Rabu, 6 Mac 2013

HOT INFO! Apa yang perlu Kita Tahu Dalam Operasi 'DAULAT' Hari Ini!! #Pray4Sabah

Berikut merupakan susulan perkara yang berlaku selepas pelancaran serangan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.

1. Pasukan keselamatan telah melancarkan operasi menggempur penceroboh dari Filipina yang berkubu di Kampung Tanduo mulai pukul 7 pagi tadi.

2. Letupan bom telah kedengaran di Kampung Tanduo sekitar 7 pagi.

3. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pelancaran serangan di Kampung Tanduo oleh pasukan keselamatan. Najib berkata tindakan itu wajar bagi menjaga maruah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat.

4. Pelancaran serangan oleh pasukan keselamatan Malaysia ke atas penceroboh kumpulan bersenjata diKampung Tanduo, Lahad Datuseawal tujuh pagi hari ini mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial Twitter.

5. Pihak keselamatan memperketatkan kawalan keselamatan di zon merah susulan serangan ofensifyang dilancar ke atas penceroboh bersenjata di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo.

6. Keadaan di Hospital Lahad Datu tenang dan aktiviti harian berjalan seperti biasa namun beberapa anggota tentera dan polis kelihatan berkawal di sekitar kawasan hospital terutamanya dekat pintu kecemasan.

7. Polis Filipina menyekat hampir 70 pengikut waris Kesultanan Sulu daripada meninggalkan Mindanao untuk menyertai kumpulan penceroboh yang digempur oleh pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu hari ini.

8. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini menyatakan kumpulan pengganas Sulu akan didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh.

9. Pasukan keselamatan Malaysia menjalan operasi pembersihan bagi mengesan saki-baki penceroboh Sulu di Kampung Tanduo, dekat Lahad Datu.

10. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis masih menjalankan operasi susulan menggeledah Kampung Tanduo dekat Lahad Datu dan proses itu dijalankan dengan hati-hati demi memastikan keselamatan anggota keselamatan yang terlibat.

Ya Allah lindungilah para perjuang kami di bumi Lahad Datu
Amin ya rabb...


Sumber dari Bro Jinggay

Tiada ulasan: