Selasa, 5 Mac 2013

HOT! #IsuAirSgor Khalid Gagap Menabung Dari Kecik Untuk Beli Syabas!!


Khalid Gagap nampaknya tidak putus asa dalam usahanya nak membeli syarikat konsesi air di Selangor. Sedang Kerajaan Negeri Selangor menghadapi masalah dengan pelbagai saman daripada rakyat Selangor berkenaan dengan air percuma, Mc sangsi dengan kemampuan sumber kewangan Kerajaan Negeri Selangor ni.

Dari mana sumber mana agaknya Khalid dapat duit sebanyak itu? Mengikut maklumat, Khalid nak Kerajaan Negeri Selangor pakai duit rezab RM2.5 bilion untuk menampung kos 9.65 billion untuk beli syarikat konsesi air.

Adakah berbaloi RM2.5 billion duit rezab digunakan untuk membeli syarikat konsesi? Apakah dengan pembelian syarikat konsesi tersebut, air di Selangor akan bertambah? Dan tiada lagi masalah air yang akan dihadapi oleh rakyat Selangor?

Pelbagai persoalan telah timbul, apabila Khalid berani menawarkan wang sebanyak RM9.65 bilion untuk membeli 4 syarikat konsesi air. Selain dari duit rezab, sumber apa lagi yang Khalid ada mengumpulkan wang sebanyak itu?

Apakah Khalid meminjam dari bank? Ada ke bank yang berani beri Khalid pinjam, atau Khalid telah menabung duit tersebut sejak dari kecil lagi? Lagi satu persoalan yang timbul, Khalid hanya fokus pembelian tersebut terhadap Syabas dan Puncak Niaga, apakah Khalid yakin dua syarikat lagi akan menerima tawaran tersebut?

Dahulunya, Splash dan ABASS juga pernah menolak tawaran Khalid untuk membeli syarikat mereka. Adakah kali ini mereka bersetuju dengan tawaran Khalid?

Bagi pendapat Mc, sepatutnya Khalid boleh mengunakan wang tersebut untuk membantu Syabas dalam membaiki infrastruktur air di Selangor. Jika wang tersebut dilaburkan untuk membaiki infrastruktur air, rasanya masalah seperti paip rosak, paip reput dan pam dirumah pam yang digunakan melebih had, dapat diatasi.

Lagipun saman-saman air percuma dan ibu tunggal masih lagi tertunggak. Dah hampir empat tahun, janji belum ditunai. Bayarlah mereka dulu, sekurang-kurangnya tertunai janji PRU12 yang lalu. Ini belum masuk lagi janji-janji untuk PRU13 nanti, kalau duit tabung dah beli konsesi air, cukup ke nak tunaikan manifesto PRU13. Oh lupa lah pula, manifesto bukan janji.

Penstrukturan air di Selangor tidak dapat menyelesaikan masalah air di Selangor, malah dengan penstrukturan, tidak akan bertambah kuantiti air walaupun setitik pun, jadi mengapa perlu Khalid fokuskan sangat penstrukturan air ini?

Mungkin ini hanya helah Khalid dalam politik air di Selangor. Andaikata empat syarikat konsesi air menolak lagi tawaran Khalid, berkemungkinan besar ia akan dijadikan modal utama Khalid untuk menyalahkan syarikat konsesi air ini menjadi penyebab utama permasalahan air di Selangor.

Masa sebenar untuk menyelesaikan masalah air sudah semakin suntuk, mustahil urusan itu dapat diselesaikan dalam waktu sesingkat itu kerana sesetengah syarikat berkenaan juga merupakan syarikat senaraian awam dan perlukan kelulusan pemegang saham untuk keputusan penting.

Sudah hampir lima tahun sejak pelan penstrukturan semula air diumumkan tetapi sehingga kini kerajaan negeri masih belum mendedahkan perancangan bagaimana ia akan menyelesaikan masalah kekurangan air yang dijangka berlaku tahun depan.

Rakyat Selangor pun nak tengok juga, bagaimana penstrukturan air ini dapat membantu rakyat Selangor menghadapi masalah kekurangan air. Khalid perlu terangkan pada semua. Bukan biar rakyatnya berteka-teki dengan perancangan yang tidak pasti.

Apa yang Mc lihat, penstrukturan air ini hanyalah alasan untuk Khalid. Jika diatas kertas, mengikut manifesto Pakatan yang baru, Selangor akan kekurangan pendapatannya kelak. Tapi Khalid berani keluarkan wang sebanyak itu untuk beli syarikat konsesi.

Apakah ini satu tindakan untuk membankrupkan Selangor?

McTheory:
Makin pening nampaknya si Khalid gagap ni

Tiada ulasan: