Memaparkan catatan dengan label bob lokman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bob lokman. Papar semua catatan
Selasa, 10 Disember 2013
TERKINI! Bob Lokman di Laporkan Nazak di Hospital!
Mc mendapat info yang mengatakan Bob Lokman penceramah dan juga artis Pas yang agak popular dikalangan ahli Pas sedang nazak di hospital Taiping. Beliau yang dimasukkan 5 hari lepas, dikatakan sesak nafas selepas makan durian.
Keadaan beliau bertambah teruk hari ini, malah Bob Lokman akan dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapat rawatan yang lebih baik.
Walaupun Bob seorang penceramah Pas yang selalu mengutuk UMNO dan Kerajaan. Tapi demi saudara sesama Islam, kita doakan beliau cepat sembuh dari penyakit yang beliau tanggung selama ni.
Ajal, jodoh, pertemuan semuanya di tangan Allah..
Syurga dan Nereka juga milik Allah..
Rabu, 14 November 2012
GEMPAR!! Bob Lokman Kata Artis Mana Yang Sokong Najib Tu Tak Waras?
Pengacara, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman berkata, pelancaran Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya untuk tarik sokongan golongan itu kepada BN.
Katanya, Umno terbukti semakin parah kerana sanggup menjanjikan habuan demi kepentingan politik.
“Ini janji tak ikhlas, kenapa baru sekarang nak bagi kepada artis. Adakah kerana tiada penyokong, baru nak gunakan artis.
“Ini semua tindakan terdesak mereka. Selama ini siapa yang pandang artis, kami hanya digelar sebagai penghibur, tiada kepentingan,” tempelaknya.
Najib melancarkan YA1M itu semalam sebagai langkah menarik sokongan golongan seni yang semakin peka dengan isu politik kepada BN.
Dalam ucapannya, beliau berjanji kepada golongan seni menyokong kerajaan akan mendapat bantuan lebih banyak kelak jika BN meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Najib turut mengumumkan sumbangan RM2 juta kepada YA1M pada tahun ini dan RM3 juta pada tahun depan di samping akan menimbang untuk menyediakan skim perlindungan insurans kepada golongan seni.
“Kalau dah buat macam-macam, takkan artis tak boleh fikir, mesti ada muslihat di sebalik janji-janjinya. Kalau mereka waras, mereka tak akan sokong perkara ini. Kalau tak boleh baca lagi, maknanya mereka tak normal.
“Tapi kalau mereka tidak bermaruah, orang itu pastinya mudah ditipu,” tegasnya ketika dihubungi.
Pada hakikatnya kita mengetahui bahawa, artis dari dulu hingga kini dijaga oleh kerajaan. Hinggakan nak buat filem pun ada pinjaman kewangan hingga berjuta ringgit.
Kalau artis tak boleh cari makan, kenapa kebanyakkan artis berkereta besar dan mewah? Kadang-kadang, kerajaan tidak perlu tunjuk untuk salurkan sesuatu kepada rakyat. Negara yang aman, sejahtera dan stabil sudah cukup untuk membantu rakyatnya membina sumber dan rezeki sendiri.
Kalau yang malas tu kita tak payah kira la. Baik suruh dia terjun lombong saja.
McTheory:
Rezeki ada dimana-mana, malas dengan rajin saja bob oii..
Khamis, 26 Julai 2012
TUDIAA!! Bob Lokman Sejak Masuk Pas Ni Dah Boleh Pakai Alphard!!
Alamakk.. dahsyat la bro Bob Lokman ni.. sejak masuk Pas, dok berceramah sana sini, dah boleh beli Alphard!! Patut la ramai artis masuk Pas sekarang. Rupanya, masuk Pas lebih masyukkkk dari jadi artis! Maunya tidakk.. pergi ceramah saja dapat rm2500. Itu baru bayaran untuk satu ceramah, kalau ada dua ceramah, dah rm5000. fuyooo..
Paling kesian ahli Pas dan penyokong Pas yang depa dok perah suruh derma kat depa tu. Pak long, mak long, kak cik, bang cik yang dok pi menoreh tu.. bila ceramah Pas, habis dok derma kat depa. Sampai balik rumah pun, buka puasa dengan lauk ikan kering saja. Duit takdak, habis di derma, jihad la katakan..
Ahli dan penyokong meranaa.. dok naik laa motor honda 70, puak-puak artis dalam Pas ni dok kumpul harta..kaya raya. Dok makan duit derma jihad.. baguih laa..
Lepas ni kita tengok Abby dengan Hairie nak beli kereta apa pulak.. dengar cerita, depa dua macam goreng pisang panas punya lakuu.. kesian kat Ustaz Pas lain.. takdak job nak ceramah dah.. ha ha ha..
McTheory:
Lama-lama parti Pas ni jadi pusat pengumpulan artis suam-suam kuku cari makan ler jawabnya.. he he..
Khamis, 5 Julai 2012
TUDIAA!! Apabila Bob Lokman KAFIRkan AC Mizal bila masuk UMNO!!
Sumber gambar dari Pistol Nakal..
Ohh.. bila masuk Pas dah ada lesen kafirkan orang laaa.. Artis masuk Pas, kafirkan artis yang masuk UMNO! Pehh.. terhebat, terbaikk..
Puak Pas ni ingat, ISLAM tu mak bapak depa yang punya kot.. suka suka hati main jatuh hukum sendiri.
McTheory:
Depa tak sedar, yang sebenarnya, depa yang sesat!!
Ahad, 24 Jun 2012
TERKINI!! Bob Lokman Sesak Nafas Masuk Hospital!!
Akibat banyak berceramah fitnah dan caci maki, akhirnya Bob Lokman semput dan terpaksa dikejarkan ke hospital Taiping.
Mc diberitahu, pagi tadi keadaan Bob agak teruk, namun kecekapan dari pihak hospital KERAJAAN.. sempat menstabilkan Bob.
Selamatlah hanya semput dan sesak nafas.. kalau terus GOL tak sempat nak bertaubat!!
Selasa, 29 Mei 2012
TUDIAA!! Bob Lokman Buat Kontroversi Lagi!!
Allahyarham Bob Lokman yang dikatakan meninggal dunia oleh Nik Aziz tempohari, kini bangkit dari kuburan untuk berceramah semula. Walaupun pernah dikatakan mati oleh Nabi Pas sendiri, namun setelah diberi peluang untuk hidup semula, Bob Lokman memulakan operasi berceramah sambil mengeji.
Video dibawah menunjukkan Bob Lokman dengan senang hati dan bangga, mengajak rakyat supaya berbuat jahat.
Mc nak jemput Bob Lokman datang ke Kedah untuk membuktikan apa yang beliau katakan itu adalah benar. Memang adun tak buat kerja, tapi yang tak buat kerja tu ialah Adun Pas, bukan UMNO.
Pergilah kepelusuk kampung, dan tanyakan orang kampung. Apa yang Adun Pas buat selama 3 tahun mereka berkuasa. Perhatikan taraf kemudahan disana, air, jalan, longkang, pelupusan sampah dan lain-lain. Apakah adun Pas ni ambil peduli? Mereka hanya tahu berceramah.. jadi Bob Lokman, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.
Masuk Pas bukan nak jadi lagi bagus.. tapi jadi lagi harammm..
McTheory:
Fitnah, gutuk, keji, mainan Pas laa..
Ahad, 4 Disember 2011
TUDIAA LAA!!! BOB LOKMAN DI TAWAR MASUK UMNO??
Cerita ni Mc ambil dari blog CTS. Bila baca, rasa nak macam nak guling-guling pun ada. Siapa la menteri mangkuk yang nak tawar Bob Lokman tu.. ha ha ha..
Lucu! Amat lucu! Bob Lokman, pendakwah tetap harapan PAS PIS PUS, mendakwa beliau telah dihubungi dua orang Menteri dan menawarkan sesuatu kebendaan kepada beliau. Bob Lokman mendedahkan perkara tersebut di dalam ceramah beliau dua malam lepas di Markaz PAS PIS PUS Cawangan Seksyen 18, Shah Alam, Selangor.
Ahad, 20 November 2011
KASI PANAS!! Akibat Kes Murtad Rakyat Johor Bob Lokman jadi Mereng!!
Ada penganut Pas yang menafikan bahawa Bob Lokman memurtadkan rakyat Johor. Mungkin Mc agak lambat menyiarkan video ini. Namun Mc percaya, masih ramai lagi yang belum melihat seorang Ulamak Lawak Pas mengunakan pengaruh Lawaknya dengan menghina dan mengeji orang lain.
Bukan rakyat Johor saja yang patut ajar si Bob ni. Rakyat Malaysia juga perlu menolak orang seperti ini. Menjatuhkan hukum hakam tanpa sebarang bukti dan menghina umat Islam lain tanpa segan silu. Inilah ajaran Pas!! Siapa yang menganut agama Pas, bakal terlajak jauh seperti Bob Lokman. Pas memang menyesatkan Islam.
McTheory:
rasa diri seperti tuhankan, dengan memurtadkan perkara yang tidak pasti?
Sabtu, 12 November 2011
KASI PANAS!! Kisah Bob Lokman MURTAD kan rakyat Johor part2
Dulu Mc pernah melaporkan bahawa Bob Lokman khawarij paling pelawak popular dikalangan puak Pas, telah menghukum fatwa rakyat Johor yang bekerja di Singapura adalah murtad. Nak baca klik sini
Selepas itu Bob Lokman berceramah di Dewan JKKK, Kg Baru, Sg Ara Bayan Lepas. Dihadapan hadirin beliau mengulangi serangan terhadap rakyat Johor bahawa mereka jatuh murtad.Menariknya kalangan khawarij PAS percaya dengan dakwaan Bob sambil bertakbir.
Khamis, 3 November 2011
PANAS!! Bob Lokman Kena Tangkap??
Bob Lokman ni cari penyakit sebenarnya. Atau pun dia ni dah tersampuk gila penyakit gila glamor. Kita hormati hak dia nak mengajar orang jadi baik, bercakap pasal Islam. Tapi tengoklah keadaan dan tempatnya. Kalau nak beri tazkirah atau ceramah pada orang ramai, kita kena pastikan diri kita benar2 layak untuk bercakap pasal Islam.
Kalau kita tak layak dan takdak tauliah, takut nanti menyongsangkan akidah umat Islam yang lain. Berat tu.. sebab tu JAIS menetapkan perkara ini. Cuma ada baghal2 yang tak faham bahasa, dan memutar belitkan niat suci JAIS yang mahu menjaga kesucian agama Islam dari tercemar!
Kalau takdak tauliah, jangan pandai2 nak beri tazkiran kalau tak, jadi macam Bob Lokman ni..
Jumaat, 14 Oktober 2011
AMBOIH!! Baru Jadi Khawarij Pas Bob Lokman dah tunjuk Otai!
Nampaknya kisah drama Bob Lokman ni tak berkesudahan. Lepas satu, satu pula muncul. Hari tu dia kena tangkap dengan JAIS sebab memberi tazkirah tanpa tauliah di negeri Selangor. Sekarang ni, bila JAIS panggil dia suruh hadir soal siasat, dia pula keras kepala taknak.
Semua alasan yang dia bagi, macam dia manusia paling bagus dalam dunia. Orang bukan sengaja nak musuhkan dia, tapi caranya tak kena. Nak masuk tempat orang kena minta izin dulu, bukan main serbu saja. Suka ka kalau orang masuk rumah kita tanpa izin, tiba2 boleh pula pi makan nasi dengan anak2 kita, sedangkan kita haram tak tau dia ni sapa. Kalau kenal pun, hanya pernah tengok, tapi tak pernah berkawan.
Sama juga dengan kes sekarang. JAIS nak membendung kes salahguna agama dan ajaran sesat yang menular di Selangor sekarang ni.
Rabu, 12 Oktober 2011
PANAS! Kisah Bob Lokman di Tahan JAIS!!
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan penahanan penulis lirik, pengacara, pelawak dan pelakon terkenal Bob Lokman atas kesalahan memberi ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat malam Isnin.
Pengarah Jais, Marzuki Hussin berkata, Bob Lokman ditahan di bawah Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.
“Bob Lokman didapati tidak mempunyai tauliah dan tidak pernah memohon tauliah daripada Jais.
“Beliau ditahan berdasarkan maklumat yang diterima daripada orang awam,” katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas yang dihantar pada Selasa.
Selasa, 12 Julai 2011
TUUDIAA!! APA YANG BOB LOKMAN BUAT SEMASA BERSHIT??
Dok tunggu juga Ulamak baru Pas si abang Bob Lokman kita ni turun dak pi demo. Rupanya turun, semangat betul Abang Bob ye, ehh silap, Ustaz Bob ye. Tapi kenapa tak ada pun gambar-gambar si Bob ni berarak kesana ke sini, yang ada cuma bergambar dengan peminat-peminatnya. Nampaknya Bob tak boleh lari lagi dari dunia glamor. Tambahan pula ada si Muslimat Pas yang dok gedik-gedik nak ambil gambar dengan si Bob ni, mau tak sengih sampai telinga.
Tengok la, kononnya semangat nak berarak, tapi nampak gaya dok lebih posing ambil gambar dari tujuan sebenar. he he he.. Tengok muka si Bob pun senyum macam dah tak ikhlas dah.. he he..penat senyum kot..
McTheory:
Rasanya lepas ambil gambar si Bob ni terus balik rumah.. penat berjalan nak bawa perut.. kah kah kah
Rabu, 1 Jun 2011
HENTAM SAJA!! SUARA SUMBANG NYANYIAN BOB LOKMAN DI CERAMAH PAS!!
Ishh.. bukankah Islam melarang bunyi-bunyian jenis bertali dan tiupan? Kalau mengikut apa yang Mc belajar la. Kenapa pulak si Bob ni kata, nasyid hanya bergantung pada lirik? Bukankah rock dan punk tu mempunyai gitar? Gitar jenis alat muzik yang bertali. Kalau Mc salah sila betulkan Mc ye. Sekadar meluahkan pendapat dan pengetahuan cetek agama Mc ni.
Baca petikan dari sumber yang Mc dapat,
"Setelah meneliti pendapat2 Ulama2 Mazhab, Satu2nya alat muzik yang menjadi ijma' Ulama tentang keharusannya adalah 'duf' atau rebana. Alat2 muzik lain samada yang diketuk, dipetik atau ditiup sebahagian besar Ulama mengharamkan. Tetapi ada Ulama mengharuskannya dengan syarat2 tertentu". sumber sini
Maknanya si Bob ni sudah tersalah cakap la. Inilah susah kalau ilmu tak cukup, tapi nak bercakap soal agama. Habis semua orang kat ceramah tu disesatkannya.
Apa nak buat, baru masuk Pas, dah boleh naik pangkat Ulamak. Aduh..
Ni bukan Ulamak, tapi UlarDalamSemak!
P/s: kaki kelentong pun bole jadi Ulamak??
McTheory:
Inilah yang berlaku apabila Agama jadi hak milik peribadi!!
Khamis, 26 Mei 2011
TERKINI!! BOB LOKMAN SUDAH NAIK PANGKAT JADI ULAMA DAAA.. wow cepatnya!!
| Muka Ulamak baru Pas.. |
![]() |
| Baru beberapa hari masuk Pas dah jadi Ulamak? |
Mc tersengih membaca satu blog pencacai Pas ni. Si penulis ni mengelarkan Bob Lokman sebagai Ulamak! Ya Allah, apakah mereka ini tahu apa itu Ulamak? Bagaimana caranya nak jadi Ulamak? Atau selama ini puak Pas hanya bercakap pandai tentang Islam, tapi nak bezakan Ularmak dan Ulamak pun tak tahu agaknya.
"Bob Lokman jadi ulamak. Dia pakai jubah santai macam Sultan Kelantan pakai. Dengan kopiah dan janggut berandam rapi, penampilan beliau sebagai ulamak tidak dinafikan lagi. Tambah pula biji tasbih di genggaman jari dan tongkat sebagai pelengkap aksesori.
Ayat ni Mc kutip dari blog pencacai Pas. Malas nak bagi Link, sebab taknak popularkan blog pencacai tu. he he..
Apakah Ulamak dilihat pada cara berpakaian? Lagi besar serban, lagi hebat la ilmu agamanya? begitu ke kita nilai seseorang? Atau lagi panjang janggut, lagi hebat orang itu?
Patut la selama ini puak Pas kata UMNO tak Islam, sebab mereka hanya lihat pada rupa luaran saja. Bagaimana pulak dengan kaum Singh? Mereka pun pakai serban jugak, takkan tu pun nak panggil Ulamak?
Senang rupanya nak jadi Ulamak dalam Pas ni. Masuk Pas, ikut ceramah sana-sini, kemudian pakai aksesori macam kononnya dia manusia paling alim dalam dunia, kemudian terus digelarkan Ulamak.
Ulamak macam ni yang bahaya. Ilmu tak ada, tapi berlagak pandai, guna ayat Al-Quran sesuka hati, ayat lain, terjemahan jadi lain, kemudian keluar fatwa menyongsang. Ulamak segera macam ni yang merosakkan dan memecah belahkan masyarakat Islam.
Bahkan orang macam ni tak layak panggil ULAMAK, hanya patut dipanggil ULARMAK!!
Sudah-sudah la Pas.. jangan la rosakkan Islam dengan kebodohan korang lagi. Bob Lokman pun korang nak angkat sebagai Ulamak.. apa kejadahnya?
P/s: bodoh melampau-lampau puak ni..
McTheory:
Rosak ada puak sesat dalam Malaysia..
Rabu, 18 Mei 2011
KASI PANAS!! ANAK BOB LOKMAN TERBIAR??
Oleh Satu Hala - Malaysia Instinct
Kita semua tahu masa Bob Lokman umum masuk Pas....dia bagi alasan dia merasa berdosa melihat anak dia hanyut....
Dia gagal sebagai bapa...habis semua orang....satu Malaysia campur kerajaan semua kena maki hamun...
Semua gara-gara anak dia rosak pasal perangai dia sendiri sebenarnya...
So masuklah Pas....entah apa punya redemption atau cara bertaubat dia buat...aku tak faham....nak kembali kepada Allah SWT...tapi melalui Pas...
Gasaklah....
Ahad, 8 Mei 2011
DISEBALIK APABILA AWIE MARAHKAN BOB LOKMAN!!
SAYA tidak terkejut dengan 'kemarahan' rockers Awie terhadap Bob Lokman seperti disiarkan akhbar baru-baru ini.
Apabila Bob memperlihatkan sisi
'poyo' yang teramat dan meletakkan dunia seni tanah air seolah-olah hanya di kepala lutut, memang patutlah orang seperti Awie marah dan kecewa.
Tentulah Awie marah sebab Bob seolah-olah menghina dan mencerca bidang yang selama ini menjadi periuk nasinya sendiri.
Sepanjang kehidupan sebagai anak seni, banyak yang telah dilalui oleh artis-artis kita. Ini termasuklah tempoh pencarian untuk mengenal jati diri, kehidupan, manusia dan kemanusiaan.
Sebenarnya bukan Bob saja yang sudah bertemu dengan fasa baru dalam kehidupan setelah sekian lama bergelumang dengan dunia seni.
Banyak, sudah banyak artis yang memilih untuk berhijrah ke arah kehidupan untuk berdakwah melalui saluran keagamaan.
Ini termasuklah Ali Setan, Azmil Mustaffa yang hari ini sudah berkeliling dunia untuk berdakwah.
Bagaimanapun mereka bukan seperti Bob yang seolah-olah langsung tidak mengenang walau satu pun kebaikan dalam dunia seni yang pernah diladeni.
Amy Search juga telah banyak berubah kearah yang lebih positif. Amy pada zaman muda dan Amy sekarang adalah langit dan bumi, kalau boleh dibuat perbandingan.
Pun begitu, tidak pernah sekalipun Amy mengeluarkan kata-kata nista kepada teman-teman artis waima dia sudah menjalani kehidupan yang lebih positif ke arah keagamaan.
Hari ini, Amy juga berdakwah dalam menyampaikan legasi seninya, tetapi berbeza cara dengan Bob yang terus berpaling tadah dan menganggap seni adalah sesuatu yang 'busuk' langsung tidak ada wanginya.
Amy hanya menggunakan landasan seni, bidang yang dia tahu untuk interaksi dengan peminat.
Justeru, Amy tidak dengan mudah menuding jari menyata itu haram, ini tak boleh, si dia masuk neraka atau syurga.
Itulah masalahnya apabila Bob menggunakan pentas politik sebagai medan untuk menyampaikan apa yang dikatakan 'perjuangan' ke arah syurga itu.
Turut mengecam Bob, bukan saja Awie seorang.
Berdasarkan perbualan saya secara peribadi, ramai lagi artis lain yang memang 'makan hati' apabila dikeji dan dihina oleh rakan seperjuangan sendiri.
Ini termasuklah penyanyi Jamal Abdillah.
Jamal dalam komen kepada Saodah Ismail di Agendadaily berkata : 'Jika kita sudah tidak mampu bersaing dengan orang lain, janganlah salahkan industri. Bagi saya, beliau (Bob) sudah tidak ada apa untuk ditawarkan kepada industri' demikian kata Jamal.
Pada pandangan Jamal juga, sebenarnya orang seperti Bob sudah tidak mempunyai ruang dan peluang dalam industri seni.
Sebab itu dia memilih bidang lain sebagai pentas terbarunya. Tetapi amatlah malang kerana kemudiannya Bob cuba menyalahkan industri apabila dia tidak memperolehi apa yang dicita-citakan dan menjadikan orang seni sebagai 'kambing hitam' untuk membuat hukuman.
Jamal turut menambah, soal hipokrit tidak timbul kerana terpulang pada manusia itu sendiri untuk hidup secara pura-pura atau tidak.
"Hipokrit itu sendiri sebenarnya apa? Ia adalah orang yang melakukan dosa tapi berlagak baik dan dalam dunia yang dimasuki oleh Bob sekarang ini, perkara begitu banyak berlaku dengan jelas.
"Hari ini, ada orang cakap soal agama, soal hadis, tetapi hakikatnya, dialah orang yang paling tidak boleh dipercayai.
"Ini memang ada dalam dunia politik sedangkan dalam dunia hiburan, kita menghasilkan lagu atau karya yang mengajak pada keamanan, kecintaan dan sayang menyayangi. Di dalamnya ada perpaduan, ada seruan untuk hidup harmoni," tegas Jamal.
Bob, ingatlah, persahabatan dalam dunia politik dan dunia seni sangat berbeza sifatnya. Dalam politik, hari ini bersahabat tetapi esok boleh jadi musuh yang paling ketat. Dalam politik, tidak ada sahabat atau musuh yang kekal.
Maknanya apa-apa juga boleh berlaku. Jika hari ini orang yang Bob 'damba-dambakan', agung-agungkan, barangkali esok boleh meletakkan anda di tempat paling bawah.
Pada ketika itu, saya percaya sahabat-sahabat beliau dalam dunia seni masih mampu menghulurkan tangan persahabatan.
Kerana sama ada semalam, hari ini, mahu pun esok, yang menjadi keinginan orang seni sejati hanya satu - perdamaian.
Pada ketika dunia politik penuh dengan kacau bilau seorang seniman sejati akan kekal dengan prinsip perjuangannya iaitu untuk menabur bakti, menanam kasih sayang dan memperjuangkan kemanusiaan yang diseru melalui muzik, filem dan lagu-lagu mereka. - Utusan Online
McTheory:
Bob lokman tu bukan apa, dia dah rasa dia tu ahli syurga, sebab tu sombong semacam saja tu..
Langgan:
Catatan (Atom)










