nak buka loji lama, lepas tu sibuk dengan forum air, lepas forum air balik ke nak beli syarikat konsesi. Balik-balik pusing ke masalah yang sama.

Kalau betul Kerajaan Negeri Selangor nak buat semua tu, selama 5 tahun mereka perintah kenapa tak buat? Kenapa nak tunggu sekarang?

Apa yang Kerajaan Negeri Selangor tau hanya cakap-cakap dan cakap. Kemudian bila ada masalah dan diserang oleh rakyat, mereka salahkan Kerajaan Pusat dan Barisan Nasional. Itu sajalah alasan mereka! Bangang sungguh!

Kalau rakyat Selangor rasa selesa dibawah pemerintahan Pakatan yang sungguh 'berjimat' air, nanti PRU undilah lagi Pakatan, sebab bukan senang nak dapat air free, lebih-lebih lagi dari lori tangki. he he..


McTheory:
Air free apa? air paip pun takdak!

Khamis, 21 Mac 2013

PANASS! #IsuAirSgor Air Liur Khalid Tak Cukup Untuk Tampung Kegunaan Air Selangor!



Sampai sekarang Mc menantikan tindakan drastik dari Kerajaan Negeri Selangor untuk tangani masalah air yang semakin meruncing. Nak kata tak pernah kena krisis air, baru dua bulan lepas dah kena. Tapi tindakan still 'zero'.

Khalid, bila kita soal dia mengenai masalah air di Selangor, dia akan sebut pasal penstrukturan air. Bila sebut pasal penstrukturan air, dia akan buka cerita kata Kerajaan Persekutuan halang dan Kerajaan Persekutuan tak bantu Kerajaan Negeri untuk beli syarikat konsesi.

Betul ke Kerajaan Persekutuan halang?

Sedangkan Kerajaan Persekutuan berlapang dada dan menyokong Kerajaan Negeri Selangor beli syarikat konsesi. Cuma nak beli tu, gunalah cara bisnes. Bincang harga yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak, baru beli, ini tidak, nak beli syarikat orang, tapi harga ditetapkan oleh orang yang nak beli. Dah tentulah tak jadi.

Nak kata Khalid buta bisnes, dia sendiri bekas 'CEO' yang hebat, kononnyalah. Tapi cara buat kerja, nak beli syarikat pun tak tahu. Kali terakhir Khalid buat offer nak beli syarikat air tu, pada tahun 2010. Selepas ditolak kerana harga terlalu rendah. Terus Khalid tak pernah buat tawaran lagi, cuma dok bercakap macam dia tawar syarikat konsesi tu tiap-tiap hari.

Khalid dan exco Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya banyak bercakap dari bekerja. Masalah air yang serius pun dorang buat boleh buat main-main. Contoh semasa dalam forum air baru-baru ni. Faekah banyak bercakap dan berjanji untuk selesaikan masalah air, tapi untuk melaksanakan dia tak cakap pun nak buat macam mana.

Contohnya, dulu Khalid pernah mencadangkan untuk guna kaedah teknologi membran dan ‘Hybrid Off River Augmentation System’ (HORAS) di Selangor. Katanya, kedua kaedah itu alternatif lebih murah berbanding projek Langat 2 untuk meningkatkan kapasiti air.

Selepas itu Dr. Xavier diberi tugasan untuk 'handle' projek ini. Apa yang Mc dengar ayat terakhir Xavier mengenai projek membran tu, dia akan mengkaji dan selidik mengenai teknologi membran dengan keadaan di Selangor.

Selepas membran, pernah Kerajaan Negeri Selangor nak buka kembali loji lama yang telah tutup, nak bersihkan sungai dan pelbagai lagi cadangan. Namun sehingga ke hari ini, belum ada satu pun cadangan yang mereka telah buat. Semuanya hanya cakap kosong saja!

Apa yang mereka tahu hanyalah bercakap kosong didepan media, ceramah maki hamun, sebarkan maklumat palsu dan politikkan isu air ini habis-habisan. Kalau bab nak melaksana, memang tak nampak langsung Kerajaan Negeri Selangor ni berusaha untuk selesaikan masalah air.

Bila terjadi masalah dan gangguan air, Kerajaan Negeri Selangor akan cepat-cepat tuding jari kepada Syabas. Contohnya seperti masalah air di Wangsa Maju dua bulan lepas, disebabkan masalah rumah Pam. Kerajaan Negeri Selangor salahkan Syabas kerana tidak pandai menjaga peralatan dan jentera.

Sedangkan Syabas dianiaya oleh Kerajaan Negeri Selangor kerana menyekat CAPEX untuk bantu mereka terus beroperasi. Malah Kerajaan Negeri Selangor sendiri berhutang dengan Syabas.

Dalam keadaan tersebut, macam mana Syabas nak terus beroperasi dengan baik. Mujurlah Kerajaan Persekutuan telah membantu dengan peruntukan RM606 juta bagi melaksana pelan mitigasi di Selangor.

Plan tersebut mampu menangguhkan sekejap krisis air 2014 kepada 2016 dan ditambah pula peruntukan khas berjumlah RM120 juta memperbaiki infrastruktur air yang bermasalah untuk memastikan rakyat Selangor tidak putus bekalan air.

Kalau nak harap Kerajaan Negeri Selangor, dengar mereka cakap saja boleh la. Cukup hari dan tahun, rakyat Selangor terpaksa angkut air lagi la nampaknya. Selagi Langat 2 tidak dibina, selagi itulah risiko kekurangan air di Selangor tidak akan selesai.

Kalau nak rasa angkut air lagi lepas ni, boleh la undi si Khalid dan konco-konconya lagi!

Kat bawah ni Mc sertakan video terbaik untuk krisis air di Selangor


Selasa, 5 Mac 2013

HOT! #IsuAirSgor Khalid Gagap Menabung Dari Kecik Untuk Beli Syabas!!


Khalid Gagap nampaknya tidak putus asa dalam usahanya nak membeli syarikat konsesi air di Selangor. Sedang Kerajaan Negeri Selangor menghadapi masalah dengan pelbagai saman daripada rakyat Selangor berkenaan dengan air percuma, Mc sangsi dengan kemampuan sumber kewangan Kerajaan Negeri Selangor ni.

