Khamis, 25 Oktober 2012

HOT! #Air Selangor: Untuk Khalid Gagap, Biar Hodoh, Jangan Bodoh!


Kesian rakyat Selangor mempunyai Menteri Besar yang mental macam si Khalid Gagap ni. Apa la dosa rakyat Selangor sampai Khalid berterus-terusan berdolak dalih untuk membuat projek Langat 2.

Khalid kata TPM Muhyiddin Yasin tak faham sistem membran yang Khalid cuba import dari Kanada tu. Khalid Gagap kata lagi sistem tu lebih jimat berbanding projek Langat 2 yang dicadangkan oleh Kerajaan Pusat untuk negeri Selangor.

Tapi apa yang Mc tak faham, kenapa Khalid sanggup keluarkan wang rakyat Selangor untuk sebuah sistem yang hanya menampung keperluan air dalam jangkamasa pendek, dari membuat sebuah loji, walaupun bajetnya besar, tetapi ianya untuk jangkamasa panjang.

Tahukah Khalid teknologi membran air yang beliau katakan itu sudah lama dipraktikkan di Malaysia? Malah seorang Profesor di UTM menguasai dalam bidang tersebut.

Tahukah Khalid bahawa, sebelum Kerajaan Pusat mahu membina Loji Air Langat 2 untuk kawasan Lembah Kelang, lebih-lebih lagi untuk negeri Selangor, Kerajaan Pusat telah pun mengkaji pelbagai sistem teknologi air bagi menampung kekurangan air pada masa akan datang.

Namun setelah ditimbang tara dari pelbagai aspek dan kewangan, barulah keputusan terakhir untuk membuat Loji air Langat 2. Bukan seorang yang buat keputusan, tetapi ramai!

Jika Kerajaan Pusat pun tak berani nak buat sistem membran yang dikatakan mempunyai pembelanjaan yang besar. Bagaimana pula Khalid Gagap berani untuk melaksanakan sistem tersebut di Selangor? Apakah Khalid di tipu oleh seseorang?

Mc difahamkan, teknologi membran dari Kanada itu, diperkenalkan oleh seseorang individu penting dalam PKR. Individu tersebutlah yang saban hari mempromosikan sistem membran kepada Khalid sehingga Khalid mempercayai sistem membran sesuai digunakan di Selangor.

Apakah Khalid juga ditawarkan ganjaran yang hebat jika sistem membran diguna pakai? Mungkin juga, jika tidak takkanlah Khalid bersungguh-sungguh mempertahankan sistem 'membran'nya tu.

Mc tak nafikan sistem membran bagus, dan banyak diguna pakai oleh negara-negara Timur Tengah, mereka terpaksa memproses air laut untuk dijadikan air bersih kerana kurangnya ataupun tiada sumber air mentah.

Negara-negara tersebut, sanggup habiskan billion-billion ringgit untuk mendapat air bersih, kerana negara mereka takdak air. Mereka memproses air laut, air sisa dan air-air lain untuk jadikan air bersih.

Seorang Timbalan Perdana Menteri takkan bersuara dan menolak sesuatu tanpa sebab yang kukuh. Tentu beliau telah mengkaji dan beliau dihidangkan dengan pelbagai informasi mengenai sistem tersebut.

Jadi siapa sebenarnya yang terpedaya dan bodoh dalam timbang tara ini? Khalid ke TPM? Sudah tentulah Khalid, yang mahu mengeluarkan belanja besar untuk projek jangkamasa pendek.

Sedangkan beliau mempunyai pilihan untuk membuat projek Langat 2, projek jangkamasa panjang tanpa perlu memikirkan lagi masalah air selepas ini.

Khalid oii Khalid, kata orang 'dont' judge a book by its cover' tetapi Khalid ni serabut dan hodohnya kat luar, sama juga serabut dan hodohnya kat dalam.

Kata orang biar bodoh, jangan sombong!

Tiada ulasan: