Isnin, 10 Disember 2012

EKSKLUSIF!! Pas Kedah ZALIM Berkenaan Mengila Tebang Balak!! - YB @TajudinSik


Kehadiran Mantan Perdana Menteri, Ayahnda Tun Mahathir ke Sik telah menyuntik semangat kepada ahli UMNO Sik supaya memberi sokongan padu kepada calon yang dipilih oleh kepimpinan parti untuk menghadapi PRU 13 ini.

Sebelum memberi ucapan di dewan IKM Sik, Ayahnda Tun Mahathir telah di bawa Ketua UMNO Bahagian Sik, YB Datuk Tajudin Abdullah ke kampung Landai yang terletak di Gulau, Sik untuk melihat kezaliman yang telah di lakukan Kerajaan Negeri Kedah pentadbiran PAS kepada penduduk di kampung tersebut.



Akibat pembalakan yang di lakukan oleh  Kerajaan Negeri tidak terkawal, penduduk di kampung berkenaan terpaksa berhadapan dengan satu masalah besar apabila jambatan yang baru di bina belum pun sebulan, melalui peruntukan Kerajaan Pusat telah runtuh setelah kayu-kayu balak dan sisa-sisa pembalakan yang di lakukan Kerajaan Negeri telah merempuh jambatan ketika banjir baru-baru ini.

Jambatan berkenaan merupakan satu-satunya jalan di gunakan penduduk kampung untuk ke jalan utama yang terletak di seberang sungai.

Rata-rata penduduk kampung berkenaan merasa bimbang dengan permasalahan yang sedang mereka hadapi kerana anak-anak mereka yang bakal mulakan persekolahan tidak lama lagi, terpaksa melalui jambatan yang rosak teruk untuk ke sekolah.

Lebih membimbangkan penduduk kampung berkenaan apabila berlaku kematian kerana kesukaran penduduk kampung untuk mengusung jenazah ke kubur yang terletak di seberang sungai .

Justeru dari permasalahan yang di hadapi penduduk kampung, Adun Belantik, Tajudin Abdullah meminta Kerajaan Negeri mengambil sikap bertanggungjawab ke atas kezaliman yang telah di lakukan mereka terhadap rakyat. - Media Kedah

Video YB Datuk Tajudin perli Pas Kedah boleh tengok kat bawah ni,


McTheory:
Pas Kedah cari duit dengan tebang balak saja.. yang lain mana depa tau!

Tiada ulasan: