Khamis, 3 November 2011

GEMPAR!! Pas Sudah Taknak Sokong Ambiga, Kenapa?




Ishh.. awat pulak Pas taknak sokong Ambiga kali ni?

PAS tidak mahu penglibatan Pengerusi Gabungan PilihanRaya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga pada Program Seksualiti Merdeka 2011 dikaitkan dengan parti itu kerana penganjurannya jelas bertentangan dengan Islam.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, walaupun pembangkang dilihat sentiasa bekerjasama rapat dengan Ambiga dalam pelbagai isu, namun kali ini mereka menegaskan tidak akan menyokong pendirian bekas Presiden Majlis Peguam tersebut.

"Itu adalah pendirian beliau, ia tak ada kena mengena dengan PAS, PKR atau DAP. Ia pendirian beliau sendiri.

"Bagi kami ia jelas bercanggah dengan ajaran Islam. Kami tak akan bersama atau sokong Ambiga," katanya


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penganjuran Program Seksualiti Merdeka anjuran beberapa gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut mendapat sokongan Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Program berkenaan yang bermula hari ini sehingga 13 November depan dianjurkan bagi memperjuangkan kesaksamaan jantina termasuk untuk golongan homoseksual dan lesbian.

Difahamkan Ambiga akan merasmikan program yang berlangsung di Galeri Annex, Kuala Lumpur pada 9 November depan.

Sementara itu diminta mengulas sama ada PAS akan menganjurkan bantahan mengenai penganjurannya, Khalid berkata, parti itu memilih untuk tidak menggunakan kekerasan dalam mendidik golongan tersebut.

"Nak didik bukan dengan cara halang atau demonstrasi tapi beri penjelasan.

"Kita akan cuba mempengaruhi masyarakat supaya tidak memberi sambutan kepada program seperti itu...kita tak boleh atasi dengan kekerasan atau paksaan," katanya. - Mstar

Ishh.. kenapa Pas taknak sokong Ambiga pula kali ni. Bukankah dia tu pemimpin pojaan Pas? Dulu sanggup turun buat kacau kat KL semasa bersih. Sanggup kena pukul dengan polis. Tapi kali ni taknak sokong la pulak ya?

Ambiga tu menyokong umat Islam murtad dan menyokong kebebasan sexual. Dia bukan orang yang baik, sama la dengan si Anwar tu. Mereka2 ni di arahkan duduk di Malaysia, supaya membuat kacau bilau dan kucar kacirkan Malaysia.

Kenapa Anwar pilih Ambiga untuk jadi penganjur kempen BERSIH 2.0? Kalau dia tak benar2 kenal dan baik dengan Ambiga, takkan dia sanggup bagi Ambiga jadi penganjur?

Kerja jahat ni, hanya orang jahat yang tahu buat!

dan...

Hanya orang jahat yang berkawan dengan orang jahat!


McTheory:
Dulu Pas sanggup sujud demi Ambiga ni.. sekarang? Allah dah tunjuk, satu persatu..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Nak didik bukan dengan cara halang atau demonstrasi tapi beri penjelasan.

lol

siti berkata...

HAMPAS sama dgn sesumpah Anuwar.....berlakonlah untuk pilihanraya..pengundi tak sebodoh itu.

Tanpa Nama berkata...

ye ke nak didik beri penjelasan?

tak faham2 lagi ke apa beza kafir harbi dan kafir zimmi?

semuanya dah JELAS DAN TERANG sejak ambiga tu masih kecik lagi.. bahawa negara ini agama rasminya adalah ISLAM. majoriti penduduknya adalah ISLAM.

dalam ISLAM, hubungan SONGSANG MEMANG JELAS DAN TERANG DIHARAMKAN..

saja je si kafir harbi tu buat2 tak tahu...