Selasa, 27 November 2012
TUDIAA!! PM @NajibRazak Bagi 'HINT' Bila Nak PRU?
Nampaknya PM sedang bermain dengan tarikh PRU. Mungkin ini satu pembayang yang boleh kita jangkakan? Atau PM sengaja mahu lawannya berteka-teki lagi?
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) boleh diadakan pada Disember ini, walaupun negara dilanda musim tengkujuh.
Beliau yakin walaupun musim tengkujuh, jentera parti politik yang bertanding mampu menghadapi sebarang kemungkinan.
"Kalau hujan atau banjir, boleh naik sampan, naik bot," katanya dengan nada berseloroh ketika ditanya sama ada PRU-13 akan diadakan dalam masa terdekat atau Parlimen akan dibiarkan terbubar dengan sendirinya.
Beliau berkata demikian dalam temubual eksklusif bersama para pengarang Bernama dan Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di pejabatnya di Parlimen baru-baru ini.
Najib, yang juga Presiden Umno, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan pilihan raya boleh diadakan pada tahun depan jika ia tidak diadakan pada bulan depan.
"Kalau bulan Disember tak ada pilihan raya umum, tahun depanlah. Melainkan kita buat bulan Disember ini," katanya.
Ha ha ha.. memang best la PM buat tarik tali, tak kisah la bila pun. Jentera Unit Media Baru sentiasa bersiap siaga!!
Tak sabar nak tumbangkan Pas kat Kedah ni.. dah menyampah sangat tengok 'malaun-malaun' Pas dok bermaharajalela kat atas wisma tu.
McTheory:
PRU ke 13, masa untuk #TukarKedah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan