Mc rasa cadangan yang Medan Tempur nak panggil peserta himpunan hijau datang ke Tasik Pedu, adalah cadangan yang sangat bernas! Memang patut puak tu datang dan tengok sendiri bagaimana kawasan hutan simpan dan tadahan air yang besar dimusnahkan oleh Pas Kedah!
Kemusnahan alam paling dahsyat yang pernah berlaku di Kedah dalam pemerintahan Pas ini, wajar diberi perhatian oleh peserta demonstrasi himpunan hijau..
Lebih baik datang ke hutan yang sedang dan telah dimusnahkan oleh regim Pas ini dari buat perkara yang telah disahkan selamat dan dibenarkan operasi oleh Mahkamah (LYNAS)..
Kerajaan Pas Kedah secara terang terangan lakukan kesalahan dimana pembalakan di kawasan tasik Pedu dan Gunung Inas tidak mendapat kelulusan EIA dari Jabatan Alam Sekitar..
Pas mengunakan alasan untuk menjadikan ladang rakyat bagi membolehkan pembalakkan di hutan simpan bernilai tinggi di Kedah dihalalkan untuk ditebang..
Sepatutnya peserta himpunan hijau perlu lebih prihatin terhadap kemusnahan hutan di Kedah bukannya tunjuk hero kepada rakyat kononnya LYNAS tidak selamat..
Dari pemantauan Mc kemusnahan kawasan flora dan fauna di hutan Pedu dan Gunung Inas di Kedah yang ditadbir oleh Pakatan Republik langsung tidak diberi perhatian oleh NGO pakatan republik.. Mereka lebih menyerang projek projek yang memberi faedah kepada rakyat seperti LYNAS dan Rapid Pengerang..
Mc mencabar dorang supaya datang ke Kedah untuk membuktikan bahawa mereka benar-benar pejuang alam sekitar. Jangan cakap saja!!
McTheory:
Yang tak berbahaya di bantah! Yang sedang dimusnahkan, tak pula nampak!
1 ulasan:
Sedih sekali melihat negeri Kedah sudah banyak kehilangan khazanah hutan yang amat bernilai...
Catat Ulasan