Jumaat, 3 Mei 2013

HOT INFO! #IsuAirSgor Khalid Gagap Umpama Mat Jenin Jahat Zaman Moden!


Sekali pandang, watak Khalid Gagap si Menteri Besar Selangor paling teruk dalam sejarah Selangor ni, umpama watak Mat Jenin yang suka berangan.

Kalau dulu watak Mat Jenin yang kita pernah kita baca masa kecik-kecik dulu, seorang pemuda kampung yang miskin. Tetapi kali ni, watak Mat Jenin zaman moden dipegang oleh seorang manusia korporat berjawatan Menteri Besar Selangor.

Sudah tentu, 'damage' Mat Jenin zaman moden ni lebih besar berbanding Mat Jenin zaman dulu yang hanya mencederakan dirinya sendiri apabila jatuh dari pokok. Sebab Mat Jenin versi moden ni mempunyai jawatan dan mentadbir sebuah negeri.

Cuba bayangkan, selama 5 tahun Khalid memerintah Selangor, dengan penuh angan-angan dan kealpaan yang amat sangat. Sehingga membuatkan rakyat Selangor hidup dengan penuh derita dan sengsara.

Mana taknya, Khalid dan Kerajaan Selangor dibawah pemerintahnya, hanya menyelesaikan masalah berdasarkan teori dan bukan praktikal. Bila seseorang hanya menyelesaikan masalah secara teori, maka masalah itu takkan selesai sampai bila-bila pun.

Nak selesai macam mana, kalau hanya asyik bercakap. Dari satu alasan ke alasan yang lain. Dari satu penyelesaian, ke penyelesaian yang lain. Tapi perlaksanaan langsung tak pernah dilakukan. Sama juga macam manifesto Selangor yang hanya untuk tatapan dan sedapkan mata, bila jadi Kerajaan, ia hanya angan-angan dan mimpi yang tak sudah.

Selama 5 tahun Khalid memerintah penuh dengan angan-angan, mula dulu, nak buat penstrukturan air, lepas tu berangan pula nak buat sistem teknologi membran, lepas tu berangan pula nak buka loji lama, tak selesai dengan tu, dia berangan lagi untuk korek kolam tambahan untuk tadah air.

Semua yang Khalid cadangkan tu, semuanya hanya berangan saja. Bercakap dan berangan tanpa kajian dan perlaksanaan. Samalah macam Mat Jenin yang berangan untuk lakukan sesuatu, tapi akhirnya haram apa pun tak buat!

Tapi tak semua perkara Khalid tak buat, ada juga yang dia buat. Perkara yang dia buat, semuanya hanya untuk diri dan kroninya saja. Macam penjualan tanah di Cyberjaya, Kota Kemuning dan Puchong, tanah dijual dengan harga RM22 sekaki berbanding harga sebenar RM100.

Malah Khalid menjual tanah tersebut kepada pada waktu dia tak berkuasa lagi, penjualan tanah dibuat pada 15 April manakala Dewan Undangan Negeri Selangor telah dibubarkan pada 4 April. Apa relevannya Khalid menjual tanah tergesa-gesa dengan harga yang rendah?

Apa kepentingan Khalid menjual tanah tu? Untuk mengaut dulu hasil di negeri Selangor sehabis mungkin, sebelum dia ditolak dalam PRU 13 ni?

Penjualan tanah tu melibatkan urus niaga kerajaan negeri anak syarikat Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB) dan Dijaya Corporation Bhd. Jualan itu telah disahkan oleh PNSB Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ahmad Omar. Walaupun Khalid sendiri menafikan Kerajaan Negeri Selangor menjual tanah tersebut.

Aik, dah jual pun masih nak menafikan? Kenapa? Nak tipu rakyat Selangor lagi ke? Sebab tu Mc kata, bukan semua perkara Khalid 'fikir' dan tak lakukan. Bab 'jahat' dan menyusahkan rakyat, Khalid cepat bertindak. Kalau bab nak jaga rakyat, 5 tahun pun masalah air tak selesai-selesai lagi!

Sekarang ni, Khalid merayu kepada rakyat Selangor untuk pilih dia sekali lagi menjadi Kerajaan Negeri Selangor. Dengan 'track record' yang hancur, dan hanya banyak teori dari perlaksanaan, Mc tak rasa Khalid dan Pakatan di Selangor harus diberi peluang kedua.

Sebabnya, kalau mereka terus memerintah, negeri Selangor akan terus 'terkebelakang' dan tidak berada dilandasan yang betul. Contoh terbaik, selama 5 tahun Pakatan memerintah Selangor, apa yang mereka buat, selain dari menjual tanah dan jual aset kerajaan negeri?

Masalah air pun diselesaikan oleh Kerajaan Pusat. Kalau nak harap Kerajaan Negeri Selangor selesaikan, rakyat Selangor rasanya mati kekeringan tanpa air. Sebab itulah, rakyat Selangor perlu elakkan negeri Selangor dari terus di'henti'kan kali ini. Kalau mereka terus memerintah Selangor, Mc rasa Selangor akan jadi negeri yang termundur pulak selepas Kelantan.

Kat bawah ni ada satu video khas untuk Air Selangor!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.