Khamis, 15 November 2012

PANASS!! Bila Puak PKR Kata Kakitangan Kerajaan 'MONYET'!!



Cuepacs Mahu Derek Fernandez Mohon Maaf Ibaratkan Kakitangan Awam Sebagai Monyet 

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Derek Fernandez memohon maaf secara terbuka atas kenyataannya yang mengibaratkan penjawat awam sebagai 'monyet' ketika mengulas isu pertukaran Datuk Bandar MBPJ.

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata Cuepacs kesal dan memandang serius kenyataan itu dan mahu ahli MBPJ itu membetulkan kenyataan tersebut.

"Kalau betul apa yang disebut oleh saudara (Derek Fernandez) kita mahu beliau memohon maaf secara terbuka kepada seluruh penjawat awam dan dia juga kena buat pembetulan ayat itu.

"Kalau dia tidak minta maaf maka Cuepacs akan memanggil satu mesyuarat tergempar dan kita akan buat piket di hadapan bangunan di mana beliau bertugas...kita kesal kerana belum pernah berlaku seorang ahli majlis menyebut penjawat awam sebagai "monyet'," katanya pada sidang media di Kompleks Bersepadu Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di Kepayan, dekat sini pada Rabu.

Omar mengulas kenyataan ahli majlis MBPJ itu berhubung pemilihan calon Datuk Bandar MBPJ oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menggantikan penyandang Datuk Mohamad Roslan Sakiman yang dinaikkan pangkat ke jawatan baharu.

Fernandez dipetik sebagai berkata dalam akhbar Malay Mail, "let's see who the candidates are. If they are going to nominate some monkeys, we will reject" (mari tengok dulu siapa calonnya. Jika mereka nak calonkan 'monyet', kami akan tolak").

Omar berkata ini adalah kenyataan "biadab" kerana beliau "tidak sepatutnya mengelar siapa sahaja pegawai yang datang sebagai "monkey" kerana ia adalah di bawah bidang kuasa pihak JPA untuk menghantar pengganti yang sesuai.

"Bukan maknanya dia datang tak sesuai dan ditolak atau bila diganti dikatakan 'monkey'...ini satu perkara yang tidak boleh terima," katanya sambil berharap perkara seumpama itu tidak berulang.


Komen:

Memang puak PKR ni sombong. Baru jadi Kerajaan Negeri dah sombong sampai macam ni sekali. Dulu Dap pernah nak pecat kakitangan kerajaan kalau memerintah negara. Kali ni PKR pula panggil kakitangan kerajaan dengan panggilan monyet.

Kalau ada kakitangan kerajaan masih lagi nak sokong dua parti ni. Mc pun taktau nak cakap apa dah. Sampai orang dah kata kat korang macam tu pun masih nak sokong ka?

Nak cerita lebih detail boleh klik SINI

McTheory:
Kalau nak mengaku diri tu monyet, boleh la sokong PKR juga.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya betul tu! Itu kakitangan kerajaan yg menyokong kerajaan PKR.

Tanpa Nama berkata...

Derek cakap pusing...dengan kita cakap lain dgn geng dia cakap lain.

Tanpa Nama berkata...

kalau pangkah PKR juga lepas ni, mesti tentu dia mengaku diri dia monyet.

merbah desa sgt berkata...

sebab kakitangan kerajaan menyokong BN dia kata monyet.kalau kakitangan kerajaan menyokong PR nanti dia kata orang pulak.

Tanpa Nama berkata...

ANTARA CIRI ORANG MUNAFIK : Bercakap bohong. Membuat penjelasan, kenyataan dan penerangan yang dusta atau seakan-akan dusta samada dengan lisan atau tulisan, memutar belit dan memesongkan keterangan yang sebenar, mengubah dan menokok tambah kenyataan untuk disesuaikan dengan seleranya, membuat kempen-kempen atau promosi-promosi dusta dan propaganda liar dan segala bentuk penyelewengan kata-kata dan bicara termasuk membesarkan yang kecil dan memperkecilkan yang besar.

http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=482%3Aciri-ciri-munafik&catid=28%3Arenungan-dan-tazkirah&Itemid=78