User Online

Politics Blogs

Post Terbaru!!

Kempen LIKE Page!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Rabu, 14 November 2012

HOT! Kisah Perempuan Mabuk Kena Humban Dari Tren!!


Bosan dengan bebelan dan tindak-tanduk seorang wanita, sekumpulan penumpang komuter di Sydney berpakat untuk mencampaknya keluar dari tren, lapor media semalam.

Sebahagian daripada insiden itu dirakam dan dimuat naik ke YouTube dan mencetuskan sensasi di laman sesawang berkenaan.

Melalui klip sepanjang empat minit itu, seorang wanita dipercayai mabuk kelihatan duduk di dalam tren berkenaan dan bertengkar dengan sekumpulan lelaki.

Wanita terbabit juga kelihatan meludah dan memaki sambil memukul-mukul mereka secara tidak keruan.

Selepas beberapa minit bergelut, seorang lelaki agak berusia cuba mententeramkan keadaan dan memujuk wanita itu tetapi malangnya dia pula dipukul.

Terkejut dengan serangan itu, sekumpulan lelaki memberi amaran supaya tidak memukul lelaki berkenaan dan memisahkan mereka bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Ketika lelaki terbabit beredar, wanita itu menolaknya dengan kuat. Akibat tidak tahan dengan kata-kata kesan dan tingkah-laku wanita itu, kira-kira lima lelaki berpakat menangkapnya dan memaksa dia keluar dari tren.

Apabila tren itu berhenti di sebuah stesen, mereka membuang barangan wanita terbabit ke tepi landasan sebelum dia sendiri ditolak keluar.

Wanita itu kemudian dilihat cuba mengadu kepada seseorang dipercayai kakitangan komuter di stesen berkenaan.

Moral:
Memang patut pun diajar macam tu. Tapi janganlah sampai pukul memukul. Mabuk memang raja kepada segala kejahatan. Sebab itulah Islam melarang keras umatnya meminum minuman keras. Kerana ia membawa kearah jalan kejahatan.

P/s: Video tersebut telah diremove dari You Tube!

0 Komen Pembaca:

Kempen LIKE!!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Popular Posts

Arkib Blog

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review