Selasa, 5 Mac 2013

PANASS!! Bob Lokman Kata Janji Najib Sama Macam Janji Iblis?


UMAT Islam mesti faham bab ni, bahawa agama kita menganjurkan kepentingan menepati janji. Kegagalan melaksanakan janji akan memasukkan individu tersebut ke dalam golongan munafik.

Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya: Rasulullah saw bersabda "Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas" [Hadith Sahih Riwayat Muslim].

Tak mahu cakap banyak, ketetapan untuk menepati janji ini memang suatu yang dituntut agama.

Justeru, ramai orang berdengung telinga mendengar fatwa terbaru dari ustaz selebriti Pakatan Rakyat, ‘Sahibus Samahah’ Bob Lokman yang menyifatkan orang yang menepati janji ini samalah dengan Iblis menepati janji untuk menyesatkan kaum Adam!!

Walaupun kata-kata tersebut merujuk kepada program Jelajah Janji Ditepati oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tapi apa beza PM menepati janji dengan tuntutan Islam yang menyeru supaya umatnya menepati janji? Dan apa kaitan dengan Iblis?

Puas juga memikirkan, tang mana atau bahagian mana yang dikatakan Bob Lokman bahawa menepati janji ini, sama dengan Iblis? Diakhirnya, memutuskan bahawa Bob Lokman memang tidak ada asas berkata begitu, dia main ‘boh’ saja sebab dah tak ada idea macam mana nak kutuk kerajaan, terutama Perdana Menteri kerana menepati janji.

Inilah dia pembangkang. Asas nak berpolitik hampir tidak ada, yang mereka pandai hanya bagaimana nak terbitkan kebencian kepada kerajaan. Sebab itu jangan hairan kenapa acara yang dihanjurkan pembangkang, majoriti darinya berakhir dengan rusuhan!! Sebab memang puak-puak ini gemar kepada keganasan dan kacau bilau untuk mendapatkan keuntungan politik!!

Sepatutnya pembangkang laksanakan janji yang telah mereka taburi dulu. Ini tidak, dia dok attack pulak pihak yang menunaikan janji kepada rakyat dengan analogi-analogi yang tidak masuk akal seumpama ini. Nampak sangatlah tujuannya itu nak tutup kelemahan sendiri dan mengelak rakyat membuat perbandingan.

Rakyat Malaysia perlu waspada dengan perkembangan tidak sihat ini. Pembangkang nampaknya sudah semakin terdesak untuk mendapatkan undi dari rakyat. Janji dah macam-macam (terbaru Manifesto Rakyat), itupun nampaknya rakyat tidak rasa teruja juga. Jadi apa lagi yang lebih baik? Putar belitkan pemahaman agama masing-masing untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan, terutama sekali Perdana Menteri.

Itulah saja modal.

Bercakap pasal Bob Lokman ini pun, apa ilmu agama yang dia ada? Kononnya cucu Tok Kenali, tapi kita pun tahu iman mana boleh diwarisi. Ilmu agama ni kena belajar, menuntut mana ceruk, bukan harap diwarisi melalui pertalian darah, itu nak jadi bomoh bolehlah.

Nasihat, sudah-sudahlah dengan politik benci membenci macam ini, orang naik jemu dah. Mana ada orang nak ikut lagi politik macam ini, melainkan yang otaknya dah rosak teruk saja. Cari modal lainlah.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ustaz Bro Bob ang belajar kat mana ni nak terbiah orang budak bila ang'''sebab apa sekarang ni ang dok banyak cakap pasal ang dok nampak syurga saja,,,,orang islam yang berilmu mereka kata ada syurga dan neraka....sila rujuk kepada AlQuran dan Hadis sebagai panduan hidup...jangan sedap nak cakap apa nakkata bertaubatlah sebelum terlambat.....cakap banyak dan fitnah

macgiver ll berkata...

Apa punya biul la ni ustaz....mmg x leh pg...k longkang bleh la....

Tanpa Nama berkata...

Setakat cakap pompang-pompang atas pentas tu siapa pun boleh Bob ooi.! tenyeh dahi bagi hitam sikit ja..sembang bohong orang bayar. Cuba hang kena bawak keluar modal macam orang tabligh tu..tinggal anak bini semata-mata nak berdakwah baru hang mula nak spin pulak kata depa tu tak betul pulak sebab hang tak sanggup, Orang miskin kalau ada rm10 pun dah rasa besar dah..macam tu lah dengan hang yang miskin iman..tuhan baru bubuh sikit iman aja kat hati.. hang rasa hang dah cukup beriman sangat2 sampai nampak orang lain semua lekeh..hang jangan lupa kalau iblis tak bagi hang rasa riak apa lagi jalan dia nak rosakan iman hang!. Kalau hang nak rasa macam mana iman yang sebenar-benar iman hang pi lah ikut mamat tabligh tu..korban masa, korban harta baru hang akan rasa diri hang tu sebesar habuk pun tak ada, hang tengok orang kafir pun hang akan kesian, hang akan tengok orang2 islam yang tak sembahyang hang akan risau takut sekali dengan hang tak bau syurga jadi tak perlulah nak angkuh rasa diri dah cukup hebat. Kalau buat baik eloklah hang harapkan Allah memberi balasan baik jangan sekali-kali dok harap dengan makhluk. -k.k-

Ismail Mohamad berkata...

Bob lokman ni gila agaknya... Dah tak laku jadi artis... Masuk pembangkang... Hidup pun baik sikit dari peminta sedekah konon nak jadi ustaz... Kelulusan pun takde... Ilmu entah kemana....mungkin Allah telah menutup pintu hatinya melihat kedamaian dan kesejahteraan... Kalau setakat ilmu yang ada sebusuk tong sampah tak payah le cari publisiti murahan...

Tanpa Nama berkata...

Astarfirullahalazim,Bob Lokman apa yang kamu merepek ni,coba kamu fikir sekarang kamu kat mana? daripada 4 perkara yang kamu sebutkan tadi,Bila berjanji ,ditepati janji macam mana lagi yang macam janji iblis,yang kamu bercakap bohong tu macammana ?Bercakap berpandu kepada Al Quran jangan kerana sedikit nama kita menginaya orang lain,mengutuk orang lain yang berbuat kebaikan dimuka bumi Allah ini,bertaubatlah saudara ku Bob Lokman,Ins Shaa Allah, Sesungguhnya Allah penerima Taubat setiap hambanya dan janji jangan diulangi dan memohon maaflah kepada saudara yang kita anaya itu.Bersama-samalah kita menegakkan Agama islamjangan menjatuhkan saudara kita yang lain,bila kita nampak saudara kita berbuat baik berebutlah kita kearah kebaikan,sesungguhnya Allah sangat menyukai hambanya yang berebut-rebut kearah kebaikan Subhanallah maha suci Allah,kembalilah saudara ku bersamalah kita memertabatkan agama islam kita jangan kita berpecah belah gunakan kebolehan saudara untuk kebaikan.

Tanpa Nama berkata...

membenarkan pemerintah melakukan maksiat juga salah satu maksiat terbesar di sisi Allah dan Rasul.

Tanpa Nama berkata...

artis2 yg dh tk laku, nk laku blk mmg kena msuk PAS. sbb pastu dorang akan laku dn lebih laku lagi daripada yg dulu..syarat2 nya mulut kne clupar, dn ko artis..hahaha...