Dari mana sumber mana agaknya Khalid dapat duit sebanyak itu? Mengikut maklumat, Khalid nak Kerajaan Negeri Selangor pakai duit rezab RM2.5 bilion untuk menampung kos 9.65 billion untuk beli syarikat konsesi air.

Adakah berbaloi RM2.5 billion duit rezab digunakan untuk membeli syarikat konsesi? Apakah dengan pembelian syarikat konsesi tersebut, air di Selangor akan bertambah? Dan tiada lagi masalah air yang akan dihadapi oleh rakyat Selangor?

Pelbagai persoalan telah timbul, apabila Khalid berani menawarkan wang sebanyak RM9.65 bilion untuk membeli 4 syarikat konsesi air. Selain dari duit rezab, sumber apa lagi yang Khalid ada mengumpulkan wang sebanyak itu?

Apakah Khalid meminjam dari bank? Ada ke bank yang berani beri Khalid pinjam, atau Khalid telah menabung duit tersebut sejak dari kecil lagi? Lagi satu persoalan yang timbul, Khalid hanya fokus pembelian tersebut terhadap Syabas dan Puncak Niaga, apakah Khalid yakin dua syarikat lagi akan menerima tawaran tersebut?

Dahulunya, Splash dan ABASS juga pernah menolak tawaran Khalid untuk membeli syarikat mereka. Adakah kali ini mereka bersetuju dengan tawaran Khalid?

Bagi pendapat Mc, sepatutnya Khalid boleh mengunakan wang tersebut untuk membantu Syabas dalam membaiki infrastruktur air di Selangor. Jika wang tersebut dilaburkan untuk membaiki infrastruktur air, rasanya masalah seperti paip rosak, paip reput dan pam dirumah pam yang digunakan melebih had, dapat diatasi.

Lagipun saman-saman air percuma dan ibu tunggal masih lagi tertunggak. Dah hampir empat tahun, janji belum ditunai. Bayarlah mereka dulu, sekurang-kurangnya tertunai janji PRU12 yang lalu. Ini belum masuk lagi janji-janji untuk PRU13 nanti, kalau duit tabung dah beli konsesi air, cukup ke nak tunaikan manifesto PRU13. Oh lupa lah pula, manifesto bukan janji.

Penstrukturan air di Selangor tidak dapat menyelesaikan masalah air di Selangor, malah dengan penstrukturan, tidak akan bertambah kuantiti air walaupun setitik pun, jadi mengapa perlu Khalid fokuskan sangat penstrukturan air ini?

Mungkin ini hanya helah Khalid dalam politik air di Selangor. Andaikata empat syarikat konsesi air menolak lagi tawaran Khalid, berkemungkinan besar ia akan dijadikan modal utama Khalid untuk menyalahkan syarikat konsesi air ini menjadi penyebab utama permasalahan air di Selangor.

Masa sebenar untuk menyelesaikan masalah air sudah semakin suntuk, mustahil urusan itu dapat diselesaikan dalam waktu sesingkat itu kerana sesetengah syarikat berkenaan juga merupakan syarikat senaraian awam dan perlukan kelulusan pemegang saham untuk keputusan penting.

Sudah hampir lima tahun sejak pelan penstrukturan semula air diumumkan tetapi sehingga kini kerajaan negeri masih belum mendedahkan perancangan bagaimana ia akan menyelesaikan masalah kekurangan air yang dijangka berlaku tahun depan.

Rakyat Selangor pun nak tengok juga, bagaimana penstrukturan air ini dapat membantu rakyat Selangor menghadapi masalah kekurangan air. Khalid perlu terangkan pada semua. Bukan biar rakyatnya berteka-teki dengan perancangan yang tidak pasti.

Apa yang Mc lihat, penstrukturan air ini hanyalah alasan untuk Khalid. Jika diatas kertas, mengikut manifesto Pakatan yang baru, Selangor akan kekurangan pendapatannya kelak. Tapi Khalid berani keluarkan wang sebanyak itu untuk beli syarikat konsesi.

Apakah ini satu tindakan untuk membankrupkan Selangor?

McTheory:
Makin pening nampaknya si Khalid gagap ni

Jumaat, 1 Mac 2013

#IsuAirSgor Oii Khalid, Setakat Cakap, Bila Nak Settle Masalah Air Selangor ni?

 
Makin dekat bahang PRU 13, makin ligat Kerajaan Negeri Selangor menipu dan menafikan fakta sebenar tentang masalah air di Selangor. Fitnah terhadap Syabas dan Kerajaan Pusat pula semakin menjadi-jadi.

Kata mereka, mereka risau, Syabas akan mensabotaj air di Lembah Kelang dan Selangor bila bubar parlimen nanti dan letakkan kesalahan gangguan air kepada Kerajaan Negeri Selangor.

Malah Kerajaan Negeri Selangor menuduh Syabas tidak berusaha dan mencari jalan penyelesaian untuk mencegah masalah air dari terus berlaku. Kiranya Syabas ni tak bertanggung jawab la.

Tuduhan dari Kerajaan Negeri Selangor itu sangat berat, sedangkan selama ini Syabas yang bekerja keras dengan bantuan Kementerian dan Kerajaan Pusat apabila terjadinya masalah air di Selangor.

Kalau Syabas tak berusaha mencegah masalah air ni, siapa yang nak bantu? Nak harap Kerajaan Negeri Selangor? Rasanya mereka hanya pandai cakap dari membuat kerja.

Apakah pembaca masih ingat, Apakah punca sebenar terjadinya masalah air di Selangor ni? Pembaca pun tahu kalau ianya tak disabotaj dan diganggu oleh Kerajaan Negeri, rasanya masalah gangguan air seperti di Wangsa Maju takkan berlaku!

Jangan lupa, Kerajaan Negeri Selangor pernah menyekat permohonan modal Syabas (CAPEX) untuk membaikpulih infrastruktur saliran air di Selangor dan seluruh Lembah Klang. Duit tu untuk bantu Syabas beroperasi dengan lebih baik.

Sedangkan paip-paip air dan fasiliti air di Selangor dan Lembah Klang perlu diselenggara mengikut waktu tertentu serta ditukarganti bagi memastikan bekalan air kepada rakyat tidak terganggu.

Kalau tak ada duit, macam mana nak tukar ganti? Bila Syabas buat permohonan modal, Kerajaan Negeri Selangor tak luluskan. Masuk tahun ni dah 3 tahun modal Syabas disekat Kerajaan Negeri, macam mana nak beroperasi dengan baik?

Hasil sabotaj Kerajaan Negeri ni, seramai 500,000 orang pengguna di Selangor dan sekitar Kuala Lumpur terjejas teruk apabila pam di loji rawatan air di rumah pam Wangsa Maju rosak akibat beroperasi melebihi kapasiti.

Sama la juga macam pembinaan loji Langat 2, sekarang Syabas dah cakap benda tu perlu dan wajib dibuat sebab kalau tak buat, Selangor hatta Lembah Kelang akan mengalami masalah air. Tapi Kerajaan Negeri berdegil juga taknak buat, siap ugut Kerajaan Pusat untuk gagalkan projek tersebut.

Nanti bila berlaku gangguan air, macam biasa Kerajaan Negeri Selangor akan menuding jari kepada Syabas dan dalangnya Kerajaan Pusat. Sedangkan Syabas dah beritahu awal-awal lagi tentang perkara ini.

Loji Langat 2 ni sangat penting, hinggakan Kerajaan Pusat teruskan projek ini tanpa keizinan Kerajaan Negeri. Sebabnya kalau tak teruskan, rakyat Selangor akan mengalami kekurangan air yang teruk pada masa hadapan.

Syabas hanya sebuah syarikat air di negeri Selangor. Operasi Syabas tetap dipantau oleh Kerajaan Negeri yang mempunyai 30% pegangan saham didalamnya. Tapi Kerajaan Negeri bukan nak pantau, lebih kepada nak merosakan!

Kerajaan Pusat lebih fokus kepada rakyat dari politik, sedangkan Kerajaan Negeri Selangor yang dibawah Pakatan Rakyat Selangor ni lebih fokus kepada politik dari isu rakyat. Sebab tu dorang tak peduli pun apa nak jadi pada rakyat pada setiap tindakan bodoh dorang tu.

Apa yang dorang tahu hanyalah, memberi alasan dalam setiap ceramah! Berforum tak sudah-sudah, cakap tak habis-habis, tuduh sana, tuduh sini, orang tu jahat, orang ni jahat, dorang saja yang baik. Sedangkan orang yang dorang tuduh jahat tu yang banyak membantu rakyat, mereka yang baik, hanya tahu bercakap tak sudah-sudah.

Jadi kalau mengikut situasi ini, siapa yang sabotaj siapa sebenarnya? Yang mengaku baik tapi hanya pandai bercakap? Atau yang dituduh jahat tapi memang buat kerja bantu rakyat?

Apa dorang (Kerajaan Negeri Selangor) ingat setakat cakap dengan air liur tu, boleh selesai masalah air di Selangor ke?


McTheory:
No Action Talk Only Puii!

Selasa, 15 Januari 2013

HOT! #IsuAirSgor: Sedang Khalid Madah Berhelah, Kerajaan Persekutuan Selamatkan Rakyat Selangor!!


Dalam awal tahun ini Lembah Kelang sering diganggu bekalan air yang kerap terputus. Puncanya, akibat kekurangan bekalan air terawat sehinggalah masalah pam air yang rosak di rumah pam kawasan tertentu.

Disebabkan itu, SYABAS telah mengambil pelbagai pendekatan untuk membantu mengurangkan beban penduduk dari masalah air yang berlaku. Walaupun kewangan SYABAS agak terhad kerana sekatan dari Kerajaan Negeri Selangor, namun kerja menyelamat segalanya berjalan lancar.

Bagi kawasan yang terganggu bekalannya, SYABAS menghantar lori tangki bagi meringankan beban penguna di Selangor. Tidak cukup dengan itu, SYABAS meminta bantuan dari syarikat air negeri jiran supaya membantu mereka untuk menangani masalah air.

Dalam SYABAS cuba mengawal dan menyelesaikan masalah air yang berlaku. Kerajaan Negeri Selangor masih lagi berdolak dalih tentang tanggung jawabnya membantu SYABAS menguruskan air di Selangor.

Bagi Kerajaan Negeri Selangor, 30% pegangan saham dalam SYABAS itu tidak bermakna bagi mereka. Malah mereka memberitahu media, bahawa mereka langsung tidak dibenarkan memainkan peranan dalam operasi SYABAS.

Hal ini dibawa oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) melalui Presidennya Suhaimi Kamaralzaman.

Kalau macam tu, dua ahli lembaga pengarah kerajaan negeri dalam SYABAS tu makan gaji buta saja la? Sebab apa pun tak boleh buat, apa perlunya dua orang tu dok kat dalam SYABAS?

Disebabkan itu, Kerajaan Persekutuan yang lebih banyak membantu SYABAS dalam mengatasi masalah air di Selangor. Dalam Kerajaan Negeri yang banyak berdolak dalih dengan pelbagai alasan, Kerajaan Persekutuan pula muncul tawar diri untuk menyelesaikan masalah rakyat ini.

Disitu kita dah nampak di mana kepentingan antara kedua-dua Kerajaan ini. Kerajaan Negeri Selangor, rakyat bukan kepentingannya, berbeza dengan Persekutuan yang sanggup turun membantu demi menyelamatkan kepentingan rakyat.

Kerajaan Persekutuan membuat plan mitigasi dan melaksanakannya melalui SYABAS telah membuat paip pintasan untuk menyalurkan air tambahan kepada kawasan yang terjejas. Pada mulanya kerja pemasangan paip pintasan itu dijangka siap pada 14hb, tapi ianya siap lebih awal kerana atas usaha semua pihak.

Pemasangan paip pintasan ini akan dapat menyalurkan bekalan air sebanyak 30 juta liter sehari (JLH) ke kawasan-kawasan yang terjejas. Ternyata pemasangan paip pintasan ini menyelesaikan banyak masalah gangguan air.

Berdasarkan pemantauan yang dilaksanakan secara berterusan oleh SPAN, bekalan air di kawasan-kawasan yang terlibat telah hampir pulih, dan ada yang pulih sepenuhnya.

Kawasan-kawasan di Gombak telah mendapat bekalan air sepenuhnya, manakala bekalan air bagi 85% daripada kawasan-kawasan di Kuala Lumpur telah dapat dipulihkan, dan hari ni semuanya selesai 100%.

Kenapa boleh ada gangguan air? Kerana ada pihak yang sepatutnya buat pantauan tidak melakukan kerja dengan betul. Khalid pernah memuji LUAS kerana pandai membuat kerja memantau air di Selangor. Betul ke pandai?

Mc masih ingat, laporan LUAS yang mengatakan air di Lembah Kelang dan Selangor cukup dan tidak ada masalah. Kalau tidak ada masalah, kenapa air di Cheras boleh kurang? Malah di Wangsa Maju rumah pam boleh rosak dan digunakan overload?

Kalau laporan LUAS benar dan tepat, sudah tentu LUAS sudah lama mengenal pasti apa masalah yang akan terjadi di Wangsa Maju dan kawasan-kawasan yang lain. Sebab dalam laporan LUAS dulu, semua kawasan tidak ada masalah air dan bekalan air dalam keadaan yang mencukupi.

Sebenarnya, kalau semua pihak memainkan peranan dan bekerjasama. Mc percaya masalah air di Selangor dapat diselesaikan dengan mudah. Kerjasama diantara SYABAS dan Kerajaan Negeri Selangor tersangatlah perlu, kerana jika kedua-duanya tidak mainkan peranan, sudah tentu akan ada masalah yang berlaku.

Begitu juga dengan Kerajaan Persekutuan yang sentiasa mengambil berat dan menyediakan pelan air untuk jangkamasa panjang. Semua kerajaan bekerja untuk rakyat, kerana rakyat yang memilih kerajaan.

Jadi Kerajaan Negeri Selangor perlu mempertimbangkan segala cadangan dari Kerajaan Persekutuan dalam kerja penambahbaikan air di Selangor. Ketepikan perbezaan politik, bersatu demi menyelamatkan kepentingan rakyat di Selangor.

Projek Langat 2 adalah satu pelan masa depan untuk menyelamatkan Selangor dan Lembah Kelang dari menghadapi masalah air. Jadi projek tersebut amat perlu dan tidak boleh dibuat main-main.

Jika tidak, masalah gangguan air akan berulang kembali. Kali ni gangguan air hanya dibeberapa tempat, tapi jika Langat 2 tidak dilaksanakan, Mc percaya bekalan air akan terjejas di seluruh Selangor dan Lembah Kelang.

Takkan kita nak tunggu bekalan air terjejas baru nak selesaikan masalah? Kalau dah sampai macam tu, rasanya dah terlambat kot. Kalau SYABAS dan Kerajaan Persekutuan tak dapat memaksa Kerajaan Negeri Selangor meluluskan projek Langat 2, Mc harap rakyat Selangor perlu bangkit memberi kesedaran pada kerajaan Khalid gagap ni.

Kadang-kadang kita kena kejutkan Kerajaan Negeri yang tengah sedap tidur tu, dengan tindakan agresif yang mengejutkan. Bukannya apa, demi masa depan kita juga. he he..


McTheory:
Khalid asyik goyang telor je, apa kata kita bagi dia lompat sesekali!

PANASS!! #IsuAirSgor: Siapa Sebenarnya yang Takut Khalid????


Mc sungguh tertarik dengan kenyataan Khalid, yang Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak mahu serahkan pengurusan perkhidmatan air kepada Selangor kerana bimbang Kerajaan Negeri akan lebih cekap dan kos efektif. pasal isu air di Selangor.

Salah tu Khalid, sebenarnya takut nanti Khalid akan punahkan industri air kat Selangor. Tengoklah track record dia, Yayasan Selangor apa dah jadi, Unisel, PKNS, pasir… selagi boleh di cash kan, habis dia balun..

Eh baru kena SOUND dah terasa lah pulak!!! Rakyat tegur eh bukan merayu-rayu suruh selesaikan masalah air, tak pulak ko cakap macam mana nak selesai. Tak habis-habis penstrukturan semula…

Dah 4 tahun nak buat penstrukturan semula, tapi sampai hari ni habuk pun takde. Lagipun, kalau benda yang nak distruktur tak ada dalam tangan, apa yang nak distrukturkan???

Ya lah Unisel, Yayasan Selangor, PKNS tu boleh lah “distrukturkan” sebab dah memang Kerajaan Negeri tuan punya, tapi Kerajaan Khalid cuma ada 30% dalam Syabas.

Kampung boy to CEO takkan tak tahu nak strukturkan Syabas, gi lah beli yang 70% lagi tu... Kalau dulu Talam boleh “naikkan” harga sampai RM300 juta, buatlah yang sama untuk Syabas ya..

Ada hati nak cakap Najib takut, memang patut pun takut… takut nanti rakyat tak dapat bekalan air.

Ini ada 30% dalam Syabas, boleh kata perwakilan hanya dalam Lembaga Pengarah sahaja dan bukan dioperasi harian Syabas. Hellloooo ni serupa macam cakap, Khalid ni wakil pengarah dalam Kerajaan Selangor dan bukan dalam operasi harian Kerajaan negeri.

Yalah kerja pengarah meluluskan dasar dan memanglah tak terlibat dengan kerja harian. Kerja pengarah kasik lampu hijau jer apa yang difikirkan baik. Macam Khalid tak nak luluskan Langat 2, ni ibarat dasarlah. Lepas tu diarahkan pula Majlis Bandaran Kajang jangan beri kelulusan untuk bina Langat 2. Nampak tak bebal.. yang buat kerja harian tu MBK..

Kalau benda yang simple macam ni tak berani nak bertanggung jawab, bila pengurusan air bawah Khalid, salahnya masih kat BN juga nanti sebab itu memang dah dalam DNA puak-puak ni..

Susah kita nak mendengar PM bersuara dalam sesuatu isu, jikalau ianya tak penting dan tidak berkaitan dengan rakyat.

Mungkin PM pun dah tak tahan dengan Kerajaan Negeri Selangor yang tak habis-habis menyalahkan SYABAS dan Kerajaan Persekutuan dalam hal gangguan air baru-baru ini. Sedangkan, kawasan gangguan air itu, berlaku di dalam negeri Selangor, dibawah tadbiran Pakatan Haram.

Sepatutnya Kerajaan Negeri Selangor yang perlu bertanggung jawab keatas semua ini. Lihatlah apa yang terjadi pada rakyat Selangor yang derita kerana gangguan bekalan air sering berlaku dikawasan mereka.

PM pun bersimpati dengan keadaan itu, melihat kesusahan rakyat Selangor yang disebabkan oleh kebodohan Kerajaan Negeri mereka sendiri.

"Saya sedih tengok orang flat, angkat baldi air ke tingkat atas, tingkat
dua bolehlah, kalau tingkat 10 macam mana? Kalau orang muda boleh, kalau dah tua macam mana nak angkat baldi? Susah rakyat."
kata PM kepada media.

Bila terjadinya gangguan air, Kerajaan Negeri Selangor salahkan SYABAS dan Persekutuan, sedangkan mereka sendiri yang tak berusaha dan cuba untuk selesaikannya.

"Kita (kerajaan BN) tak boleh (selesaikan masalah air) sebab mereka
(kerajaan Selangor) tak bagi ''development order''. Kita nak buka stesen pam
tambahan, mereka (kerajaan Selangor) tak bagi kelulusan," kata Datuk Seri Najib lagi.

Jadi siapa sebenarnya yang cuba untuk bermain dengan isu air ni? Siapa dalang hingga menyebabkan gangguan air di Selangor berterusan. Kenapa Kerajaan Negeri Selangor tidak berikan 'Development Order' untuk selesaikan masalah ini.

Kerajaan Negeri Selangor seharusnya tahu bahawa bekalan air disesetengah kawasan yang pesat membangun agak kritikal, kerana rumah pam yang ada mungkin perlu sentiasa di'servis' dan plan jangka panjang diteliti demi kesenangan rakyat.

Namun ia tidak berlaku di Selangor. Kerajaan Negeri sentiasa yakin dengan bekalan air yang ada, malah tiada plan pembangunan bekalan air, program CAPEX pun disekat, sedangkan ianya perlu untuk bantu SYABAS berikan servis yang terbaik.

Kita perlu sedar, Selangor merupakan negeri termaju di Malaysia. Kepadatan penduduk dan kemajuan industrinya agak kencang berbanding negeri lain. Sudah tentu negeri maju ini menjadi perhatian dari pelabur.

Kalau air tak cukup, dan pelabur tak yakin, macam mana dorang nak melabur di Selangor? PM ada menyentuh perkara ini semasa ditemubual oleh media semalam.

"Kita sedar berbilion-bilion (ringgit) pelaburan di Selangor mungkin tak
jadi kalau tak selesaikan masalah air. Pelabur-pelabur menunggu nak buka kilang
di Selangor tetapi tertangguh kerana masalah air. Pemaju yang nak buka kawasan
perumahan pun tertangguh," kata PM yang kecewa dengan masalah air Selangor.

Segala usaha yang Kerajaan Persekutuan jalankan untuk bantu tingkatkan kualiti dan kuantiti bekalan air di Selangor gagal disebabkan Kerajaan Negeri sendiri. Kenapa mereka nak salahkan Kerajaan Persekutuan dan SYABAS kalau semua ini berpunca dari mereka sendiri?

Nampak tak kenapa PM takut??

Nampak sangat Kerajaan Negeri Selangor sengaja politikan isu air untuk kepentingan diri dan mempunyai agenda jahat bagi 'mengkambing hitamkan' SYABAS. Namun yang terasa kesan dan jadi mangsa akibat politik kotor ini adalah rakyat. Dari situ kita dah nampak, mereka berjuang bukan untuk rakyat tetapi hanyalah demi kuasa, wang ringgit dan undi!!

McTheory:
Kesian rakyat Selangor jadi mangsa!

Isnin, 14 Januari 2013

HOT! #IsuAirSgor: Rafizi Pendek Pula Serang SYABAS Untuk Tutup Busuk Khalid Gagap! @RafiziRamli


Selepas Mak Lampir, Xavier, Khalid dan beberapa lagi pemimpin utama Pakatan Haram gagal untuk mencalarkan imej SYABAS. Kini muncul hero pendek, yang memang suka bermain dengan isu peribadi iaitu Rafizi Ramli.

Mangkuk sekor ni memang pemfitnah yang amat disegani seantero Malaysia. Kalau anda masih ingat dengan cerita cincin kononnya berjuta-juta dibeli oleh DS Rosmah, cerita jutawan karpet Deepak kononnya ada kaitan dengan DS Rosmah, lepas tu cerita anak Nazri Aziz naik kereta rasuah, semuanya direka khas oleh mangkuk gemuk pendek ni la.

Untuk pengetahuan semua, Rafizi ni memang pakar pemfitnah Anwar. Malah dia juga Ketua Kilang Fitnah Pakatan Haram.

Sebab itu kali ini Anwar mengarahkan Rafizi untuk membantu Khalid Gagap tangani isu air di Selangor. Bila Rafizi ni ambil alih tugas pertahankan Kerajaan Negeri Selangor, isu pertama yang dia keluarkan adalah, pendapatan peribadi Pengarah Eksklusif SYABAS Rozali Ismail.

Apa punya tak profesional dan bodoh tindakan dari Rafizi ni. Kenapa perlu menyerang peribadi? Sedangkan perselisihan ini berlaku diantara SYABAS dan Kerajaan Negeri Selangor. Apa kena dengan peribadi dan pendapatan tahunan Rozali?

Nampak sangat si gemuk pendek ni sudah tidak ada 'point' lagi untuk pertahankan Khalid dan Kerajaan Negeri Selangor. Nak serang SYABAS, takdak isu yang boleh diserang, nak salahkan Kerajaan Pusat, Kerajaan Pusat dah bantu sehabis mungkin, jadi, Rafizi 'buat' isu untuk serang peribadi.

Dalam politik, kalau dah mula serang peribadi, maknanya orang tu dah hampir kalah. Dia dah takdak 'point' untuk diserang lagi, jadi jalan terakhir untuk hidup adalah dengan serangan peribadi.

Itulah yang terjadi sekarang, disini kita dah nampak Kerajaan Negeri Selangor sudah mula tertekan dengan permainan yang mereka sendiri mulakan.

Mereka menyekat program CAPEX SYABAS dan tangguh pembinaan Langat 2 untuk paksa SYABAS tunduk kepada mereka, namun apabila SYABAS tetap teruskan tugas, mereka mencari sebab dan cuba lakukan bermacam-macam cara masalah bagi menunjukan SYABAS tidak mampu untuk mengurus air di Selangor.

Terbaru, berlaku gangguan air di Cheras, semua terjadi, akibat kekurangan bekalan air terawat yang dapat disalurkan. Kemudian, timbul pula gangguan air di Wangsa Maju akibat pam air di rumah pam yang rosak. Kedua-dua kejadian ini, amat merunsingkan Khalid.

Khalid susah hati, sebab punca dari Kerajaan Negeri Selangor sendiri!!

Paling teruk di Wangsa Maju, apabila gangguan air sudah hampir 1 bulan. Penduduk Wangsa Maju sudah mula bersuara akibat nasib mereka yang perlu bersusah payah untuk dapatkan air.

Disebabkan bodohnya Kerajaan Negeri Selangor, rakyat akhirnya menjadi mangsa politik kotor Khalid. Permainan isu air yang mereka sendiri mulakan, akhirnya mula nak menjerat diri mereka sendiri.

Bila dah nak terjerat, seperti biasa untuk lepaskan diri, SYABAS pula yang mereka salahkan. Tetapi rakyat Selangor dan Lembah Kelang perlu ingat, kalau program CAPEX dan Langat 2 tidak ditangguh dan disekat oleh Kerajaan Negeri Selangor, sudah tentu nasib mereka tidak jadi begini.

Sekatan tersebut hanyalah untuk bagi SYABAS tunduk dan jayakan politik bodoh Khalid dengan penstrukturan air bangangnya tu. Akhirnya, SYABAS dijadikan kambing hitam, rakyat Selangor pula jadi mangsa keadaan.

Bila mereka sudah hampir nak KANTOI akan perbuatan mereka sendiri, mereka panggil pula si pemfitnah paling hebat dalam Malaysia iaitu Rafizi Ramli, bagi membantu Khalid teruskan misi jahatnya tu.

Bagi Mc, bila Rafizi dah datang membantu, itu bermakna, Khalid masih tak insaf, dia masih nak teruskan permainannya dalam isu air, dan dia bukan nak cari jalan selesaikan masalah.

Kalau begitu, dengan segala hormatnya, Mc serahkan masalah ini kepada rakyat Selangor untuk mengajar Khalid dan Rafizi sendiri. Kerana, hanya anda yang mampu menukar mereka ini dari terus permainkan anda.


P/s: Ketika anda semua sibuk mengangkut air, ada diantara mereka yang ketawa terbahak-bahak. Tak percaya, tengok video kat bawah ni!!




McTheory:
Fuyoo.. tujuh kali mandi? Rakyat? Sekali pun payah!!

Ahad, 13 Januari 2013

HOT! #IsuAirSgor: Kisah Menarik disebalik Kerajaan Negeri Selangor Nak Saman SYABAS!!


Setelah gangguan air berlaku di beberapa tempat disekitar Lembah Kelang, pelbagai persepsi timbul dari masalah tersebut. Ada yang menyalahkan syarikat yang menguruskan air, ada pula yang menyalahkan Kerajaan Negeri Selangor kerana gagal mengatasi masalah ini.

Drama ini menjadi lebih menarik apabila terjadinya tuduh menuduh diantara SYABAS dan Kerajaan Negeri Selangor, masing-masing menyalahkan antara satu sama lain. Malah Kerajaan Negeri Selangor dengan yakin dan tegas, mahu SYABAS bertanggung jawab diatas semua ini.

Cerita ini menjadi lebih dramatik apabila Kerajaan Negeri Selangor seolah-olah lepas tangan dari masalah ini dan serahkan hal gangguan air di Lembah Kelang, pada SYABAS secara bulat-buat untuk menguruskannya.

Kerajaan Negeri Selangor 'berlakon' seolah-olah mereka tiada kaitan langsung dengan apa yang berlaku. Dalam masa yang sama Kerajaan Negeri Selangor mengkambing hitamkan SYABAS dengan pelbagai tohmahan, hanya untuk menunjukan SYABAS tidak lagi relevan bagi menguruskan air di Selangor dan Lembah Kelang.

Paling drastik apabila Kerajaan Negeri Selangor melalui Dr giginya Xavier mahu menyaman SYABAS diatas permasalahan itu. Khalid Gagap pula dengan selamber, membuat kenyataan 'mengesyorkan' rakyat Selangor saman SYABAS!!

Lihatlah permainan politik kotor dari Kerajaan Negeri Selangor. Mereka bertindak dan berlakon, seolah-olah SYABAS ini satu entiti asing dari Kerajaan Negeri. Sedangkan Kerajaan Negeri Selangor memegang saham sebanyak 30% dalam pengurusan SYABAS.

Dalam bidang perniagaan pegangan saham 30% itu besar. Walaupun bukan majoriti, namun kuasanya untuk menentukan keputusan itu sangat besar. Malah ia sebahagian dari syarikat.

Mc bukan cakap kosong, ianya dipersetujui oleh ahli akademik terkemuka negara Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, pensyarah kanan di Universiti Utara Malaysia (UUM)


"Apabila memiliki 30 peratus saham, ini kuasa yang besar dalam perniagaan tetapi kerajaan Selangor seolah-olah tidak nak ambil tahu pun apa yang berlaku dalam Syabas, seolah-olah Syabas adalah entiti yang bukan kena mengena dengan mereka dan ditambah seronoknya cerita, kerajaan negeri nak saman Syabas," kata Dr Zaharuddin.

Ha ha ha.. pelik la apabila Kerajaan Negeri Selangor nak saman sebahagian dari diri mereka sendiri. Sepatutnya perkara sebegini boleh dibincang didalam mesyuarat ahli lembaga pengarah. Bukannya dengan menuduh dalam media, kemudian ingin menyaman sesama sendiri.

Kerajaan Negeri Selangor sepatutnya menyuruh dua ahli lembaga pengarah dalam SYABAS yang mewakili mereka iaitu, Noorusa’adah Othman dan Suhaimi Kamaralzaman buat kerja lebih sikit. Jangan makan gaji buta, selidik apa masalah SYABAS dan selesaikan.

Ini tidak, tak sudah-sudah mempolitikan isu air. Hinggakan rakyat pun sengsara, nak kena tadah air hujan, nak kena tunggu lori sampai baru ada air. Apa Kerajaan Negeri Selangor tak kesian kat rakyat ke?

SYABAS dah berusaha dengan segala upaya yang boleh mereka lakukan, kini tunggu Kerajaan Negeri Selangor pula yang buat kerja untuk bantu SYABAS. Saman bukan kerja untuk membantu, itu kerja bodoh! Akai ada ka?


McTheory:
Tu la, MB Selangor pun bengap, sebab tu jadi macam ni!

Rabu, 9 Januari 2013

HOT! #IsuAirSgor: Zuraida Mak Lampir Bantai SYABAS Tak Relevan Jaga Air Selangor!

Sebelum ini Faekah Setpol MB dan kekasih gelapnya Khalid Gagap pernah cuba untuk mengkambing hitamkan Syabas. Namun tindakan dua orang skandal terbabit gagal kerana, Syabas membuktikan bahawa mereka boleh mengatasi masalah itu sendiri. Tanpa pertolongan dari Kerajaan Negeri Selangor.

Disebabkan kegagalan kedua-dua skandal tu, Kali ni Khalid mengarahkan Zuraida mak lampir, campur tangan dengan membuat tuduhan baru keatas Syabas, KETTHA dan beberapa agensi lain yang kononnya dikatakan, tidak membantu menyelesaikan masalah air yang berlaku di Lembah Kelang baru-baru ini.

Paling teruk, Zuraida menyalahkan Syabas 100% diatas masalah ini. Bercakap soal teknikal dan beberapa perkara lagi. Tidakkah Zuraida sedar bahawa Kerajaan Negeri Selangor juga mempunyai kepentingan didalam Syabas? Ini bermakna Kerajaan Negeri Selangor juga perlu bertanggung jawab keatas segala tindakan Syabas.

Kalau Zuraida kata Syabas gagal, ini bermakna Kerajaan Negeri Selangor juga gagal dalam tugasnya menjaga kepentingan Syabas. Kalau tidak buat apa syer 30% Kerajaan Negeri dalam Syabas kalau tidak memainkan peranan. Apa Suhaimi Kamaralzaman tidor ke masa board meeting Syabas?

Zuraida perlu membuat kajian terlebih dahulu, sebelum menghentam! Siapa Zuraida untuk mempertikaikan tugas Syabas dalam mengendalikan hal air di Lembah Kelang.




Apa tindakan Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha memajukan Syabas? Pernahkah Kerajaan Negeri Selangor membantu Syabas? Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah membantu Syabas walaupun dari segi teknikal, pengurusan ataupun kewangan. Apa yang mereka lakukan hanyalah mencari alasan atau sebab untuk menghentam Syabas jika sesuatu perkara terjadi.

Contohnya seperti gangguan air baru-baru ini. Apa tindakan dari Kerajaan Negeri Selangor? Tepuk tangan melihat Syabas bertungkus lumus menyelesaikan kemelut, kemudian hentam dalam media?

Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya tidak membantu, malah menyusahkan lagi Syabas dalam usahanya untuk memajukan sistem air di Selangor. Sudahla CAPEX disekat, sehingga menganggu Syabas membaiki sistem perpaipan dan meng'upgrade'kan fasiliti kemudahan air seperti pertambahan rumah pam dan membeli jentera baru untuk penambahbaikan sistem pengedaran air ke kawasan pesat membangun.

Contohnya di Wangsa Maju yang baru-baru ini mengalami masalah rumah pam yang rosak. Rosak akibat pengunaan pam yang overload. Pam tersebut terpaksa bekerja keras untuk mencapai kadar kapasiti air yang diperlukan.

Wangsa Maju adalah kawasan sibuk, setiap tahun pertambahan penduduk dan industri akan meningkat. Kerajaan Negeri Selangor telah menyekat CAPEX sejak dari 2010. Ini bermakna Syabas disekat untuk majukan sistem air mereka selama hampir 3 tahun. Sebab itu Syabas tidak mampu untuk meningkatkan kemudahan rumah pam, kerana Kerajaan Negeri Selangor tidak membantu, malah menekan mereka dari segala sudut.

Contoh yang terbaik, isu Langat 2. Langat 2 adalah loji air untuk masa depan negeri Selangor dan Lembah Kelang. Kerajaan Negeri Selangor membantah keras bila Kerajaan Pusat mahu membina loji ini. Kenapa bantah, ada keburukkan ke?

Sebenarnya tak ada, tapi ia tidak mendatangkan sebarang keuntungan politik keatas Kerajaan Negeri Selangor, lalu mereka berkeras untuk menghalang projek tersebut.

Kalau dilihat penstrukturan semula air yang dimimpikan Khalid, manfaatnya untuk Kerajaan Khalid tetapi Langat 2 manfaat adalah untuk 6 juta rakyat Selangor. Nanti bila Langat 2 siap, bukanke Kerajaan Selangor jugak yang dapat aset.

Sedangkan pada hakikatnya Langat 2 amat penting untuk masa depan bekalan air di Selangor. Dijangkakan, jika Langat 2 tidak dibina, Selangor dan Lembah Kelang akan mengalami masalah air yang serius pada tahun 2014 dan bekalan air terawat Selangor akan kritikal pada tahun 2016.

Namun Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh Khalid Gagap hanya memandang 'enteng' perkara ini. Bagi dia, perkara air bukan perkara penting, yang penting hanyalah politik sempit mainannya untuk membuli Syabas.

Jadi Mc harap pembaca nampak siapa dalang dan syaitan disebalik semua ini. Khalid, Faekah, Xavier dan Zuraida mungkin pelakon utama. Namun tangan ghaib disebalik 'game' politik air Selangor, pasti dikuasai oleh Punahsehat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor, iaitu Anwar Ibrahim.

Biar Selangor kering takdak air, janji mereka boleh menang, dan jika masalah air timbul, mereka akan terus mengkambing hitamkan Syabas!


McTheory:
Itulah konspirasi bodoh yang akan menyusahkan rakyat Selangor kelak!!

Selasa, 8 Januari 2013

HOT! #IsuAirSgor: Untuk Nafikan #Langat2, Minum air kumbahan pun Khalid sanggup!!



Khalid Gagap MB Selangor langsung tak keluarkan sebarang kenyataan bila Pengarah LUAS si Khairi kata nak kumpul segala air di Selangor ni untuk kegunaan harian rakyatnya. Dalam erti kata langsung, Mc menganggap si Khalid ni setuju dengan apa yang si Khairi katakan tu.

Kalau Khalid tak bersetuju, dah lama Khalid menyerang balas LUAS. Tetapi disebabkan cadangan bangang Khairi tu menyebelahi Khalid untuk nafikan Langat 2, jadi Khalid tentunya sedang bersukaria dan menari ronggeng meraikan cadangan bangang Khairi tersebut.

Geleng kepala Mc, bila memikirkan perangai Khalid dan exco negeri Selangor yang boleh bersetuju dengan cadangan LUAS. Kenapa Mc kata setuju, kerana mereka tak bersuara membantah langsung cadangan tersebut. Dalam erti kata lain, diam itu tandanya setuju.

Tapi sekarang ni apa dah jadi? LUAS cakap air mentah cukup sampai 2030 tapi sekarang ni nak dekat setengah juta pengguna tak ada bekalan air!!! Air mentah bukannya air terawat lah LUAS ooiii… Ke nak suruh makcik-makcik semua bawak baldi gi beratur kat takungan air tu semua???

Kenapa sekarang mulut si Khairi tu macam kena kunci jer? Mungkin sekarang ni Khalid sudah pun bercita-cita untuk laksanakan cadangan LUAS yang sempit tu. Bukan senang nak kumpul semua air tak terpakai di Selangor ni. Faekah dah cakap Kerajaan Khalid sediakan 7 lori nak bekalkan air, jadi boleh lah guna lori ni nak angkut air lombong ke, air lopak ke, silap hari air kumbahan pun angkut sekali!!

Tapi mari kita fikir apakah cara ini lebih jimat dari teruskan pembinaan Langat 2 tu?

Bagaimana agaknya nak kumpulkan segala air yang tidak terpakai di Selangor ni? Nak gunakan lori tangki air untuk sedut segala lopak atau longkang yang bertakung? Berapa banyak lori nak guna? Satu hari berapa banyak lori pula nak kena guna?

Terowong Langat 2 tertangguh!
Tentunya untuk mengumpul segala air di Selangor ni, perlukan loji untuk mengumpul air. Malah loji tersebut perlu dilengkapi dengan teknologi menapis air yang setaraf 'New Water' yang digunakan oleh Singapura.

Itu baru loji air untuk pengumpulan, belum lagi kita ambil kira air lombong dan takungan banjir yang perlu rawat dengan penapis yang tentunya bukan cara konvensional. Malah paip sebaran bawah tanah perlu dibina untuk dibekalkan ke loji lain sebagai air tambahan.

Kalau takungan air kena guna penapis setaraf membran teknologi untuk menapis air dari takungan banjir dan lombong yang semestinya tahap percemaran yang tinggi. Berapa banyak pula takungan air di Selangor ni? Tentu semuanya kena letak penapis dan paip.

Apakah semua itu tak remeh dan mengeluarkan modal yang tinggi?

Lagipun Khalid kenalah fikir, ni musim hujan bolehlah ada air kat kawasan tadahan, musim kemarau nanti macam mana?

Kalau air tu tak mencukupi, Kerajaan Negeri Selangor patut bina penapis air laut seperti yang digunakan oleh negara yang tidak mempunyai sumber air darat. Walaupun kos tapis air laut mahal, namun bagi menafikan Langat 2, Mc rasa Khalid sanggup lakukan. Lagipun kalau guna air laut lebih bagus dari guna air kumbahan.

Tapi kalau nak teruskan juga pengunaan air kumbahan tu, Mc rasa Khalid dan exco-exco Selangor patut berikan contoh terdahulu dengan meminum atau mengunakan air kumbahan yang ditapis untuk kegunaan harian mereka dan keluarga mereka.

Nak juga Mc tengok Khalid dan exco-exco Selangor gunakan 'air tapisan kumbahan' untuk masak, minum, mandi dan basuh baju. Itu pun kalau mereka sanggup la. Kalau mereka tak sanggup, takkan nak suruh rakyat Selangor gunakan air yang mereka sendiri tak sanggup guna?

Tapi untuk Khalid, Mc rasa dia mesti sanggup, biasa la, untuk menafikan Langat 2, Khalid sanggup buat apa saja, hatta minum air najis sekalipun. Orang yang takdak otak macam Khalid ni, memang sanggup buat apa saja.

Malah, hanya orang takdak otak saja yang sanggup pening kepala cari pelbagai alasan tak munasabah semata-mata nak tangguh Langat 2. Sedangkan kalau buat Langat 2 tu, selesai semua masalah. Tak payah nak fikir macam mana cara nak tambah air atau 'terpaksa' minum atau mandi air kumbahan.

Andaikata kalau Khalid beri arahan menyuruh LUAS atau mana-mana kontraktor untuk laksanakan projek 'kutip air' sekitar Selangor tu. Rasanya rakyat Selangor semua setuju dan nak tengok saja ke?


Nak ke korang minum air kumbahan?


McTheory:
Sanggup pindah ke negeri lain, kalau benda tu jadi!