Ahad, 4 November 2012

GEMPAR!! Azizan Razak Di BIDAS Kena Menipu Projek Rumah Murah Kedah! #TukarKedah

Layak ka jadi MB ni?

Kerajaan Kedah dicabar supaya mendedahkan jumlah rumah yang dirancang untuk dibina dan bila projek itu akan bermula di negeri ini seperti yang diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Pengerusi Perhubungan MIC Kedah S Ananthan berkata kenyataan Azizan bahawa kerajaan negeri akan membina lebih banyak rumah untuk rakyat, tanpa penjelasan kos dan punca kewangan, seolah-olah mengajak rakyat miskin di negeri ini hidup dalam angan-angan.

"Kenapa sekarang, ketika beberapa bulan sahaja menjelang pilihan raya umum ke-13 tiba-tiba Menteri Besar itu mengumumkan projek perumahan yang kita percaya hanya lebih merupakan gula-gula pilihan raya?" katanya kepada Bernama di Padang Serai.

Minggu lepas, Azizan berkata kerajaan negeri akan membina lebih banyak projek perumahan selain projek perumahan oleh kerajaan pusat yang merancang membina 2,000 rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) iaitu 1,000 di Changlun dan 1,000 lagi di Kota Setar.

Ananthan yang juga penyelaras DUN Lunas berkata beliau yang mewakili masyarakat India di Kedah juga kesal kenapa projek yang sepatutnya diumumkan kepada rakyat seawal 2008, sebaiksaja  pakatan pembangkang mentadbir Kedah, hanya diumum menjelang PRU13.

"Inilah yang dikatakan umpan pilihan raya dan apabila projek itu tidak bergerak pun kelak alasan yang akan diberi mungkin kerana nanti kami menang pilihan raya akan kami selesaikan," katanya.

 Dah berapa banyak projek perumahan tergendala yang Pas Kedah janji nak buat. Bukak tapak saja, pacak signboard, lepas tu tinggal. Dok wayang macam tu la. Apa pun tarak!!

Dah 4 tahun rakyat Kedah di gula-gulakan projek perumahan kos rendah. Satu pun tak buat. Kalau rumah mewah harga setengah juta tu, boleh pulak buat. Siap dapat hadiah rumah dari kontraktor. Itulah cara Islam yang Pas laungkan-laungkan selama ini.

Rakyat susah ditindas, orang kaya dijulang!! Bagus betul puak Pas ni!


McTheory:
Mati berangan la nak beli rumah kalau gaji rm1500 kat Kedah ni.. takdak rumah murah!

1 ulasan:

merbah desa sgt berkata...

apa susahnya.kalau rakyat tanya nanti dia kata umno yang tipu.