Khamis, 27 Disember 2012

HOT! #IsuAirSgor! Akibat Gangguan Air, Khalid Gagap Hantar Air Free Untuk Rakyat Selangor Mandi!!


Akibat gangguan air di kawasan sekitar Pandan Perdana, Pandan Indah, Taman Taynton View dan Taman Bukit Segar di Cheras. Syabas akan membekalkan 5 lori tangki air ke kawasan terlibat.

Itu lori dari Syabas, dari pihak Kerajaan Negeri Selangor pula, Khalid akan sediakan 4 lori tangki air secara PERCUMA untuk penguna yang mengunakan meter private. Bermakna, satu rumah, 4 lori tangki?

Kenapa 4 lori? Sebab kalau isu air ini berlarutan, 4 lori tangki bersamaan dengan 20 meter padu air percuma yang sepatutnya setiap pengguna di Selangor dapat.

Ya lah bukankah manifesto Pakatan cakap rakyat Selangor dapat air percuma. Memang kalau dah tahap air di kolam menjunam teruk, inilah kerja Kerajaan Khalid nanti, asyik menghantar lori-lori tangki air ke pengguna. Kalau tidak nanti saman masuk lagi...

Kalau 200 biji rumah? dah berapa tangki air yang Khalid nak berikan? Itu bagi rumah teres, semi-d atau banglo. Bagi rumah pangsa atau flat kos rendah? Satu flat hanya mengunakan satu meter pukal, dan disalurkan ke setiap rumah, harga air dikawal oleh pentadbiran flat.

Kalau guna satu meter, tentunya hanya 4 lori tangki yang akan tiba diperkarangan rumah flat yang didiami oleh beratus orang penghuninya. Apakah ini adil? Nampak sangat Kerajaan Negeri Selangor, hanya membela orang kaya, dan menindas lagi rakyat yang berpendapatan rendah.

Kejadian yang sama berlaku pada air 'percuma' yang Khalid banggakan selama ini.


Tapi sampai hari ni pun kerajaan Khalid tak hantar lori-lori tangki air ke kawasan bermasalah ni... Hari tu masa air empangan Sg Selangor turun hingga hampir setengah, Kerajaan Khalid tak turun padang. Sekarang ni berapa ramai rakyat yang menderita akibat ganggguan air ni, Kerajaan Khalid masih berdiam diri.

Peliknya LUAS boleh keluar kenyataan cakap air mentah di Selangor cukup sehingga 2030. Memanglah lepas ni Syabas akan di kambing hitamkan.

Khalid sudah tentunya orang yang mula-mula sudah tahu gangguan air ni sebab Kerajaan Selangor juga adalah empunya Syabas..

Mc diberitahu, kawasan yang mengalami gangguan air ni, sememangnya sering mengalami gangguan. Namun gangguan air yang dialami selama ini di diamkan saja oleh adun dan ahli parlimen masing-masing, meskipun terdapat banyak aduan.

Kenapa mereka diam? Kenapa mereka tidak bersuara? Mari kita lihat siapa adun dikawasan berkenaan.

Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai dari Dap. YB Iskandar Adun Cempaka ni dari Pas, YB Lee Ying Ha pula Adun Teratai juga dari Dap. Ohh.. faham la Mc, kenapa mereka ini berdiam diri selama ini.

Mereka ini Ahli Parlimen dan Adun dari puak Pakatan Haram. Mereka tak berani bersuara mengenai gangguan air selama ini disebabkan takut kepada Khalid Gagap.

Jika mereka bersuara seperti mana Hannah Yeoh yang 'komplain' pasal masalah air di Subang tempohari, tentunya ia akan memberi kesan kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang menafikan bahawa Selangor tidak pernah menghadapi masalah air.

Sudah tentu, mereka ini tak berani nak lawan bos. Biar rakyat dikawasan mereka takdak air dan hidup susah, janji kepentingan politik bos dan Pakatan Haram perlu dijaga. Kalau tak jaga, nanti PRU ke 13, dah takdak harapan nak pilih jadi calon lagi kot?

Mc amat bersimpati dengan rakyat Selangor yang duduk dibawah wakil rakyat seperti mana mereka ini. Mereka bukan berkhidmat untuk rakyat, tetapi berkhidmat untuk memperbodohkan rakyat seperti mana sekarang.

Mc rasa, sampai masa khidmat adun dan ahli parlimen seperti ini tidak diperlukan lagi oleh rakyat. Paling senang, kalau ditukarkan sekali Kerajaan Negeri Selangor yang tak relevan ini. Orang nak sumber air tetap yang baik, tapi Khalid bagi air percuma dari lori pulak. Tak masuk akal langsung!

Sampai bila rakyat Selangor nak melihat drama swasta bersiri permainan puak Pakatan ni, sampai bila? Selagi Langat 2 tak dibina dan Selangor tidak mempunyai tempat simpanan yang besar, selagi itu, gangguan air ini akan tetap bersambung sirinya, dan drama puak Pakatan mengenai hal air pula akan tetap dilakonkan semata-mata nak jaga periuk nasi masing-masing.

Namun sampai bila anda semua boleh sabar? Nak tunggu hingga lori sampai, atau hujan turun baru boleh dapat air? aduh laa.. fikirlah semua.

McTheory:
Khalid dan Kerajaan Negeri Selangor dah tak layak memerintah, bab air pun fail, macam mana nak jaga bab lain?

Tiada ulasan: