Rabu, 24 Oktober 2012

MISTERI!! Benarkah Bumi Akan Bergelap Selama 3 hari?

Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.


Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.

Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.


Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu

Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan manusia je, tak pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya, wallahu ‘alam...Assalamualaikum...

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apakah maknanya bumi berada di demensi ke 4? adakah ianya bermakna pintu yak juj mak juj di buka ... sang dajal dibebaskan ... dan huru hara baru bermula ... dan adakah pada masa ini semua sistem elektronik dan tamadun komputer yang dibina oleh manusia akan musnah ... kerana kesan elektromagnet yang sedang menyusun atur sistem suria ... amat menarik untuk direnungkan ...

MR berkata...

Post mengikut akal, bukannya hati! Jgn marah ye. Cuma x elok sebar benda yg TIDAK BETUL. Kaji dahulu sumber. Merujuk komen sebelum ni, kita sekarang berada pada empat dimensi serentak. Tiga dimensi ialah panjang, lebar, tinggi atau longitud, latitud, altitud. Dimensi keempat ialah masa. Sebagai contoh, kalau kita nak jumpa orang kat Bumi, kita kena bagitau dia tempat & untuk mengetahui tempat tu, kita kena tahu berapa latitudnya, berapa longitudnya & berapa altitudnya. TETAPI, kita x kan jumpa org tu kat tempat tersebut melainkan kita tahu pukul berapa nak jumpa org tu.

KhairulZamanKhobin berkata...

benda ni tipu je ni...

ini penjelasannya...
http://cikgumanstation.blogspot.com/2012/10/bumi-akan-gelap-pada-23-24-dan-25.html

Tanpa Nama berkata...

Huhhh..jgnlh memandai nak sebar kenyataan yg x pasti n x betul tu..palsu belaka..kte nie hnyalah mnusia..hanya TUHAN yg lebih b'kuasa utk melakukan kejadian alam..wahai teman2..jgn panik utk percaya kenyataan yg x betol nie..tu sume ramalan utk tkut kn kte je..tu lah terpengaruh dgn crite org putih..hissshhh..x kuada aku..hahaha

Tanpa Nama berkata...

korang sume ni jan lah mcm2 nak m`bebel sembarangan...kita tunggu dan lihat saja lah...ape dah.

Tanpa Nama berkata...

DEMI KEBENARAN ALLAH YANG SEBENAR-BENARNYA,daku memohon keizinan dariMU yaALLAH untuk melayari ' wafatabadi.blogspot.com 'daku pohon dengan sebenar-benar permohonan agar daku dapat berfikir dengan fikiranMU,bersamaMU..Syukur MAHA Terimakasih yaALLAH..saudara2 yg dkasihi,seandainy anda seorg insan yg mcari KEBENARAN YANG SEBENAR-BENARNYA,luangkanlah masa anda utk mlayari blog ini krn ssunguhny kita smua sudah ksuntukan masa,PCAYALA!!!hany utk para pcari KEBENARAN sahaja!!!Salam kshsyg..adam7