Selasa, 5 Mac 2013

HOT INFO! Video Serangan Jet Keatas Penganas di Lahad Datu! #Pray4Sabah



Mc mengucapkan tahniah kepada anggota keselamatan yang melakukan operasi 'Daulat' secara besar-besaran bermula dari pagi tadi.

Ternyata, semangat anggota polis dan tentera yang menyertai 'Ops Daulat' untuk menghapuskan pengganas asing bersenjata dari Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah terus membara berkat sokongan dan dorongan kuat seluruh rakyat Malaysia, demikian diumumkan hari ini.

Ismail berkata, anak buahnya mendapat semangat daripada sokongan yang dipamerkan orang ramai terhadap usaha mereka memburu pengganas berkenaan.

Polis masih menjalankan operasi susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu kerana percaya masih ada musuh di kawasan seluas empat kilometer persegi itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata tindakan susulan selepas serangan ofensif terhadap kumpulan pengganas itu dijalankan secara berhati-hati bagi memastikan keselamatan anggota polis dan tentera.

"Saya tidak mahu melihat anggota pasukan keselamatan menjadi mangsa," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Perjuangan masih belum selesai, harap berwaspada.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam, kita semangat tnpa berbelah bagi..
Tapi puak pembangkang tkhabis2 semangat memfitnah Krjn, PDRM.

Tadi kt masjd ostad PAS lngsng xsentuh pasal ni kot nk pesanan msa kuliah Mgrib td utk doa ata solat Hajat.. txdk kesah, buat bodo anggp hal ni bkn masalah depa. yg tkhnti ialah selit sindir krjn..sedih dn sgt muluat aku pd PAS!!
Insya Allah moga pertolongan Alla SWT at paskan keselamatan negara..

Tanpa Nama berkata...

Salam...ini rasanya bukan video kat lahad datu.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa ko tak ingatkan?