Khamis, 3 November 2011

PANAS!! Bob Lokman Kena Tangkap??



Bob Lokman ni cari penyakit sebenarnya. Atau pun dia ni dah tersampuk gila penyakit gila glamor. Kita hormati hak dia nak mengajar orang jadi baik, bercakap pasal Islam. Tapi tengoklah keadaan dan tempatnya. Kalau nak beri tazkirah atau ceramah pada orang ramai, kita kena pastikan diri kita benar2 layak untuk bercakap pasal Islam.

Kalau kita tak layak dan takdak tauliah, takut nanti menyongsangkan akidah umat Islam yang lain. Berat tu.. sebab tu JAIS menetapkan perkara ini. Cuma ada baghal2 yang tak faham bahasa, dan memutar belitkan niat suci JAIS yang mahu menjaga kesucian agama Islam dari tercemar!

Kalau takdak tauliah, jangan pandai2 nak beri tazkiran kalau tak, jadi macam Bob Lokman ni..


Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menangkap penulis lirik, pelakon dan pengacara terkenal, Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman pada bila-bila masa.

Pengarahnya, Marzuki Hussin berkata, Jais sedang mengesan bekas artis berusia 47 tahun itu dan akan menahannya untuk membantu siasatan berhubung kes menyampaikan ceramah tanpa tauliah.

“Kita akan tahan Bob Lokman jika didapati beliau berada di Selangor dan kita yakin dapat menahannya dalam tempoh terdekat,” katanya.

Terdahulu Bob yang popular dengan lirik lagu Isabella nyanyian kumpulan Search yang ditulisnya ditahan ketika menyampaikan tazkirah dan ceramah agama tanpa tauliah di sebuah masjid di Sungai Lui, Hulu Langat.

Bob Lokman sepatutnya hadir memberi keterangan ke pejabat Jais keesokannya, tetapi beliau gagal berbuat demikian sehinggalah waran tangkap terhadapnya dikeluarkan.

Bob Lokman kemudiannya dalam satu kenyataan berkeras tidak akan hadir ke pejabat Jais untuk memberi keterangan malah rela menunggu waran tangkap dikeluarkan terhadapnya dan sanggup menerima hukuman yang bakal dikenakan sekiranya tindakannya itu dianggap sebagai satu kesalahan besar.

Dalam pada itu, Bob Lokman ketika dihubungi berkata, dia tidak dihubungi Jais untuk dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

“Bagaimana saya hendak pergi beri keterangan sedangkan saya tidak dihubungi Jais, malah nombor telefon bimbit saya juga tidak diambil mereka (Jais).

“Malah sekiranya dihubungi sekalipun, saya memang tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan lain pada hari tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Menurutnya, dia kini berada di Kemaman, Terengganu untuk berdakwah sebelum dijangka pulang ke rumahnya di Sungai Buloh, Selangor hari ini.

Ketika ditanya berhubung reaksinya sekiranya ditahan Jais, Bob Lokman berkata, semuanya bergantung kepada keadaan.

“Semua itu bergantung pada keadaan kerana saya tidak tahu nak kata macam mana, tetapi semuanya bergantung pada kehendak Tuhan,” katanya. - SH

McTheory:
Ni la payahnya bila diri dah rasa terlebih ISLAM dari orang lain..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mamat ni kaki jubur org dulu masa jadi artis...kini berlagak alim dan baik...ciss...pukimak betul...