Rabu, 14 November 2012

GEMPAR!! Bob Lokman Kata Artis Mana Yang Sokong Najib Tu Tak Waras?


 Pengacara, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman berkata, pelancaran Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya untuk tarik sokongan golongan itu kepada BN.

Katanya, Umno terbukti semakin parah kerana sanggup menjanjikan habuan demi kepentingan politik.

“Ini janji tak ikhlas, kenapa baru sekarang nak bagi kepada artis. Adakah kerana tiada penyokong, baru nak gunakan artis.

“Ini semua tindakan terdesak mereka. Selama ini siapa yang pandang artis, kami hanya digelar sebagai penghibur, tiada kepentingan,” tempelaknya.

Najib melancarkan YA1M itu semalam sebagai langkah menarik sokongan golongan seni yang semakin peka dengan isu politik kepada BN.

Dalam ucapannya, beliau berjanji kepada golongan seni menyokong kerajaan akan mendapat bantuan lebih banyak kelak jika BN meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Najib turut mengumumkan sumbangan RM2 juta kepada YA1M pada tahun ini dan RM3 juta pada tahun depan di samping akan menimbang untuk menyediakan skim perlindungan insurans kepada golongan seni.

“Kalau dah buat macam-macam, takkan artis tak boleh fikir, mesti ada muslihat di sebalik janji-janjinya. Kalau mereka waras, mereka tak akan sokong perkara ini. Kalau tak boleh baca lagi, maknanya mereka tak normal.

“Tapi kalau mereka tidak bermaruah, orang itu pastinya mudah ditipu,” tegasnya ketika dihubungi.

Pada hakikatnya  kita mengetahui bahawa, artis dari dulu hingga kini dijaga oleh kerajaan. Hinggakan nak buat filem pun ada pinjaman kewangan hingga berjuta ringgit.

Kalau artis tak boleh cari makan, kenapa kebanyakkan artis berkereta besar dan mewah? Kadang-kadang, kerajaan tidak perlu tunjuk untuk salurkan sesuatu kepada rakyat. Negara yang aman, sejahtera dan stabil sudah cukup untuk membantu rakyatnya membina sumber dan rezeki sendiri.

Kalau yang malas tu kita tak payah kira la. Baik suruh dia terjun lombong saja.

McTheory:
Rezeki ada dimana-mana, malas dengan rajin saja bob oii..

Tiada ulasan: