Sabtu, 3 November 2012

PANASS TERBAKAR!! Siapa Syaitan Sebenar Di Sebalik Desakkan SUK Letak Jawatan! #TukarKedah


Baru-baru ni Kedah di gemparkan kewujudan ahli majlis yang di lantik melalui kuasa politik mendesak Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (SUK), Datuk Wira Hj Rasli Basir meletak jawatan kerana tindakannya menukar Pegawai Daerah (DO) merangkap YDP Majlis Daerah Kubang Pasu, Ahmad Faisol Mohd Nor ke Kuala Muda.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa menukar Kedah Civil Service (KCS) atau dalam bahasa Malaysia Perkhidmatan Pegawai Tadbir Negeri Kedah adalah di bawah kuasa SUK kerana SUK merupakan ketua bagi KCS dan tak perlu melalui mensyuarat Exco.


Sebab itulah Menteri Besar Kedah, Azizan Razak menyatakan penukaran KCS yang telah di lakukan Rasli Basir adalah mengikut garis panduan yang telah di tetapkan dan tidak mahu masuk campur tangan dengan desakan yang telah di lakukan kumpulan ahli majlis yang menentang SUK.

Setiap penukaran KCS, SUK perlu mendapat perkenan dari Tuanku Sultan Kedah terlebih dahulu seperti mana yang telah di lakukan Rasli Basir sebelum menukar Ahmad Faisol ke Kuala Muda untuk menjadi DO Kuala Muda.

Untuk pengetahuan semua Jawatan yang di lantik kepada Ahmad Faisol di Kubang Pasu adalah DO dan Jawatan YDP hanya datangnya selepas Ahmad Faisol di lantik menjadi DO dengan disepertujui melalui mensyuarat Exco.

Kedudukan Ahmad Faisol dalam jawatan YDP Majlis Daerah Kubang Pasu hanyalah mendapat elaun sahaja, tetapi di dalam memegang jawatan DO, Ahmad Faisol telah di bayar gaji oleh Kerajaan Negeri sebagai seorang KCS.

Maka sebagai seorang DO, akta 171 yang di gunakan ahli majlis untuk menunjukan kesalahan SUK, Rasli Basir tidak boleh di guna pakai kerana DO tertakluk bawah Majlis Negara Kerajaan Tempatan, Artikel 93 Bab 7, perkara 95 A.

Oleh sebab akta 171 tidak dapat di guna pakai pihak yang menentang SUK, mereka telah mengubah betuk serangan terhadap SUK dengan mendakwa SUK telah melakukan penyelewengan projek MPSPK tanpa sebarang bukti yang kukuh bagi memberi gambaran imej yang buruk dan tekanan terhadap SUK supaya meletakan jawatan.

Dari sumber maklumat yang di perolehi orang dalaman PAS, orang yang memain peranan merancang meracuni pemikiran ahli majlis yang marahkan SUK kerana menukar Ahmad Faisol merupakan orang kuat Azizan dalam Wisma Darulaman iaitu Setpol Azizan Razak, Sanusi Md Nor.

Setpol MB, Sanusi Md Nor
Kerja buat Setpol Azizan Razak, Sanusi Md Nor sikit sebanyak telah mencalarkan imej Azizan Razak yang berpendirian tindakan yang di lakukan SUK, Rasli Basir adalah mengikut garis panduan yang di tetapkan.

Tujuan sebenar Setpol Azizan Razak, Sanusi Md Nor meracuni pemikiran ahli majlis yang menentang SUK adalah membantu seorang pengarah yang totok PAS dalam pentadbiran Kerajaan Negeri setelah tindakan Tuanku Sultan Kedah menyambung khidmat SUK, Rasli Basir lagi setahun setelah tamat tempoh yang telah di tetapkan.

Di sebabkan penyambungan perkhidmatan tambahan lagi setahun Rasli Basir sebagai SUK telah membuatkan pengarah dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah terbabit sukar menapak jauh dalam mendapat jawatan yang lebih tinggi dalam pentadbiran Kerajaan Negeri selagi Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Mohd Puat tidak di naikkan sebagai SUK. - Media Kedah


McTheory:
Banyak lagi rahsia nak bongkar.. tunggu sat noo..

Tiada ulasan: