Selasa, 5 Mac 2013

HOT INFO! Ketua Penganas dan Penceroboh Mati di Tembak!! #Pray4Sabah




LAHAD DATU - Ketua Polis negara mengesahkan sehingga kini pasukan keselamatan masih tidak menemui mayat ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie dan pimpinan lain dalam serangan udara yang dilancarkan ATM di Kg Tanduo pagi ini.

 
Adik kepada kepala pengganas azzumudie kiram terbunuh dalam serangan pagi tadi.

Manakala Kira-kira 20 mayat pengganas Sulu setakat ini sudah ditemukan beberapa jam selepas serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh itu di Kampung Tanduo di sini awal pagi.

Operasi pembersihan masih diteruskan bagi mencari saki-baki pengganas.

Berita Terdahulu: Kampong Tanduo Bergegar... Operasi Tamatkan Penceroboh!
Laporan : Bro Jinggay

6 ulasan:

Saladin berkata...

aku binggung lagi....tv belum umum lagi jumlah kematian dipihak Sulu...

dhiya berkata...

Tahniah kepada pejuang tanah air, sama ada polis atau tentera, kerana berjaya menggulingkan beberapa kepala dari pihak musuh. Saya dan keluarga di semenanjung sentiasa mendoakan keselamatan anda di sana. Kami turut berasa risau akan keselamatan anda di sana, seolah-olah ahli keluarga kami turut berada di sana. Semoga semua yang ada di sana akan kembali dengan selamat.Bagi penduduk di Sabah, terutama yang tinggal beredekatan dengan kawasan terbabit, bersabarlah... Kami di sini senantiasa mendokan keselamatan anda... Kita ni rakyat Malaysia, rakyat sebuah negara.Kesusahan anda turut dirasai di sini. Tak kiralah kia ni bangsa apa, yang kita mahu ialah keselamatan dan kedamaian.. Ini bukan masa kita kutuk mengutuk, tetapi bersama-sama menghulurkan bantuan, motivasi dan dorongan kepada yang sedang berjuang, tanpa mengira bangsa dan agama.Saya mewakili semua masyarakat India di negara ini berdoa dan mengharapkan segalanya kembali tenang.

Tanpa Nama berkata...

ada yang mengatakan sultan sulu yang ada sekarang ni ialah sultan PALSU.sultan sulu yang ORIGINAL mana dia?.

Azim Yusof berkata...

mana ada sultan sulu yg betul... kesultanan sulu sudah tidak diiiktiraf kewujudannya secara rasmi oleh mana2 negara. pembayaran "pampasan" tahunan yg malaysia berikan bukanlah kpd kesultanan sulu, tetapi kpd waris2nya (9 waris kesemuanya). malah, kali terakhir kerajaan filipina sendiri mengiktiraf sultan sulu ialah mahakuttah kiram (1974-1986).


disebabkan tidak ada sultan sulu yg diiktiraf oleh mana2 negara, maka mudahlah utk pelbagai orang tampil mengaku sultan yg baru berdasarkan itu dan ini. Malah, rakyat malaysia dan pengerusi pekida sabah, dato akjan ali mohd pun pernah "ditabalkan" jadi sultan sulu baru2 nie atas nama sultan shariful-hashim II. pada satu peringkat, pernah dikatakan ada sampai 32 orang yg mengaku jadi sultan sulu pada masa yg sama. Antaranya:

jamalul kiram III- yg sekarang ni dok hantar tenteranya masuk sabah. saudara kpd mahakkutah kiram. pada masa sama kerajaan filipina mengiktiraf mahakkutah kiram sebagai sultan sulu yg sah, bapa dia punjungan kiram juga mengaku diri sebagai sultan sulu. jamalul kiram III kemudiannya meneruskan tradisi dan menamakan dirinya sultan yg baru selepas kematian mahakkutah kiram. yg menariknya, adik jamlul kiram III, ismail kiram II juga kini telah ditabalkan sebagai sultan sulu jugak. pernah masuk politik jap bila pada pilihanraya 2007, dia bertanding utk jawatan senator bawah team arroyo. masa tu, dia bukan saja diperkenalkan oleh team arroyo sebagai sultan sulu, tetapi juga sebagai sultan brunei.

sultan kudhar rodinood - baru2 ni datang balik isu exco pemuda umno lokman noor adam yg pernah menjadi "penasihat diraja" kpd rodinood pada 2005. aku ingat lagi, masa tu rodinood mintak US$20billion dari kerajaan malaysia sebagai pampasan utk sabah.

sultan muedzul-lail tan kiram - kalau ikut darah, muedzul-lail tan kiram merupakan anak sulung mahakkuttah kiram, sultan sulu terakhir yg diiktiraf kerajaan filipina.

sultan Fuad Abdullah Kiram I - ditabalkan bukan sahaja sebagai sultan sulu, tetapi juga sebagai sultan sabah.

banyak lagi sultan2 sulu yg ada, ibrahim pulalon, dato udah, aliuddin haddis pabila, dato ladjamura, dll. semuanya mengeluarkan bukti masing2....

Tanpa Nama berkata...

Tak paya umum bro semua mampus da.

Tanpa Nama berkata...

Selamat berjuang selamat kembali,Allah selamatkan kamu ATM dan PDRM yang telah bergadai nyawa menjaga kedaulatan Malaysia,Allahu Akbar Setiap lagkah mu kami rakyat malaysia berdoa untuk keselamatan mu,semangat setiap rakyat malaysia akan sentiasa menemanimu wahai wira-wira negara,Ya Allah Selamatkan semua wira-wira kami,rakyat malaysia kembalikan keamaanan Negara kami yang berdaulat, amin ya Rabbulalamin.