Khamis, 15 November 2012

PANASS!! Ayat Ku Li Buat Pakatan Haram Terkilan!!


Dulu puak Pakatan Haram kata Ku Li nak masuk geng sana. Tapi bila depa baca apa yang Ku Li kata kat bawah ni, rasanya terkilan kot. Mau menangis tak berlagu la jawabnya.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yakin Barisan Nasional (BN) mampu mencapai kemenangan dan kekal menerajui negara pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.

Katanya, ini kerana rakyat menerima banyak pembaharuan yang dilaksanakan kerajaan BN bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi transformasi yang diperkenalkan.

"BN tidak menghadapi masalah untuk mencapai kemenangan pada PRU-13 berikutan rakyat berada dalam keadaan selesa selepas banyak perlaksanaan kemajuan yang dicurahkan kerajaan sebelum ini.

"Memang sebelum ini sebilangan kecil mereka yang tidak menerima transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri itu, tetapi sejak kebelakangan ini mereka telah memahami perkara sebenar mengenai perkara itu," katanya selepas penyampaian bantuan Titik Sentuhan kepada masyarakat Orang Asli di Pos Hendrop, di sini, hari ini. - BERNAMA

McTheory:
Harap Ku Li pegang katanya kali ni, jangan dok buat kepala angin sangat!

Tiada ulasan: