Jumaat, 14 Disember 2012
#IsuAirSgor: Khalid Gagap Perjudikan Nasib Rakyat Selangor, #Langat2 Masih Ditangguh!!
Nampaknya Khalid Gagap masih lagi enggan membina Loji Air Langat 2 yang menyambungkan terowong paip air dari Pahang ke Selangor. Nampak sangat, Khalid masih lagi bermain dengan nasib rakyat Selangor.
Pentingnya Langat 2 untuk masa depan rakyat Selangor adalah kerana Langat 2 memberikan bekalan tambahan air mentah yang sangat banyak, sehingga mencapai lebih dari 1131 juta liter air sehari. Bekalan yang tidak terhad datang dari Sungai Pahang yang disalurkan ke Selangor.
Kita sedia maklum, Selangor pernah mengalami masalah kegawatan air yang sangat genting pada tahun 1998 akibat perubahan cuaca yang dipanggil El-Nino. Kemungkinan besar kejadian yang sama akan berulang kembali adalah sangat besar.
Atas sebab demikian, Kerajaan Pusat telah mengambil tindakan berjaga-jaga untuk mengelakkan kejadian yang serupa berlaku kembali. Walaupun negeri Selangor diperintah oleh pembangkang, namun Kerajaan Pusat tetap mengambil kira kepentingan rakyat untuk mengelakkan dari rakyat Selangor mengalami kesusahan pada masa akan datang.
Kerajaan Pusat telah membuat penyelidikan mengenai masalah air di Selangor, malah jika tiada sebarang perubahan dilakukan kepada bekalan air Selangor. Selangor akan mengalami alami masalah bekalan air yang lebih serius kelak.
Mengikut jangkaan, Selangor akan mula mengalami masalah air pada tahun 2016, kemudian jika tiada sebarang tambahan pada bekalan air Selangor. Air Selangor akan kritikal pada 2017. Kritikal bermakna parah la, dah boleh masuk ICU.
Jadi untuk mengelakkan air Selangor mengalami masalah. Pembinaan Langat 2 adalah sangat penting. Patutnya 2 tahun lepas Langat 2 dah mula dibina. Kerana untuk membinanya mengambil masa yang panjang. Lebih dari dua tahun.
Sudahla pembinaannya lama, untuk salurkan air dan beroperasi dengan kekal pun mengambil masa yang sangat panjang. Kalau Khalid masih lagi menangguhkan projek Langat 2 ni, nescaya Mc percaya apa yang kita risaukan pasti akan berlaku.
Mc pun tak faham atas sebab apa Khalid bersungguh-sungguh tidak mahu Langat 2 dibina. Projek Langat 2 ni, dibiayai oleh Kerajaan Pusat, projek ini penting kerana melibatkan keperluan asas rakyat.
Agaknya, Khalid tak fikir, pertambahan rakyat Selangor dan industri perkilangan pada masa hadapan. Khalid pernah mengeluarkan cadangan mahu teknologi membran, teknologi menapis air digunakan untuk 'menambah' jumlah air di negeri Selangor.
Teknologi membram itu sejenis penapis, bagaimana penapis boleh membuatkan air bertambah, jikalau sumber air tu masih lagi dari sungai yang sama? Sekilas pandang pun kita tahu, teknologi membran bukanlah jalan penyelesaian yang sebenar.
Bila teknologi membran gagal menyakinkan rakyat Selangor. Khalid kembali ke cerita lama dengan penstrukturan air. Kononnya selagi dia tak boleh beli syarikat konsesi air, selagi itu projek Langat 2 tidak akan dilaksanakan.
Ini lagi satu benda yang Mc langsung tak faham. Apa kena mengenai penstrukturan air dengan pembinaan Langat 2? Kalau penstrukturan air berjaya sekalipun, kuantiti air Selangor masih tidak berubah. Tak bertambah pun.
Sebab tu la Mc kata, Khalid ni MB yang paling bebal dan pembohong paling kuat. Selangor hampir menuju kejalan gelap setelah Khalid menjadi MB. Lihatlah contoh paling ketara, apabila masalah air yang asas untuk rakyat pun Khalid tak dapat selesaikan, apakah itu satu contoh MB yang baik?
Fikirkanlah rakyat Selangor. Nak minum air ke, nak minum selut lumpur? Kalau rasa nak lumpur, lepas ni boleh undi Pakatan Haram lagi di Selangor. Kalau nak minum air, bakal Kerajaan BN Selangor sudah pasti akan meneruskan projek Langat 2 dengan tanpa sangsi dan secepat mungkin.
Mungkin Khalid menunggu Kerajaan BN Selangor yang buat Langat 2 kot??
McTheory:
Pemimpin jenis apa kalau dengan nasib rakyat pun dia sanggup perjudikan?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan