Rabu, 24 Oktober 2012

PANASS!! MB Kedah Takut Berhadapan Kes Madrasah Salihiah di Mahkamah!! #TukarKedah



Sekali lagi Azizan Razak dan konco-konconya hilang teloq untuk berhadapan isu tanah wakaf Madrasah Salihiah pada pagi tadi setelah gagal hadir ke Mahkamah Alor Setar untuk perbicaraan kes menghina mahkamah kerana melanggar injunksi yang di failkan pihak plaintif Madrasah Salihiah pada 06 Mei 2012 yang lalu bagi menghalang sesuatu tindakan keatas Tanah Wakaf Khas dan Madrasah berkenaan sebelum keputusan mahkamah di keluarkan.

Setelah kegagalan Azizan Razak menghadirkan diri ke mahkamah perbicaraan telah di batalkan dan kes berkenaan telah di tunda buat kali yang terakhir pada 19 November 2012 ini.
Apa yang paling mengejutkan di sebalik kegagalan Azizan Razak menghadirkan diri ke mahkamah adalah kehadiran Azizan Razak bersama konvoinya ( selepas 1 jam keputusan kes mahkamah berkenaan di tunda ) ke Majlis Penyerahan Lembu-Lembu Korban di stadium tertutup Suka Menanti yang terletak hanya bersebelahan dengan kompleks Mahkamah Alor Setar.

Di Sebalik Isu Azizan Razak dan Konco-Konconya Menghina Mahkamah

Ternyata Azizan Razak dan konco-konconya dalam keadaan terdesak berkenaan isu tanah wakaf Madrasah Salihiah setelah dengan rasa tanpa bersalah telah melanggar perintah mahkamah supaya sesuatu tindakan tidak di buat keatas Tanah Wakaf dan Madrasah Salihiah yang telah menjadi kes mahkamah.


Azizan Razak dan konco-konconya dengan zalim pada 05 Jun 2012 telah menukar hak milik tanah wakaf khas berkenaan kepada nama syarikat Great Realty Development SDN BHD kepunyaan ahli perniagaan DAP dari Penang, Sonny Ho dengan pegangan selama-lamanya.


Setelah dengan zalimnya menukar hak milik Tanah Wakaf Khas berkenaan, Azizan Razak dengan rasa takutnya telah mengarahkan balacinya Pentadbir Tanah dalam Pejabat Tanah Kota Setar mengfailkan Afidavit Sokongan pada 26 Ogos 2012 supaya Mahkamah membatalkan perintah Injunksi serta Writ Saman terhadap defeden ( Azizan Razak dan konco-konconya ) dengan kos.
Afidavit Sokongan balaci Azizan Razak

( Klik pada dokumen untuk memperbesarkan )










Lihatlah bertapa bangganya Azizan Razak dan konco-konconya menghina mahkamah apabila melanggar dahulu perintah mahkamah dengan menukar nama empunya geran kepada syarikat Great Realty Development SDN BHD pada 05 Jun 2012 barulah dua bulan selepas itu pada 26 Ogos 2012, Azizan Razak dengan ketakutan telah mengarahkan balacinya mengfailkan Afidavit Sokongan sebelum perbicaraan kes menghina mahkamah hari ini di jalankan supaya tidak akan di kenakan tindakan mahkamah kerana melanggar perintah mahkamah.

Di sebabkan mahkamah menolak Afidavit Sokongan yang di buat balaci Azizan Razak , akhirnya telah membuatkan Azizan Razak hilang teloq untuk berhadapan dengan isu Tanah Wakaf Khas Madrasah Salihiah.

Bagi Azizan Razak dan konco-konconya, keuntungan projek berkenaan adalah keutamaan. Undang-undang dan Islam belakang kira.

Media Kedah

Tiada ulasan: