Isnin, 26 November 2012

PANASS!! Exco Pemuda UMNO @Tunfaisal Belasah Pas Sebab ARAK!!



Ini pengakuan Dr Siti Mariah pada 10hb September 2012

http://tunfaisal.blogspot.com/2011/09/drsitimariah-pas-tidak-pernah-janji.html

@DrSitiMariah - Pas tidak pernah janji untuk tutup kilang arak Shah Alam #PenipuRakyat

Alhamdulillah, hari ini ada seorang lagi pemimpin Pas yang telah membuktikan bahawa perjuangan membangunkan negara Islam 'ala' Pas hanyalah retorik dan janji palsu semata-mata. Untuk sekian lama, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah dan penceramah Pas mempertikaikan kewujudan kilang arak di Shah Alam dan menyalahkan BN kerana tidak mengambil tindakan untuk menutupnya, hari ini, kita dapat tahu itu hanya retorik dan Pas tidak pernah berjanji untuk berbuat apa-apa sebaliknya akan terus menghalalkan kewujudannya.

Ini adalah perbualan twitter saya dengan Dr Siti Mariah, Ahli Parlimen Kota Raja.



tunfaisal Tun Faisal

@DrSitiMariah baik, skrg ni soalannya mudah - Pas mmg x pernah janji nak tutup kilang arak shah alam ke? sila jwb :)

12 minutes ago Favorite Reply Delete



DrSitiMariah Dr Siti Mariah

@tunfaisal setahu saya tidak ada. Tu sbb sy minta rujukan. Sy pimpinan pusat lbh 10 tahun dah. Sy tahu apa kenyataan resmi pas

3 minutes ago Favorite Retweet Reply



tunfaisal Tun Faisal

@DrSitiMariah bagus2 -Sekarang terbukti Pas memang x pernah janji untuk tutup kilang arak shah alam; ramai org kena tipu dgn Pas slama ni :)


4 minutes ago Favorite Reply Delete



tunfaisal Tun Faisal

@DrSitiMariah baik, skrg beranikah dr bersumpah bhw Pas mmg x pernah janji utk tutup kilang arak di shah alam… (cont)
deck.ly/~XsfSJ
2 minutes ago Favorite Reply Delete

Bila suruh bersumpah `wallahi wabillahi wataallahi, saya (nama Dr Siti Mariah) bersumpah bahawa memang selama ini Pas tidak pernah berjanji untuk menutup kilang arak Shah Alam', dia tidak berani pula.

Ini pengakuan Khalid Samad pula pada 20hb Julai 2011

Arak - Khalid nafi Pas pernah janji tutup kilang arak, Dr Dzul dan Dr Siti Mariah tidak berani jawab

http://tunfaisal.blogspot.com/2011/07/arak-khalid-nafi-pas-pernah-janji-tutup.html



Untuk budak-budak Pas yang masih duduk dalam khayalan, hari ini saya hendak tunjukkan perangai sebenar pemimpin mereka yang kononnya berjanggut, bertudung labuh, alim dan wara'; sedangkan hakikatnya mereka hanya penipu yang melacurkan Islam untuk mendapatkan kuasa.

Petang semalam, saya telah bertanyakan soalan yang cukup mudah melalui twitter kepada Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan penyibuk yang mencelah untuk menyelamatkan dua orang rakannya yang tersepit, Dr Siti Mariah, Ahli Parlimen Kota Raja, iaitu - "Ada atau tidak Pas berjanji untuk menutup kilang arak di Shah Alam semasa kempen 2008 dan sebelumnya?"

Walaupun masing-masing belajar tinggi hasil kemurahan hati kerajaan BN, ada title`Doktor', namun soalan yang mudah itu tidak mampu untuk dijawab, malah mereka berpusing-pusing untuk menipu jawapan. Hanya Khalid Samad yang berani, itupun separuh berani menyatakan yang batil dengan menyatakan - `Ada ke janji tu?"

Bagi sesiapa yang pernah menghadiri tazkirah, usrah, mukhayyam, ceramah dan membaca harakah, kita semua tahu, sejak tahun 70-an lagi Pas berjanji dan berazam untuk menutup kilang arak di Shah Alam. Sebab itu Dr Dzulkefly dan Dr Siti Mariah tidak berani sama sekali menjawab soalan yang mudah itu!

Jadi budak-budak Pas, sedarlah - mereka ni hanya melacurkan agama demi kepentingan duniawi dan kuasa sedangkan mereka tidak melaksanakan apa yang mereka perkatakan. Firman Allah swt dalam surah Al-Saff (2-3) - "Ya ayyuha allazeena amanuu lima taquuluuna ma la taf'aluun. Kabura maqtan 'inda Allaha an taquuluu ma la taf'aluun."Akhirnya Allah swt telah menjatuhkan kehinaan kepada mereka disebabkan niat dan cara mereka yang salah sehingga mereka hanya layak menjadi boneka di Perak, kuda di Selangor, hampas di Pulau Pinang. PAS hanya Parti Abdi Sosialis yang akan tunduk kepada dua parti sosialis DAP dan PKR dalam setiap tindakan mereka.

Tiada ulasan: