Selasa, 9 Oktober 2012

TUDIAA!! Pelacur Budak Sekolah Bersepah di Kulim?? #TukarKedah

hiasan..

KULIM - Permasalahan remaja, terutama dalam kalangan pelajar perempuan berusia 14 hingga 17 tahun semakin membimbangkan kerana ada dalam kalangan mereka sudah bergelar ibu ayam.

Sinar Harian sempat menemu bual seorang pelajar berusia 17 tahun yang masih bersekolah dan dia hanya mahu dikenali sebagai Jaja.

Menurutnya, sebelum ini dia pernah dirogol ahli keluarganya, bagaimanapun perkara itu dirahsiakan kerana tidak mahu dimarahi ibunya.

Perlakuan sumbang mahram itu berterusan sehingga dia sendiri berasa seronok dan sering bertukar pasangan melakukan hubungan seks dengan sesiapa sahaja.

Ketika berusia 16 tahun, hubungannya dengan mat rempit semakin luas kerana sering menunggang motosikal bersama mereka.

Ini membuatkan dia semakin ghairah untuk mendapatkan wang, malah setiap pelajar yang berhadapan dengan masalah kewangan akan berjumpa dengannya dan meminta supaya dicarikan pelanggan untuk dilayan.

"Selalunya saya akan mengenakan bayaran RM150 hingga RM200 kepada mana-mana mat rempit yang ingin melakukan hubungan seks dengan mereka.

"Dari jumlah itu saya hanya mengambil RM50 sahaja. Kebanyakan mereka terlibat dalam kegiatan ini terdiri daripada remaja miskin, berpelesiran dan lari dari rumah," katanya.

Jaja berkata, remaja bawah umur bukan sahaja ditiduri mat rempit, malah ada dalam kalangan mereka yang lebih dewasa juga ingin meniduri mereka.

Katanya, setiap remaja perempuan yang ingin melakukan kerja itu mesti pernah melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya dengan teman lelaki mereka.

"Ini kerana kebanyakan lelaki tidak mahu melakukan hubungan seks dengan remaja yang masih dara kerana bimbang akan timbul sebarang masalah," katanya.

Bagi mat rempit, pelajar yang pernah melakukan hubungan seks mudah dipujuk kerana apa yang dilakukan dibayar berbanding melakukan hubungan seks dengan kekasih dilakukan secara percuma.

Menurutnya, terdapat beberapa cara memastikan remaja perempuan tidak mengandung antaranya memakan ubat, memakai kondom dan sebagainya.

Bagaimanapun, jika ada dalam kalangan mereka yang hamil, dia mendapatkan nasihat seorang teman untuk membeli ubat RM400 untuk menggugurkan kandungan.

Bagi remaja perempuan yang tidak ada modal untuk menggugurkan kandungan, mereka terpaksa tinggal bersama teman lain sehingga bersalin dan bayi itu akan dijual dengan harga RM5,000 hingga RM10,000, termasuk wang rawatan sebelum dan selepas bersalin.

"Sekarang ada beberapa pelajar hamil dan masih bersekolah. Ada antaranya berusia 14 tahun. Perut mereka lambat membesar kerana badan mereka kecil.

Jaja berkata, ketika kandungan berusia lima bulan, pasangan yang ingin membeli bayi itu harus membawa pelajar terbabit untuk membuat pemeriksaan bagi mengesahkan jantina bayi dalam kandungan.

"Sekiranya bersetuju, pasangan itu akan membawa remaja itu tinggal bersama mereka sehingga bersalin. Kerana itu ada dalam kalangan mereka yang lari dari rumah dan balik ke pangkuan keluarga setelah hampir setahun melarikan diri," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, perlakuan memperdagangkan manusia satu kesalahan jenayah serius yang boleh dihukum penjara.

Menurutnya, sehingga kini perlakuan seks yang dilakukan terhadap mana-mana remaja perempuan bawah umur akan diklasifikasikan sebagai rogol.

Mereka yang melakukan hubungan seks dengan remaja bawah umur boleh dikenakan hukuman penjara dan sebatan.

"Permasalahan remaja hari ini sememangnya membimbangkan. Kebanyakan dari mereka terlalu terpengaruh dengan janji kekasih.

"Apabila ini berlaku, remaja perempuan khususnya sanggup meninggalkan keluarga walaupun baru berusia 14 tahun," katanya.


SUMBER SINAR HARIAN

20 ulasan:

Unknown berkata...

Mungkin ada benarnya kes kes remaja perempuan tiba tiba hilang - ada yang ikut teman lelaki, ikut orang tidak dikenali, ikut orang Indon, yang sering keluar diakhbar/media elektronik selama ini kerana terlibat engan kes yang diceritakan diatas. Pihak Jabatan Agama negeri dan pihak Polis harus pantau

Prince Righty 1 berkata...

Kerajaan negeri... sila ambil tindakan... jangan sampai HIV/AIDS tersebar dengan lebih luas... Kerajaan negeri? ooo kerajaan negeri??! Tidur dah? Masalah rakyat depan mata, mana pergi pihak bertanggungjawab? Tolonglah banteras... Jangan sampai penyakit sosial merebak semula...

Tanpa Nama berkata...

kerajaan pas kedah sibuk berbalak dan berkelab malam. sebab tu negeri jadi macam celaka

Tanpa Nama berkata...

Kat negeri lain ada jugak keluarga miskin, tapi anak dia tak melacur pon?

Tanpa Nama berkata...

Bakal2 puteri UMNO tu.

Tanpa Nama berkata...

Beredarnya klip2 video Lubuh Tupah zaman sapa memerintah yer. Opsss!!

Tanpa Nama berkata...

awak fikirlah sendiri nak jaga anak 5 orang kat rumah pun tak terkawal, ini kan pulak satu negeri, sendiri pikiaq la no

Tanpa Nama berkata...

kenapa cakap macam tu, masa umno perintah dulu, semua ok ka
renung renungkanlah,
jangan salahkan sebelah pihak,
pi mai pi mai dok tang tu gak lah....

Tanpa Nama berkata...

kulim tu kawasan sapa..sibuk ngan hal orang lain,kawasan sendiri tak terjaga..

Tanpa Nama berkata...

xperlu kot ltk gmbr tu utk tarik perhatian..dosa bertambah setiap kali org tgk..

Tanpa Nama berkata...

tanya zulkifli nordin dia munkin tau

Tanpa Nama berkata...

mak bapak yg salah.. mak bapak yg mencorak sifat anak sehingga lepas tnaggungan..agama sendiri cakap woo.. bukan salah cikgu, sekolah, menteri, pak guard sekolah dan lain2..

tq

Tanpa Nama berkata...

La ni di kulim ada banyak rumah urut. Tukang urut terdiri drp pompuan siam, cina, indon melayu tempatan pun ada. ada permit ka?Awat tak cekup? Tapi nak cekup pun susah sebab customer pun ramai terdiri drp polis sendiri. tak tau la nak jadi apa lagi kat kulim ni. Mana dia wakil rakyat dia.

Tanpa Nama berkata...

korg igt kt kulim je cmnie? Katak bwh tempurung btol larh,..mana2 negeri pn ada kes cm nie,bkan pasal sapa yg perintah...pasal keruntuhan moral,jgn nk tuding jari sgt,kena kt ank sndri nnt bru tau...suma nie jd sbb krg didikan agama.

Tanpa Nama berkata...

Jgn kata polis, wartawan pun ramai yg melanggan...yg jujur buat keje jadi undercover utk bagitau pada masyaralat ada..ygbetul2 ambik kesematan dri status wartawan pun ada

Tapi bab bohsia ni kisah bekas rakan aku lagi best..kaki kapur duit orang nia ahli PKR (malas keje tapi nak duit cara mudah)jadi dia memperdagangkan pompuan dan dia sendiri kejenya menutuh mana2 awek...kalau dengar sembang bukan main lagi kalah DSAI tapi perangai sama je teruk dgn UMNO dan polis. Baik hang keluaq PKR masuk UMNO terus la paria

Tanpa Nama berkata...

yang terbaik ialah..kte jga tepi sarung masing2 dah aa,,toksah la sakit hati sngt sampai nak kutuk ngutuk nie,..mcm x brtmadun pun ada gak,..

Tanpa Nama berkata...

asianpost.be

Tanpa Nama berkata...

Sudah.. sudah..la tu, dari dulu hingga skrg x pernah celik asyik nak pelekeh negeri yg dijajah pembangkang.Di negeri BN memerintah lagi bercambah ooii xdak org bagitau hangpa ke??????Tukar....tukar....

ahmadborhan berkata...

tak boleh salahkan pemerintah..anak gadis melayu skrg byk tak disunat..bknkah agama menyuruh anak perempuan disunat masa kecil..ini kerana nafsu perempuan lebih kuat dari lelaki .bila kelentit tak disunat ..nafsu petempuan mudah terangsang..sbb tu ramai gadis "gedik.."

Tanpa Nama berkata...

kalau nak jadi perkara sumbang,tak kira siapa yang pegang pentadbiran. pokoknya nilai persekitaran di rumah mahu pun di mana, perlu baik dan macam2 keperluan yang lain lagi termasuk individu itu sendiri perlu mempertahankan nilai baik dlm diri.