Khamis, 27 Disember 2012

PANASS!! Balak Mengila di Kedah boleh jejaskan Tanaman Sawah Padi!! #TukarKedah



Pembalakan melampau di Gunung Inas dan kawasan Tasik Pedu untuk dijadikan ladang rakyat oleh kerajaan negeri Kedah membimbangkan petani kerana aktiviti itu boleh mengakibatkan jumlah taburan hujan berkurangan.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) F-IV Sungai Limau Dalam di Yan Datuk Ismail Arshad berkata hutan yang ditebang merupakan kawasan tadahan hujan yang airnya dialir ke kawasan pertanian.

"Jika semua balak ditebang kemungkinan taburan hujan berkurangan dan sekaligus air di empangan juga akan kurang. Ini adalah kesan jangka panjang.

"Jika aktiviti pembalakan diteruskan, tidak mustahil air dalam empangan akan kering pada masa depan dan akan menjejaskan hasil padi," katanya pada sidang akhbar berkaitan aktiviti pembalakan yang didedah akhbar baru-baru ini.

Beliau berkata kawasan pembalakan itu telah digazet sebagai hutan simpan serta kawasan tadahan hujan yang tidak sepatutnya 'diusik' dan menyifatkan tindakan menggondolkannya sebagai pengkhianatan terhadap petani. - Medan Tempur


McTheory:
Azizan mana tau apa, makan dia tau la kot..

Tiada ulasan: