Selasa, 15 Januari 2013

HOT! #IsuAirSgor: Sedang Khalid Madah Berhelah, Kerajaan Persekutuan Selamatkan Rakyat Selangor!!


Dalam awal tahun ini Lembah Kelang sering diganggu bekalan air yang kerap terputus. Puncanya, akibat kekurangan bekalan air terawat sehinggalah masalah pam air yang rosak di rumah pam kawasan tertentu.

Disebabkan itu, SYABAS telah mengambil pelbagai pendekatan untuk membantu mengurangkan beban penduduk dari masalah air yang berlaku. Walaupun kewangan SYABAS agak terhad kerana sekatan dari Kerajaan Negeri Selangor, namun kerja menyelamat segalanya berjalan lancar.

Bagi kawasan yang terganggu bekalannya, SYABAS menghantar lori tangki bagi meringankan beban penguna di Selangor. Tidak cukup dengan itu, SYABAS meminta bantuan dari syarikat air negeri jiran supaya membantu mereka untuk menangani masalah air.

Dalam SYABAS cuba mengawal dan menyelesaikan masalah air yang berlaku. Kerajaan Negeri Selangor masih lagi berdolak dalih tentang tanggung jawabnya membantu SYABAS menguruskan air di Selangor.

Bagi Kerajaan Negeri Selangor, 30% pegangan saham dalam SYABAS itu tidak bermakna bagi mereka. Malah mereka memberitahu media, bahawa mereka langsung tidak dibenarkan memainkan peranan dalam operasi SYABAS.

Hal ini dibawa oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) melalui Presidennya Suhaimi Kamaralzaman.

Kalau macam tu, dua ahli lembaga pengarah kerajaan negeri dalam SYABAS tu makan gaji buta saja la? Sebab apa pun tak boleh buat, apa perlunya dua orang tu dok kat dalam SYABAS?

Disebabkan itu, Kerajaan Persekutuan yang lebih banyak membantu SYABAS dalam mengatasi masalah air di Selangor. Dalam Kerajaan Negeri yang banyak berdolak dalih dengan pelbagai alasan, Kerajaan Persekutuan pula muncul tawar diri untuk menyelesaikan masalah rakyat ini.

Disitu kita dah nampak di mana kepentingan antara kedua-dua Kerajaan ini. Kerajaan Negeri Selangor, rakyat bukan kepentingannya, berbeza dengan Persekutuan yang sanggup turun membantu demi menyelamatkan kepentingan rakyat.

Kerajaan Persekutuan membuat plan mitigasi dan melaksanakannya melalui SYABAS telah membuat paip pintasan untuk menyalurkan air tambahan kepada kawasan yang terjejas. Pada mulanya kerja pemasangan paip pintasan itu dijangka siap pada 14hb, tapi ianya siap lebih awal kerana atas usaha semua pihak.

Pemasangan paip pintasan ini akan dapat menyalurkan bekalan air sebanyak 30 juta liter sehari (JLH) ke kawasan-kawasan yang terjejas. Ternyata pemasangan paip pintasan ini menyelesaikan banyak masalah gangguan air.

Berdasarkan pemantauan yang dilaksanakan secara berterusan oleh SPAN, bekalan air di kawasan-kawasan yang terlibat telah hampir pulih, dan ada yang pulih sepenuhnya.

Kawasan-kawasan di Gombak telah mendapat bekalan air sepenuhnya, manakala bekalan air bagi 85% daripada kawasan-kawasan di Kuala Lumpur telah dapat dipulihkan, dan hari ni semuanya selesai 100%.

Kenapa boleh ada gangguan air? Kerana ada pihak yang sepatutnya buat pantauan tidak melakukan kerja dengan betul. Khalid pernah memuji LUAS kerana pandai membuat kerja memantau air di Selangor. Betul ke pandai?

Mc masih ingat, laporan LUAS yang mengatakan air di Lembah Kelang dan Selangor cukup dan tidak ada masalah. Kalau tidak ada masalah, kenapa air di Cheras boleh kurang? Malah di Wangsa Maju rumah pam boleh rosak dan digunakan overload?

Kalau laporan LUAS benar dan tepat, sudah tentu LUAS sudah lama mengenal pasti apa masalah yang akan terjadi di Wangsa Maju dan kawasan-kawasan yang lain. Sebab dalam laporan LUAS dulu, semua kawasan tidak ada masalah air dan bekalan air dalam keadaan yang mencukupi.

Sebenarnya, kalau semua pihak memainkan peranan dan bekerjasama. Mc percaya masalah air di Selangor dapat diselesaikan dengan mudah. Kerjasama diantara SYABAS dan Kerajaan Negeri Selangor tersangatlah perlu, kerana jika kedua-duanya tidak mainkan peranan, sudah tentu akan ada masalah yang berlaku.

Begitu juga dengan Kerajaan Persekutuan yang sentiasa mengambil berat dan menyediakan pelan air untuk jangkamasa panjang. Semua kerajaan bekerja untuk rakyat, kerana rakyat yang memilih kerajaan.

Jadi Kerajaan Negeri Selangor perlu mempertimbangkan segala cadangan dari Kerajaan Persekutuan dalam kerja penambahbaikan air di Selangor. Ketepikan perbezaan politik, bersatu demi menyelamatkan kepentingan rakyat di Selangor.

Projek Langat 2 adalah satu pelan masa depan untuk menyelamatkan Selangor dan Lembah Kelang dari menghadapi masalah air. Jadi projek tersebut amat perlu dan tidak boleh dibuat main-main.

Jika tidak, masalah gangguan air akan berulang kembali. Kali ni gangguan air hanya dibeberapa tempat, tapi jika Langat 2 tidak dilaksanakan, Mc percaya bekalan air akan terjejas di seluruh Selangor dan Lembah Kelang.

Takkan kita nak tunggu bekalan air terjejas baru nak selesaikan masalah? Kalau dah sampai macam tu, rasanya dah terlambat kot. Kalau SYABAS dan Kerajaan Persekutuan tak dapat memaksa Kerajaan Negeri Selangor meluluskan projek Langat 2, Mc harap rakyat Selangor perlu bangkit memberi kesedaran pada kerajaan Khalid gagap ni.

Kadang-kadang kita kena kejutkan Kerajaan Negeri yang tengah sedap tidur tu, dengan tindakan agresif yang mengejutkan. Bukannya apa, demi masa depan kita juga. he he..


McTheory:
Khalid asyik goyang telor je, apa kata kita bagi dia lompat sesekali!

Tiada ulasan: