Khamis, 13 Disember 2012

#IsuAirSgor: Tangguh #Langat2 100 Tahun?!! Kesian Rakyat Selangor Dapat MB Bebal Macam Khalid!!



Mc berasa teruja teramat bila membaca Khalid Gagap MB Selangor paling bebal dalam sejarah sanggup untuk menangguh Loji Air Langat 2 hatta 100 tahun sekalipun selagi penstrukturan air di Selangor masih lagi belum boleh dilaksanakan.

Dahsyat kenyataan Khalid tu, bercakap serupa macam orang tak ada otak, tapi Mc rasa pun, dia ni memang takdak otak la. Kalau ada otak dia takkan buat macam tu. Dia ingat projek Langat 2 ni serupa projek main masak-masak kot? Boleh ditolak dan diminta bila-bila dia suka.

Apa Khalid, langsung tak fikir pasal rakyat Selangor? Apakah Khalid yakin dengan air Selangor sekarang boleh cukup sampai ke tahun 2014, tanpa ada sebarang masalah? Khalid dah buat kajian teperinci ke tentang masalah air Selangor?

Atau,

Khalid hanya main spin isu, supaya boleh lengahkan Langat 2 semata-mata untuk memancing beli syarikat konsesi air Selangor? Sebab tu Khalid kata dia sanggup nak tangguh projek Langat 2 selagi penstrukturan air belum selesai.

Kalau macam tu, nampaknya Khalid sedang mempolitikan isu air. Isu air dibuat main serupa dengan isu politik lain. Mc tak sangka akal Khalid begitu jijik sekali. Keperluan rakyat dibuat sambil lewa seolah-olah pada kemudian hari ia tidak menjejaskan kehidupan rakyat Selangor.

Khalid mahu buat penstrukturan air di Selangor, tetap Khalid sendiri tidak serius untuk laksanakannya. Khalid tak pernah membuat tawaran baru atau berbincang dengan syarikat konsesi setelah tawaran terakhirnya pada tahun 2010 lepas.

Dari situ kita tahu, Khalid sebenarnya tidak bersungguh-sungguh dalam hal ni. Sama juga seperti cadangannya untuk melaksanakan teknologi membran dan membuka loji air lama. Semuanya hanya retorik nak alihkan isu semata-mata.

Kononnya berusaha nak susun air Selangor, timbang tara pun belum, berbincang pun tak, apakah itu menunjukkan Kerajaan Negeri Selangor bersungguh-sungguh nak buat penstrukturan air?

Khalid kata kalau buat Langat 2, tarif air di Selangor akan naik? Betul ke? Dari mana agaknya kajian itu dijalankan? Bukankah kuasa nak naik tariff letak pada Kerajaan negeri Selangor? Tolong Khalid sertakan bukti dan carta sekali untuk rakyat Selangor faham keburukkan Langat 2, kalau ada la.

Jangan hanya menafikan, kemudian memfitnah tanpa bukti. Ini bukan isu politik yang boleh kita putar sampai habis, ini isu kepentingan rakyat. Mc pun dah penat ulang ayat yang sama. Nak fahamkan si Khalid MB Selangor paling bebal ni memang payah. Kalau ada kajian mengenai kenaikkan tarif ni, harap Khalid sertakan sekali untuk rujukan!

Agaknya kalau Kerajaan Negeri Selangor gunakan teknologi membran disemua loji air, tarif air tak akan meningkat ke? Penukaran penapis, jentera tekanan yang diberikan pada air akan mengunakan petrol yang banyak, rasanya itu tidak mempengaruhi tarif air ke?

Kalau pengunaan teknologi membran pun Khalid baru nak kaji, tak mustahil peranan dan kepentingan Langat 2 untuk negeri Selangor, Khalid baru mula nak buat kajian teperinci. Kalau nak tunggu kajian Khalid, sampai kiamat pun tak selesai!

Kesimpulannya, Kerajaan Negeri Selangor mempunyai MB paling lembab dan bebal dalam sejarah. MB yang tak berjiwa rakyat, MB yang paling teruk jika dibandingkan dengan MB sebelum-sebelum ini.

Sampai bila rakyat Selangor saja nasib mereka diperkotak-katikkan sebegini? Nak tunggu air takdak baru nak mengelabah? Rakyat Selangor perlu bersuara, tolak PR, Tolak Khalid Gagap!

McTheory:
kalau buka paip air takdak, menyesal pun tak guna dah!!

Tiada ulasan: