Tahukah kita apa akan terjadi jika Langat 2 masih ditangguh perlaksanaannya? Hingga ke hari ini, sudah 2 tahun Projek Langat 2 ditangguh. Jika kita mulakan sekarang pun, belum tentu 2 tahun lagi Langat 2 boleh beroperasi.
Jika Langat 2 belum boleh beroperasi dan masalah kegawatan air muncul.
Rakyat Selangor akan menanggung bencana itu sendiri. Kerana orang yang patut bertanggungjawab (tentunya si Khalid Gagap) belum tentu masih wujud di Selangor atau dimuka bumi ini pada waktu tu.
Semua kesilapan, kedegilan dan kecuaian yang pernah Khalid lakukan, kesannya 100% akan ditanggung oleh rakyat Selangor. Atas alasan tersebutlah, mungkin Khalid rela perjudikan isu air untuk politik dari hakikat sebenar.
Sebab apa yang dia buat, mungkin dia tak kena.
Khalid sendiri pun tahu, Langat 2 memang perlu dilaksanakan. Namun disebabkan politik sempit dan penasihat macam tahi, Khalid terpaksa tangguhkan projek tersebut.
Adakah kita semua lupa, suatu ketika dulu sekitar tahun 1991, negeri Melaka pernah mengalami krisis air? Kemarau panjang mengakibatkan empangan Durian Tunggal hampir kering sekaligus loji-loji rawatan air di negeri tersebut gagal menyedut dan menapis air dari empangan.
Nak sedut apa bila empangan dah kering!!
Pada tahun 1991 dan 1998 pula di Selangor, sebahagian besar empangan dan sungai mengalami penyusutan isipadu air disebabkan fenomena El-Nino. Empangan dan sungai-sungai yang sebelumnya penuh mula menunjukkan penurunan paras airnya disebabkan bahang panas yang melanda.
Kesan daripada itu, loji-loji rawatan air juga mengalami kesukaran, kerana air sungai dan empangan hampir kering untuk mengepam air mentah untuk dirawat, sebelum dibekalkan kepada pengguna di sekitar Lembah Klang, seterusnya membawa kepada krisis air yang memeritkan kehidupan ramai.
Mengambil iktibar dari dua kejadian tersebut, Kerajaan Pusat telah melaksanakan pendekatan pro aktif untuk kepentingan jangka masa panjang dengan melancarkan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) dan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang - Selangor (PPAMPS).
Tujuan pembinaan Langat 2 adalah sebagai tambahan kepada loji rawatan sedia ada yang kebanyakannya telah beroperasi melebihi paras optimum, disamping menampung aliran air mentah tambahan dari Pahang.
Dalam konteks sekarang, Selangor sememangnya tidak mengalami masalah dari segi sumber air mentah kerana empangan dan sungai-sungai yang membekalkan air ke loji-loji rawatan masih lagi penuh.
Jika mengikut congak ramai pemimpin dari PKR, DAP dan PAS, mereka sependapat tiada apa yang perlu dirisaukan sangat setelah dilihat pada paras air di empangan dan sungai yang penuh
Masa empangan penuh, bergambar sebelah empangan nak tunjukkan air banyak. Bila paras menyusut dua bulan yang lalu, semua diam. Siap nk buat pembenihan awan lagi.
Kini air di empangan dah mula naik akibat dari musim hujan, baru berani bersuara yang empangan akan penuh sekitar bulan April nanti.
Walhal, realiti sebenarnya, soal hujan atau tidak, kemarau atau sebaliknya, itu bukannya ketentuan kita. Tak selamanya hujan akan membasahi bumi Selangor dan tidaklah kerap kemarau panjang berlaku secara tiba-tiba.
Ini tak ambil kira penambahan penduduk negeri Selangor akibat daripada pertumbuhan ekonominya yang pesat. Mampukah empangan sedia ada membekalkan air mentah kepada sungai di Selangor yang telah digunakan airnya secra optimum?
Namun apabila beberapa negeri termasuk Selangor sendiri pernah mengalami krisis air kerana perubahan cuaca, bukanlah meragukan lagi terdapatnya keperluan untuk mengadakan satu saluran air mentah dari Pahang untuk dirawat di loji baru Langat 2 sebagai satu persediaan jangka masa panjang untuk kebaikan semua.
Lebih-lebih lagi, rata-rata loji rawatan air di seluruh negeri Selangor sedang beroperasi melebihi kemampuan asal.
Disinilah peri pentingnya keperluan loji rawatan air Langat 2 sebagai loji tambahan bagi meningkatkan kapasiti rizab air bersih sekaligus mengurangkan risiko bekalan air pada masa akan datang.
Bagi mereka yang pernah melalui kegawatan krisis air 1998 tentu tahu betapa sukarnya kehidupan bila berhadapan dengan krisis air, saban hari terpaksa menanti lori tangki air untuk ditadah manakala aktiviti ekonomi terbantut dan kilang-kilang pula terpaksa mengurangkan waktu operasinya.
Justeru itu, ketepikan seketika politik kepartian, apa sahaja jawatan yang dipegang tatkala ini tak berguna lagi pada masa depan, kalau takdak air, semua susah, ternyata masing-masing kita memerlukan air bersih untuk meneruskan kehidupan dan menjalani aktiviti seharian kelak.
Segerakan pembinaan Langat 2 untuk kebaikan bersama bagi menghadapi waktu-waktu mendatang.
Jangan nanti bila ditimpa bencana barulah kita mahu menyesal kerana ketika itu penyesalan tiada gunanya lagi.
McTheory:
"Sediakan payung sebelum hujan"
Jangan sampai "Nak terberak baru nak korek lubang!!"
"Sediakan payung sebelum hujan"
Jangan sampai "Nak terberak baru nak korek lubang!!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan