Selasa, 15 Januari 2013

HOT! Anwar Ibrahim Cuba Menakutkan Rakyat Malaysia Dengan Hantu #Lynas!


Sesungguhnya Mc tak faham dengan perjuangan Anwar Ibrahim dalam membantah Lynas, kilang nadir bumi di Gebeng, Kuantan tu. Apa sebenarnya yang Anwar Ibrahim perjuangkan? Atau dia sengaja mencari alasan untuk kempen PRU ke 13 ni?

Apa lagi yang tak kena dengan Kilang Lynas?

Anwar memberi kenyataan mengenai Lynas semasa himpunan KL112 baru-baru ini,

"Business cannot outweigh environmental safety, which is why protecting the safety of the people of Kuantan cannot be an afterthought. KL112 says 'No' to Lynas,"

Anwar tidak pernah menyatakan, apa sebenarnya yang membahayakan pada Kilang Lynas ni? Betul ke Kilang Lynas ni membahayakan penduduk Kuantan dan sekitarnya? Atau, kenyataan Anwar itu lebih bersifat politik dari realiti yang sebenarnya?

Mc dah ikuti kenyataan Anwar pasal Lynas dari himpunan hijau hinggalah himpunan KL112. Tetapi tiada satu pun bukti yang Anwar kemukakan pada rakyat ataupun media mengenai Kilang Lynas itu benar-benar bahayakan rakyat Kuantan.

Apa yang Pakatan Haram kemukakan pada rakyat hanyalah sampah parody ataupun fitnah yang gagal langsung meyakinkan kita mempercayai Lynas itu bahaya!!

Mc pernah tengok video parody Fuziah Salleh MP Kuantan yang mempersendakan Lynas, kononnya bila Kilang Lynas siap dan beroperasi, hidupan disekelilingnya akan menimpa nasib seperti mana haiwan dalam video terbabit.

(Video Fuziah akan Mc sertakan sekali)

Jika benar, Lynas berbahaya, kenapa tidak sertakan bukti dan bahaya yang dihadapi oleh penduduk disekeliling Kilang tersebut? Kenapa hanya bercakap dan keluarkan benda yang tidak munasabah saja?

Jika benar bahaya, sudah tentu IAEA (International Atomic Energy Agency) sudah mengeluarkan arahan untuk menghentikan pembinaan kilang tu. Kerana Kerajaan Malaysia pernah menjemput IAEA untuk menguji tahap keselamatan Kilang Lynas.

Ternyata, Kilang Lynas tidak membahayakan penduduk sekitarnya, apatah lagi penduduk Kuantan. Malah IAEA bersetuju mengiktiraf Lynas boleh menjadi contoh dan menyumbang kepada perkongsian pengalaman di peringkat antarabangsa.


Kalau IAEA pun bersetuju malah iktiraf Lynas tidak berbahaya. Apa perlu kita percayakan Anwar Ibrahim si Graduan Bahasa Melayu UM tu?

Sebab tu la Mc kata, puak sana tu hanya tahu bercakap dan tapi isinya, habuk pun tarak! Apa yang mereka tahu, hanya fitnah dan reka cerita.


McTheory:
Hanya orang bodoh saja yang percayakan puak Pakatan Haram ni..

2 ulasan:

McTheory berkata...

terima kasih bro.. ok akan dipautkan..

Tanpa Nama berkata...

Anwar kalau tak mengada-adakan cerita karut apa lagi cara yang dia nak memenangi hati rakyat. Nak cerita kejayaan dia dalam bidang ekonomi Selangor dah k.o kan dia, Nak cakap pasal moral..dia sendiri haru biru, mau tak mau dia kena juga jadi pembohong sepanjang hajat la gamaknya. dia nak bersara..ilmu temberang Nurul Izah belum khatam lagi...nampaknya kita terpaksalah tahan gatal telinga dua tiga tahun lagi.