Selasa, 30 April 2013

HOT! #IsuAirSgor: Lagi Projek Korek Khalid Untuk Nafikan #Langat2!!


Sah la Khalid Gagap MB Selangor paling buruk ni ada masalah mental. Kalau dulu dia sibuk dengan penstrukturan air. Kali ni selepas 5 tahun Khalid menjadi MB Selangor, baru dia nak akui, Selangor mengalami masalah kekurangan air jika tidak ada tindakan drastik untuk menambah kuantiti air.

Cuma cadangannya kali ni agak pelik. Datang dengan idea baru yang entah apa-apa entah. Khalid mahu korek kolam takungan dan sungai, untuk menampung lebih banyak air bila hujan kelak. Apa benda tu?

Khalid ni biar betul? Apakah logik bila kita korek lubang banyak-banyak, ia akan menjadi tempat simpanan air untuk kita guna kelak? Air tu datang dari mana? Hujan? Kalau kemarau nanti, lubang yang kita korek tu nak isi apa? Tanam Khalid dalam tu boleh?

Khalid ni cakap tak guna otak, rakyat Selangor perlukan air bersih untuk kegunaan, bukan air lopak, sungai atau kolam. Bila kita tanya macam mana nak bersihkan air yang disimpan dalam korekan tu. Khalid jawab, dia akan gunakan loji lama untuk salurkan air dari korekan tu.

Apa Khalid ni berfikir dulu ke sebelum cakap? Loji lama untuk proses tambahan air? Loji lama tu sekarang ni dah bekerja lebih 'muatan' dah pun. Kalau ditambah lagi bebannya, ia akan bekerja 24jam sehari 7 hari seminggu. Kemungkinan akan cepat rosak tu tinggi, bila rosak nanti. Khalid akan tuduh Syabas pula tak buat kerja.

Dari dulu lagi Khalid bermain dengan cadangan-cadangan yang tak masuk akal. Kalau dulu dia pernah nak buat sistem membran teknologi, kemudian nak buka loji lama yang dah tercemar, lepas tu nak kutip air dari lombong, lopak dan segala air di Selangor, kali ni terbaru dia nak korek kolam dan tadah air hujan.

Dari semua cadangannya tu, termasuklah penstrukturan air. Tidak ada satu pun tak pernah diuji atau dilaksanakannya. Semuanya hanya cakap-cakap dan cakap saja. Setiap kali media tanya pasal air Selangor, maka muncul lah cadangan baru dari mulut Khalid.

Kalau 10 kali tanya, Khalid akan bagi 10 kali cadangan yang berbeza. Jangan terkejut, kalau nanti Khalid minta semua rakyat Selangor beli tangki besar letak atas bumbung rumah untuk tadah air hujan. Bagi kurangkan kegunaan air dari loji. Itu mungkin cadangannya dalam list penafian Langat 2.

Bila politik dah menjadi fokus utama, bukannya lagi rakyat. Maka ia akan menafikan apa saja kebaikan yang dibawa oleh Kerajaan Pusat. Khalid sebenarnya tak perlu pening kepala untuk bersilat setiap kali berjumpa dengan media. Khalid hanya perlu akui, Langat 2 tu sebenarnya sangat berguna dan menambah bekalan air di Selangor.

Malah Khalid akan menyokong dan memberi kebenaran pada Kerajaan Pusat untuk teruskan Loji Langat 2 dan memberi kerjasama penuh.

Itu saja sebenarnya, tapi demi politik, Khalid mengugut untuk laksanakan pensturukturan air dulu, kemudian barulah dia akan benarkan Langat 2 dibina di Selangor. Walaupun pada hakikatnya, Khalid tahu, Selangor akan mengalami masalah air yang serius jika Langat 2 tidak dibina secepat mungkin.

Jika kita gabungkan semua cadangan Khalid untuk nafikan Langat 2. Mc percaya, semua proses tu takkan dapat menghasilkan bekalan air simpanan bersih yang setanding dengan Langat 2. Malah kos pula akan meningkat berbelas kali ganda dari Langat 2.

Untuk sedarkan Khalid supaya sokong Langat 2, rasanya dah terlewat. Apa kata rakyat Selangor yang sokong bekalan air bersih di tambah, sokong Langat 2, tukar Kerajaan Negeri Selangor sekarang, pada yang baru? Insyallah kerajaan BN Selangor yang baru akan laksanakan loji Langat 2 dengan secepat mungkin untuk tampung masalah kekurangan air di Selangor sekarang ni.

Sampai bila rakyat Selangor nak angkut air? Dan dengar Khalid membebel yang bukan-bukan. Masa untuk berubah, selamatkan masa depan diri anda, anak-anak anda dan Selamatkan Negeri Selangor dari terus rebah di bawah kaki Pakatan Haram.

McTheory:
Inikalilah, Selangor BN punya!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dengar khabar kerajaan negeri selangor dapat mengumpul duit hasil negeri berjumlah 2 billion lebih.nak buat apa simpan duit tu.duit itukan duit RAKYAT SELANGOR.jadi gunakanlah untuk MENYELESAIKAN MASAALAH AIR negeri itu.untuk kemudahan rakyat selangor jugak.janganlah dibanggakan sangat dapat simpan duit sebanyak tu kepada semua orang yang kononnya kerajaan negeri pandai dan cekap mengumpul duit.kalau macam ni jawabnya selepas PRU13 ni nanti rakyat selangor minum air kencing tadahan pulak.lepas tu nanti mereka salahkan kerajaan pusat[UMNO].jangan marah ya,nanti kena jual.