Selasa, 23 Oktober 2012

HOT!! #AirSelangor: Wahai Khalid Gagap, tak dengar Suara Rakyat, kah?


Mc ada terbaca berita kenyataan Khalid Gagap mengenai masalah air di Selangor dan penyusutan air di empangan utama. Kata Khalid semua itu hanyalah tohmahan dan kenyataan yang mengelirukan dari pembangkang Selangor iaitu UMNO/BN Selangor.

Khalid menganggap selama ini, hanya pemimpin UMNO/BN Selangor yang sibuk, bising dan bersuara pasal air ni, tetapi rakyat Selangor tak kisah. Tak kisah dalam erti kata, kononnya rakyat Selangor yakin dengan pentadbiran beliau dan masalah air takkan timbul kerana semua itu hanya isu yang dipolitikkan.

Mungkin itu yang difikirkan oleh Khalid dan beliau mahu rakyat Selangor pun turut berfikir macam mana beliau berfikir.

Sedangkan, pada hakikatnya, isu air Selangor ni, bukan suara dari pemimpin UMNO/BN Selangor, bukan dari suara dari pegawai pemerintah Kerajaan Pusat, tetapi suara dari rakyat akar umbi yang risau melihat empangan utama mereka yang semakin susut.

Mc rasa Khalid tak baca surat khabar kot, bagaimana rakyat Selangor mula bersuara mengenai kebimbangan mereka mengenai masalah air di empangan yang semakin surut.

Rasanya masih ramai lagi rakyat Selangor yang terkenang pada tahun 1997 dulu, negeri Selangor mengalami masalah air yang paling teruk, sehingga terpaksa membuat catuan berperingkat dan membekalkan air melalui lori tangki untuk membawa air.

Atas sebab dari pengalaman tersebutlah ramai rakyat Selangor yang mula bangkit untuk bersuara dan menekan kerajaan Negeri supaya memberi persetujuan membina loji air Langat 2.

Mc memberi contoh seorang penduduk yang ditemui, Ibrahim Manap, 51, berkata, tidak ramai rakyat yang tahu dan memahami krisis air yang melanda negeri Selangor.

Dengan itu, dia berharap agar kerajaan negeri sentiasa peka dengan masalah kekurangan air yang membolehkan kejadian krisis air pada tahun 1997 tidak berulang lagi.

“Krisis air yang melanda sekarang ini berada dalam keadaan teruk dan kritikal. Jadi, tak ramai orang yang tahu.

Janganlah air, benda hidup dibuat main-main.

“Masalah air memang akan timbul setiap hari. Akan ada sahaja cerita isu air di sana sini. Tapi, janganlah diputar belitkan soal masalah air,” kata Ibrahim.

Itu baru satu contoh suara rakyat yang Mc berikan, itu diantara yang berani bersuara. Takkan nak tunggu rakyat Selangor berdemontrasi besar-besaran baru Kerajaan Negeri nak gelabah kot?

Malah, FOMCA pun mahu masalah air perlu diberi perhatian dan diutamakan. Jangan sampai, masalah keperluan rakyat menjadi masalah politik, kerana ia akan menyusahkan seluruh rakyat Selangor.

Pengarah Komunikasinya, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, jangan hanya kerana mempunyai perbezaan pendekatan dan ideologi, rakyat yang terpaksa menanggung akibatnya.

Menurut Yusof, isu seperti ini harus dipercepatkan penyelesaiannya kerana kegagalan berbuat demikian tidak akan menguntungkan sesiapa.

“Sampai bila kerajaan negeri Selangor mahu berteka-teki mengenai persetujuan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2)?

“Isu ini penting kerana kekurangan air boleh berlaku pada bila-bila masa.

Tetapi Mc paling menarik mengenai komen seorang Pengerusi JKKKP,

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kuala Kubu Bharu, Mohamad Rafdzi Razali, 58, berkata walaupun bekalan air daripada empangan itu tidak disalurkan kepada penduduk setempat, mereka tetap bimbang perkara lebih buruk berlaku termasuk bekalan air bersih akan terganggu.

"Kami mahu Kerajaan Pusat membantu menyelesaikan perkara ini selepas kerajaan negeri dilihat tidak mampu menyelesaikan masalah ditanggung rakyat dari semasa ke semasa," katanya.

Menurutnya, penduduk Hulu Selangor amat bersetuju agar Kerajaan Pusat menyelesaikan isu pembinaan loji rawatan air Empangan Langat 2 yang diperkatakan ketika ini.

Bagi Pengerusi JKKKP Pekan Kuala Kubu Bharu, Md Yusof@Mustapha Kamaruddin, 66, berkata penduduk daerah itu berharap masalah ini tidak berlarutan lebih lama.

"Kami amat prihatin masalah pengguna air di Selangor dan akan menyukarkan pelbagai pihak," katanya lagi.

Apakah mereka ini pemimpin UMNO/BN Selangor? Atau mereka ini mewakili rakyat Selangor yang berani tampil untuk bersuara menyatakan hasrat hati mereka.
Siapa tak risau apabila melihat air di empangan semakin surut, kurang separuh dari kuantiti asal, walaupun dalam sehari-dua ini hujan turun.

Jika keadaan ini berterusan, belum pun sampai 2014, Selangor akan mengalami masalah air yang teruk nanti.

Kenapa Khalid Gagap perlu memperjudikan nasib rakyat? Salahkah membuat Loji Air Langat 2 untuk persediaan pada masa akan datang?

Selangor negeri kaya, pendapatan dan ekonomi berkembang pesat. Memang sepatutnya Selangor mempunyai perancangan yang hebat untuk menampung apa saja yang berlaku pada masa hadapan.

Loji air Langat 2 sepatutnya dimasukkan dalam perancangan Kerajaan Negeri, dan pembinaannya pula sepatutnya bermula sekarang. Kerana semakin lama dibiarkan, risiko Selangor mengalami krisis air akan terbuka luas.

Khalid Gagap perlu bersikap terbuka dalam hal yang berkaitan dengan rakyat. Masalah air ialah masalah keperluan, bukan masalah politik. Khalid yang menganggap pembinaan Loji air Langat 2 ni sebagai permainan politik Kerajaan Pusat seharusnya bertenang dan membuka mindanya supaya boleh berfikir dengan waras.

Jika benar Kerajaan Pusat mahu menjadi hero dalam isu air dimata rakyat Selangor, sepatutnya dah lama Kerajaan Pusat membina Loji air Langat 2 tanpa persetujuan Kerajaan Negeri. Tetapi demi menghormati Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan berusaha berbincang dan memujuk supaya Kerajaan Negeri bekerjasama.

Namun jika perbincangan gagal dan terpaksa, Kerajaan Pusat lebih pentingkan nasib rakyat Selangor yang akan menderita jika masalah air di Selangor timbul.

Susah benar nak pujuk si Khalid Gagap ni, apa masalah beliau sebenarnya? Tidak peka? Buat bodoh atau beliau memang bodoh? Atau beliau hanya boneka yang mendengar arahan dari orang lain? Segalanya mungkin!

Kan lebih senang jika Kerajaan Negeri Selangor ini UMNO/BN yang pegang. Takkan ada kisah dramatik isu air Selangor sampai ketahap ini. Kerana apa? Kerana UMNO/BN lebih pentingkan keselesaan rakyat dari segala-galanya.

Bukan macam PKR, dah nak masuk kubur pun, tak habis-habis nak berpolitik!

Tiada ulasan: