Jumaat, 1 Mac 2013

#IsuAirSgor Oii Khalid, Setakat Cakap, Bila Nak Settle Masalah Air Selangor ni?

 
Makin dekat bahang PRU 13, makin ligat Kerajaan Negeri Selangor menipu dan menafikan fakta sebenar tentang masalah air di Selangor. Fitnah terhadap Syabas dan Kerajaan Pusat pula semakin menjadi-jadi.

Kata mereka, mereka risau, Syabas akan mensabotaj air di Lembah Kelang dan Selangor bila bubar parlimen nanti dan letakkan kesalahan gangguan air kepada Kerajaan Negeri Selangor.

Malah Kerajaan Negeri Selangor menuduh Syabas tidak berusaha dan mencari jalan penyelesaian untuk mencegah masalah air dari terus berlaku. Kiranya Syabas ni tak bertanggung jawab la.

Tuduhan dari Kerajaan Negeri Selangor itu sangat berat, sedangkan selama ini Syabas yang bekerja keras dengan bantuan Kementerian dan Kerajaan Pusat apabila terjadinya masalah air di Selangor.

Kalau Syabas tak berusaha mencegah masalah air ni, siapa yang nak bantu? Nak harap Kerajaan Negeri Selangor? Rasanya mereka hanya pandai cakap dari membuat kerja.

Apakah pembaca masih ingat, Apakah punca sebenar terjadinya masalah air di Selangor ni? Pembaca pun tahu kalau ianya tak disabotaj dan diganggu oleh Kerajaan Negeri, rasanya masalah gangguan air seperti di Wangsa Maju takkan berlaku!

Jangan lupa, Kerajaan Negeri Selangor pernah menyekat permohonan modal Syabas (CAPEX) untuk membaikpulih infrastruktur saliran air di Selangor dan seluruh Lembah Klang. Duit tu untuk bantu Syabas beroperasi dengan lebih baik.

Sedangkan paip-paip air dan fasiliti air di Selangor dan Lembah Klang perlu diselenggara mengikut waktu tertentu serta ditukarganti bagi memastikan bekalan air kepada rakyat tidak terganggu.

Kalau tak ada duit, macam mana nak tukar ganti? Bila Syabas buat permohonan modal, Kerajaan Negeri Selangor tak luluskan. Masuk tahun ni dah 3 tahun modal Syabas disekat Kerajaan Negeri, macam mana nak beroperasi dengan baik?

Hasil sabotaj Kerajaan Negeri ni, seramai 500,000 orang pengguna di Selangor dan sekitar Kuala Lumpur terjejas teruk apabila pam di loji rawatan air di rumah pam Wangsa Maju rosak akibat beroperasi melebihi kapasiti.

Sama la juga macam pembinaan loji Langat 2, sekarang Syabas dah cakap benda tu perlu dan wajib dibuat sebab kalau tak buat, Selangor hatta Lembah Kelang akan mengalami masalah air. Tapi Kerajaan Negeri berdegil juga taknak buat, siap ugut Kerajaan Pusat untuk gagalkan projek tersebut.

Nanti bila berlaku gangguan air, macam biasa Kerajaan Negeri Selangor akan menuding jari kepada Syabas dan dalangnya Kerajaan Pusat. Sedangkan Syabas dah beritahu awal-awal lagi tentang perkara ini.

Loji Langat 2 ni sangat penting, hinggakan Kerajaan Pusat teruskan projek ini tanpa keizinan Kerajaan Negeri. Sebabnya kalau tak teruskan, rakyat Selangor akan mengalami kekurangan air yang teruk pada masa hadapan.

Syabas hanya sebuah syarikat air di negeri Selangor. Operasi Syabas tetap dipantau oleh Kerajaan Negeri yang mempunyai 30% pegangan saham didalamnya. Tapi Kerajaan Negeri bukan nak pantau, lebih kepada nak merosakan!

Kerajaan Pusat lebih fokus kepada rakyat dari politik, sedangkan Kerajaan Negeri Selangor yang dibawah Pakatan Rakyat Selangor ni lebih fokus kepada politik dari isu rakyat. Sebab tu dorang tak peduli pun apa nak jadi pada rakyat pada setiap tindakan bodoh dorang tu.

Apa yang dorang tahu hanyalah, memberi alasan dalam setiap ceramah! Berforum tak sudah-sudah, cakap tak habis-habis, tuduh sana, tuduh sini, orang tu jahat, orang ni jahat, dorang saja yang baik. Sedangkan orang yang dorang tuduh jahat tu yang banyak membantu rakyat, mereka yang baik, hanya tahu bercakap tak sudah-sudah.

Jadi kalau mengikut situasi ini, siapa yang sabotaj siapa sebenarnya? Yang mengaku baik tapi hanya pandai bercakap? Atau yang dituduh jahat tapi memang buat kerja bantu rakyat?

Apa dorang (Kerajaan Negeri Selangor) ingat setakat cakap dengan air liur tu, boleh selesai masalah air di Selangor ke?


McTheory:
No Action Talk Only Puii!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pernahkah anda naik sendiri dan melihat apa yang ada di atas empangan yang sediada...air yang ada di atas umpama lautan. tak tercapai dek akal...kalau anda melihat sendiri apa yang ada pasti anda terfikir apa motif sebenar...

Tanpa Nama berkata...

kalau betul lah dia mensabotaj bagai tu semua, takkan la pegi sabotaj saham sendiri. logik la sikit

Tanpa Nama berkata...

Retard, air takungan dgn air terawat berbeza lah.

Issue Block 3 tahun permohonan syabas utk modal apa pulak?

Issue tolak negeri sembilan nak supply water apahal pulak?

hisemudinkasim.blogspot.com berkata...

Salam orang Kedah kat KL,

Saya syorkan anda membaca kupasan saya dari sudut kejuruteraan awam dan hidrologi mengenai perbekalan air dalam,"Memahami sistem perbekalan air di Lembah Kelang dan projek Langat 2 serta isu-isu berkaitan".

http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/05/memahami-sistem-perbekalan-air-di.html